Terma Penggunaan Borang Pembayaran Balik
Dengan menyerahkan borang pembayaran balik ini, anda dikehendaki untuk menyatakan nombor akaun bank anda, dan nombor akaun bank yang berdaftar dengan Traveloka akan menjadi akaun tunggal untuk tujuan pembayaran balik setiap kali anda membuat permintaan pembayaran balik daripada Traveloka.
Anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan
Terma Penggunaan Borang Pembayaran Balik,
Terma Penggunaan Traveloka serta
Polisi Pembayaran Balik Penerbangan dan
Polisi Pembayaran Balik Hotel.
- Tertakluk kepada Terma Penggunaan Produk Traveloka, anda boleh meminta pembayaran balik untuk tempahan anda melalui borang pembayaran balik di laman web atau aplikasi Traveloka.
- Dalam borang pembayaran balik, anda mestilah menyatakan dengan betul dan tepat nombor akaun bank yang digunakan untuk membayar tempahan anda.
- Permintaan pembayaran balik hanya boleh dibuat melalui akaun Traveloka yang sama seperti yang digunakan ketika tempahan asal dibuat.
- Anda mengisytiharkan bahawa pembayaran balik tidak dikaitkan dengan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau sebarang aktiviti jenayah lain. Anda menjamin untuk membebaskan Traveloka daripada sebarang kewajipan dan liabiliti berhubung pembayaran balik yang diminta oleh Anda.
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, Traveloka berhak menahan atau membatalkan proses pembayaran balik, jika anda atau proses pembayaran balik yang diminta disyaki terlibat, atau jika terdapat unsur-unsur jenayah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengubahan wang haram/keganasan, penipuan, penyamaran dan kecurian.
- Jika perlu semasa proses pembayaran balik, Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat tambahan, seperti salinan Kad Pengenalan dan/atau dokumen lain yang diperlukan.
- Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau tidak sah yang dilakukan melalui proses pembayaran balik ini.
- Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap kesahihan atau ketepatan maklumat yang anda serahkan pada borang ini.