Bilik yang cantik dan sejujurnya setaraf hotel 5 bintang. Bilik air yang unik. Kekalkan kebersihan dan kekemasan bilik kerana hotel mu ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Saya pasti akan ke hotel ini nanti bila ke ipoh perak. Pihak pengurusan pastikan prestasi sentiasa di jaga dari semasa ke semasa kerana ianya hotel yg unik dan menarik. Sarapan pagi pun amat memuaskan bagi saya. 5/5 bintang saya bagi. Terbaik.