Saya berpuas hati menginap di hotel Rock & Roll. Keadaan bilik sangat selesa. Staff sangat ok. Sentiasa ada staff menunggu di kaunter pendaftaran. Jadi saya tidak berasa takut sepanjang menginap di hotel ini. Parking di kawasan hotel semasa hari bekerja adalah di bawah Majlis Bandaraya Klang. Jadi kena sediakan kupon parking. Bagi saya pula hal parking tiada masalah sebab saya keluar sebelum 7 am & balik 5pm. Selepas pukul 5 pm saya bebas parking. Walaupun hotel tidak menyediakan tempat makan tetapi bayak pilihan tempat makan yang boleh saya pergi antaranya Restoran Warong Warisan Asli, Pizza Hut, dan depan pintu hotel pun ada warong nasi lemak sedap & warong burger.