TERMA PENGGUNAAN

TERMA PENGGUNAAN DI BAWAH MESTI DIBACA SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN INI. PENGGUNAAN LAMAN INI MENANDAKAN PENERIMAAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH.

www.traveloka.com site ("Laman") adalah diuruskan oleh Traveloka Services Pte. Ltd. ("kami"). Dengan mengakses dan/atau penggunaan Laman, anda sedia maklum bahawa anda telah membaca dan memahami, dan bersetuju dengan Terma Penggunaan yang dinyatakan di bawah dan terma dan syarat lain yang berkaitan dengan Laman, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerahsiaan dan Soalan Lazim, yang merupakan sebahagian daripada Terma Penggunaan ini ("Terma"). Anda mesti sekurang-kurangnya berumur lapan belas (18) tahun untuk menggunakan Laman.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengubah, mengubahsuai, menambah dan memadam Terma ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Terma mesti dibaca dari masa ke masa. Dengan meneruskan penggunaan Laman ini selepas perubahan tersebut dibuat ke atas Terma ini, pengunjung, pengguna atau Pengguna Berdaftar ("anda" atau "pengguna") bersetuju dan membenarkan perubahan tersebut. Jika anda menggunakan mana-mana perkhidmatan kami yang lain, maka penggunaan anda adalah berdasarkan kepada pengemukaan dan penerimaan terma dan syarat berkenaan dengan perkhidmatan tersebut.


SKOP PERKHIDMATAN KAMI

  1. Melalui Laman, Traveloka menyediakan platform dalam talian yang membolehkan anda menyemak imbas pelbagai jenis syarikat penerbangan, dan/atau penginapan sementara dan rumah tumpang (jika berkenaan), dan membuat tempahan ("Perkhidmatan"). Pengguna boleh membuat tempahan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh hotel, syarikat penerbangan dan/atau mana-mana penyedia perkhidmatan lain ("Penjual") di Laman. Dengan membuat pesanan melalui Laman, anda akan dapat menempah tiket penerbangan, bilik hotel atau perkhidmatan lain. Kami akan menyediakan pengesahan tempahan melalui emel. Kami berhak untuk menolak tempahan atas sebab-sebab yang dinyatakan di bawah.
  2. Walaupun kami akan menggunakan kepakaran kami dengan berhati-hati dalam melaksanakan perkhidmatan, kami tidak mengesahkan dan tidak menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap, betul atau terkini, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan (termasuk kesilapan penempatan dan penaipan), halangan (sama ada disebabkan kerosakan, pembaikan atau penambahbaikan kepada laman secara sementara dan/atau separa atau cara lain), maklumat yang tidak tepat, mengelirukan atau palsu atau tiada penghantaran maklumat. Ini termasuk semua maklumat yang disediakan di Laman kami atau platform lain berhubung dengan jenis pesawat, susun atur tempat duduk, jarak tempat duduk, hiburan dalam penerbangan dan ketersediaan WiFi, atau mana-mana maklumat yang disediakan berhubung dengan spesifikasi kemudahan penerbangan.
  3. Perubahan dalam keadaan pasaran atau keadaan yang terjadi boleh membawa kepada perubahan dalam masa yang singkat menyebabkan maklumat yang diberikan tidak tepat atau tidak berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah, hubungi khidmat pelanggan dan mereka akan membantu anda.
  4. Laman ini tidak membuat kenyataan dan tidak boleh ditafsir sebagai membuat apa-apa saranan atau cadangan mengenai tahap kualiti perkhidmatan atau penilaian terhadap Penjual yang disenaraikan di Laman. Kami dengan ini menyatakan penafian terhadap sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang berkenaan dengan kualiti atau status Penjual sedia ada yang tersenarai di Laman (yang menyediakan syarikat penerbangan, hotel atau perkhidmatan lain). Penjual mungkin diperkenalkan dalam bentuk kelas yang berbeza berdasarkan faktor termasuk tetapi tidak terhad kepada ulasan, penarafan mereka atau mana-mana faktor yang lain. Penarafan yang diberikan dikira berdasarkan algoritma automatik yang boleh dikemaskini dan berubah mengikut budi bicara kami.
  5. Kami berhak untuk tidak menerima mana-mana pengguna atau tempahan (atau dalam kes tertentu membatalkan pengesahan tempahan) mengikut budi bicara mutlak kami dan atas apa-apa sebab tanpa memberi alasan bagi penyingkiran/penolakan/pembatalan. Alasan untuk menolak pengguna atau tempahan atau membatalkan pengesahan tempahan boleh merangkumi tetapi tidak terhad kepada: pelanggaran Terma ini, sekatan perdagangan atau ekonomi oleh pihak berkuasa global atau kebangsaan, sekatan, larangan undang-undang, penipuan atau kecurian (atau tanda atau kecurigaan akan adanya penipuan atau kecurian), kegiatan jenayah yang disyaki, pesanan yang mencurigakan, perkhidmatan yang tidak tersedia atau tidak lagi tersedia oleh Penjual, pengguna memberikan maklumat yang tidak tepat, salah atau mengelirukan, masalah komunikasi elektronik, maklumat atau transaksi kad kredit, tingkah laku yang tidak sesuai, ancaman, penghinaan, penolakan untuk memberi maklumat, halangan praktikal, kesukaran atau masalah komunikasi, Kesalahan Nyata (diterangkan di bawah selepas ini), sejarah pelanggaran Terma ini, atau dimasukkan dalam mana-mana "senarai hitam" atau "senarai pemerhatian" oleh kerajaan atau organisasi antarabangsa. Jika tempahan ditolak atau dibatalkan oleh Traveloka dan bayaran telah dibuat, Traveloka akan membayar balik jumlah yang telah dikenakan tanpa caj tambahan. Kami boleh pada bila-bila masa memadam atau membuang ("Terbuang") keahlian pengguna Laman ini, sama ada secara sementara atau tetap. Pengguna Terbuang adalah dilarang untuk cuba menggunakan Laman dalam apa-apa nama lain atau melalui pengguna lain (diterangkan selepas ini dalam syarat Mekanisme Pencegahan Penipuan).
  6. Dalam kes tertentu, kami mungkin membatalkan atau menolak tempahan berkenaan dengan "Kesalahan Nyata" yang tidak bergantung pada asal kesalahan tersebut. Suatu Kesalahan Nyata ialah suatu kesalahan di Laman (contohnya, peruntukan harga) yang tidak akan dianggap sesuai atau wajar dalam perniagaan oleh orang yang munasabah. Jumlah yang dikenakan akan dibayar balik tanpa caj lanjut dalam kes sedemikian.

PEMBATALAN

  1. Dengan membuat tempahan, pesanan atau tempahan melalui Laman, anda menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Penjual, termasuk polisi mengenai pembatalan dan/atau ketidakhadiran, atau permintaan khas anda yang boleh diberikan kepada Penjual. Traveloka tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa pelanggaran terma dan syarat yang dipersetujui antara Penjual dan pengguna, atau yang berdasarkan permintaan khas pengguna, oleh itu sila baca terma dan syarat Penjual dengan teliti.
  2. Mengenai pembayaran balik, Traveloka mungkin dapat menolak untuk memberi atau mengambil sebahagian daripada jumlah yang dibayar untuk membayar balik kos yang ditanggung berkaitan dengan pembatalan.

PERMINTAAN KHAS

  1. Jika terdapat sebarang permintaan khas (contohnya: bilik yang mudah diakses kerusi roda, bantuan kerusi roda pada masa penghantaran tiket, pengubahan nama, pengubahan tarikh, penambahan mata ganjaran "penumpang kerap" atau yang setaraf), pengguna boleh memasukkan permintaan tersebut apabila membuat tempahan di Laman atau menghubungi Penjual secara terus (jika berkenaan). Permintaan tersebut akan dipertimbangkan mengikut budi bicara Penjual dan Traveloka, berdasarkan ketersediaan dan faktor-faktor lain.
  2. Jika penjadualan semula (termasuk tetapi tidak terhad kepada perubahan tarikh, laluan dan/atau penumpang) dilakukan oleh pengguna, Traveloka berhak membatalkan sebarang tempahan baharu yang dibuat melalui proses penjadualan semula tersebut jika tempahan awal didapati tidak lagi sah (termasuk tetapi tidak terhad kepada kes apabila tiket tersebut telah digunakan atau telah dibayar balik).

NASIHAT PERJALANAN

  1. Dengan memaparkan destinasi tertentu, Traveloka tidak menyatakan atau menjamin bahawa perjalanan ke destinasi tersebut adalah dianjurkan atau bebas risiko dan Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kerugian yang mungkin disebabkan oleh perjalanan ke destinasi tersebut. Dalam apa jua keadaan Traveloka tidak dapat dinyatakan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian buruk yang berlaku sepanjang perjalanan anda atau penginapan anda. Anda secara peribadi bertanggungjawab terhadap pilihan perjalanan, laluan perjalanan dan destinasi, sepanjang tempoh perjalanan anda. Traveloka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang terjadi apabila anda gagal untuk membawa dokumen perjalanan yang diperlukan seperti pasport anda, e-tiket, e-baucar, dan sebab lain hasil daripada salah laku secara sengaja dan/atau kecuaian anda. Traveloka juga tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab terhadap salah laku secara sengaja dan/atau kecuaian Penjual.
  2. Jika anda membeli tiket pergi-balik di bawah Kod Tempahan Syarikat Penerbangan (Passenger Name Record atau singkatannya PNR), kedua-dua tiket penerbangan perlepasan dan tiket penerbangan balik harus digunakan sepenuhnya, seperti yang dicatatkan dalam jadual perjalanan e-tiket Traveloka anda. Penggunaan (i) hanya tiket penerbangan perlepasan atau tiket penerbangan balik; atau (ii) secara sebahagian pada salah satu segmen penerbangan pergi-balik boleh menyebabkan tiket lain menjadi tidak sah dan tidak boleh dibayar balik. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang akibat yang disebabkan pelanggaran terma dan syarat ini.
  3. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan, memiliki dan membawa untuk ditunjukkan, permit perjalanan atau keperluan kemasukan asing yang sepatutnya dan sah (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, visa atau permit dan dokumen perjalanan yang lain, sama ada untuk transit atau tujuan lain) yang berkenaan dengan anda sebelum memuktamadkan pengaturan perjalanan anda mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan di negara perlepasan, destinasi, lalui atau transit. Traveloka tidak mempunyai tanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab untuk memaklumkan anda pengaturan perjalanan dan permit yang diperlukan bagi membolehkan anda meneruskan rancangan perjalanan anda. Traveloka berhak untuk mengehadkan liabiliti dalam sebarang kerugian atau kerosakan yang berpunca daripada atau yang berkenaan dengan permit perjalanan anda.

PENARAFAN

  1. Penarafan yang ditunjukkan di Laman hanya disediakan untuk makluman pengguna sahaja, dan penarafan yang sedia ada adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga seperti pembekal, pengguna atau laman web ulasan lain. Kami tidak mengesahkan penarafan yang diberikan dan oleh itu tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan penarafan yang sedia ada. Kami dengan ini menyatakan penafian terhadap sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang berkenaan dengan penarafan yang dipaparkan di Laman.

HARGA DAN PROMOSI

  1. Kami mungkin menawarkan harga dan/atau promosi yang lebih rendah dari masa ke masa. Sila ambil perhatian bahawa ini mungkin melibatkan syarat dan keperluan yang berbeza kerana ia berkaitan dengan polisi tempahan dan pembayaran balik.

CAJ TAMBAHAN & BAYARAN BALIK

  1. Setiap harga yang disenaraikan di Laman hanya tesedia dengan syarat-syarat tertentu dan harga ini boleh berubah bergantung pada ketersediaan tempahan, tempoh tempahan dan/atau faktor-faktor lain. Harga tersedia boleh merangkumi cukai tambahan dan caj lain, tetapi dalam keadaan tertentu ia mungkin tidak merangkumi cukai dan caj perkhidmatan; Pengguna bersetuju bahawa mereka bertanggungjawab untuk mengesahkan jumlah kos yang perlu dibayar dan terma dan butiran lain apabila emel pengesahan dihantar. Pengguna mesti mengesahkan tempahan pada kertas tempahan; pengguna boleh membatalkan tempahan pada bila-bila masa sebelum pengesahan akhir dilakukan. Harga yang ditunjukkan adalah terperinci supaya pengguna boleh melihat jumlah yang perlu dibayar, apa-apa kos tambahan disebabkan oleh penggunaan kad kredit atau bayaran antara bank yang dikenakan untuk kos penghantaran akan dikenakan kepada pengguna. Jika terdapat percanggahan dalam jumlah yang dibayar, Traveloka akan menyediakan pemberitahuan emel mengenai jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna. Jika pengguna membatalkan tempahan sebelum membayar sepenuhnya apa-apa kesilapan yang sedia ada, Traveloka mempunyai pertimbangan mutlak sama ada untuk membayar balik jumlah yang dibayar atau membayar balik jumlah setelah ditolak kos yang ditanggung Traveloka akibat kegagalan pembayaran kos kesilapan ini oleh pengguna mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Traveloka. Jika pengguna mempunyai sebarang keraguan tentang perkhidmatan ini, pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan Traveloka (semasa waktu operasi perkhidmatan pelanggan). Untuk pembatalan lain, tertakluk pada sebarang hak yang anda miliki berdasarkan undang-undang, serta polisi Traveloka dan syarikat penerbangan/vendor, Traveloka akan terlebih dahulu menyiasat dan mengesahkan tempahan yang dilakukan sebelum memberikan bayaran balik dengan jumlah sama yang telah dibayar oleh anda, ditolak kos terpakai yang ditanggung oleh Traveloka, termasuk tetapi tidak terhad pada kos pemprosesan dan pentadbiran, yuran pemindahan antara bank, yuran kad kredit, dan lain-lain ("Jumlah Bayaran Balik"). Setelah pengesahan oleh Traveloka berjaya, bayaran balik akan ditawarkan kepada anda dalam bentuk baucar elektronik (seperti Kupon Traveloka, Traveloka Points, dan/atau Baucar Perjalanan daripada syarikat penerbangan/vendor).
  2. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Traveloka untuk keterangan lanjut mengenai anggaran tempoh untuk menerima bayaran balik anda dan kami akan membantu anda sebaik mungkin.
  3. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pengeluaran e-tiket yang dibatalkan yang disebabkan oleh jumlah pindahan yang tidak tepat, atau melebihi had masa pindahan wang. Untuk pindahan antara bank masa nyata, anda perlu menggunakan ATM. Selepas melengkapkan pindahan antara bank, sila sahkan pembayaran anda dengan mengisi borang pengesahan pembayaran.
  4. Tertakluk kepada terma kemudahan pemprosesan pembayaran, kami pada dasarnya akan memproses bayaran balik anda, secara sukarela dan tidak sukarela, dengan membalikkan bayaran balik melalui kaedah pembayaran asal yang anda gunakan untuk membayar Tempahan Yang Disahkan. Jika bayaran balik anda tidak boleh diterbalikkan melalui kaedah pembayaran asal yang anda gunakan, atau anda menggunakan pemindahan bank atau membuat pembayaran melalui rakan kongsi pembayaran luar talian kami sebagai kaedah pembayaran asal anda untuk membayar Tempahan Yang Disahkan, kami hanya akan memindahkan bayaran balik kepada akaun bank yang sah dan ditetapkan yang telah anda daftarkan di Laman apabila mengemukakan permintaan bayaran balik (“Akaun Bank Yang Ditetapkan”). Kami berhak untuk menahan dan menolak sebarang pemindahan bayaran balik ke Akaun Bank Yang Ditetapkan yang tidak mempunyai padanan maklumat peribadi atau sekiranya kami mendapati atau mengesyaki secara munasabah bahawa permintaan bayaran balik mungkin melanggar undang-undang yang berkaitan dengan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, atau jenis aktiviti jenayah lain, atau mungkin mempunyai potensi kelakuan yang menyalahi undang-undang. Kami mungkin melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang yang disyaki kepada pihak berkuasa yang berkaitan (jika berkenaan) untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami menurut undang-undang yang terpakai. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kebenaran, ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang anda berikan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, jika (a) kami tidak dapat membalikkan pembayaran kepada kaedah pembayaran asal anda sama ada ketidakupayaan tersebut disebabkan oleh penyedia perkhidmatan pemprosesan pembayaran, Traveloka atau anda sendiri; (b) anda gagal memberikan kami butiran yang diperlukan untuk membolehkan kami memproses bayaran balik anda, gagal mendaftar atau menambah Akaun Bank Yang Ditetapkan di Laman, Akaun Bank Yang Ditetapkan yang ditambah oleh anda adalah tidak tepat, tidak sah, atau tidak ditemui dalam sistem bank; dan (c) anda tidak dapat dihubungi, atau anda tidak bertindak balas kepada kami selepas kami berusaha untuk menghubungi anda, sama ada melalui alamat e-mel atau nombor telefon berdaftar anda, anda akan dianggap sebagai tidak dapat dihubungi untuk tujuan pemprosesan permintaan bayaran balik anda, dan Traveloka berhak untuk berhenti memproses permintaan bayaran balik anda.
  5. Sila klik di sini untuk menyemak terma dan syarat kami untuk Akaun Bank Yang Ditetapkan, yang juga terpakai bagi penggunaan anda di Laman.

CAJ TAMBAHAN DARI HOTEL

  1. Sila ambil perhatian bahawa semua harga untuk tempahan hotel yang tersedia melalui Laman kami ("Harga Hotel") adalah berdasarkan pilihan anda, seperti untuk tempoh permintaan penginapan dan bilangan tetamu, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kadar tempahan bilik hotel disebut untuk satu bilik dan semalam. Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan sama ada pilihan anda dan apa-apa permintaan atau perkhidmatan tambahan ditunjukkan dalam harga yang dipaparkan di Laman (seperti Maklumat Hotel yang tersedia sebelum pengesahan tempahan akhir) dan/atau dalam emel pengesahan kupon. Sarapan biasanya tidak termasuk, melainkan dinyatakan sebaliknya. Fi resort hotel dan fi wajib yang lain (lihat keterangan di bawah) dan cukai tempatan, pelancong, atau caj penginapan (jika ada) akan dibayar oleh anda, dan biasanya tidak diambil kira dalam Harga Hotel melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan apa-apa penjelasan atau polisi yang disediakan oleh hotel di Laman. Insurans dalam apa jua bentuk adalah tidak termasuk dalam kadar, melainkan dinyatakan sebaliknya. Tempahan bilik hotel standard adalah untuk satu atau dua tetamu; caj tambahan biasanya diperlukan untuk katil tambahan. Hotel tersebut boleh menolak penerimaan tetamu tambahan jika tidak dimaklumkan terlebih dahulu.
  2. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah hotel mungkin mengenakan fi resort, tetapi mungkin memerlukan bayaran tambahan (atau seumpamanya) untuk menggunakan perkhidmatan tertentu. Fi resort biasanya tidak termasuk dalam Harga Hotel; maklumat lanjut akan dimasukkan dalam penerangan hotel di Laman. Anda juga mungkin dikenakan bayaran terus oleh pihak hotel untuk produk dan perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada: surcaj tenaga, fi pengendalian bagasi, kos penghantaran suratkhabar, kos keselamatan dalam bilik, fi perjalanan/pelancongan, atau kos pembersihan bilik di bawah keadaan yang luar biasa. Amalan caj tambahan hotel adalah di luar kawalan Traveloka.
  3. Perbelanjaan sampingan pilihan dan caj kegunaan sendiri (seperti yang ditanggung sepanjang penginapan Hotel) biasanya tidak termasuk dalam Harga Hotel. Caj tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada: fi tempat letak kereta, caj bar mini dalam bilik, caj telefon, perkhidmatan bilik, kos makanan dan minuman, kos makan malam istimewa (gala), sewaan filem / filem atas permintaan, dan kos penggunaan internet. Semasa musim puncak cuti tertentu, sesetengah hotel mungkin membuat makan malam istimewa wajib (seperti sempena Tahun Baru, Krismas, Tahun Baru Cina dan acara-acara lain). Caj sedemikian tidak termasuk dalam kadar harga bilik, tetapi akan dipaparkan pada borang tempahan. Sila rujuk maklumat lanjut yang disenaraikan di bawah "Maklumat Hotel", "Syarat-syarat Tempahan", "Polisi Pembatalan" atau tajuk seumpama di Laman. Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu caj adalah termasuk dalam tarif atau tidak, sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk penjelasan.
  4. Hotel tertentu mungkin menambah bayaran untuk pengangkutan atau pemindahan ke dan dari lapangan terbang. Ini adalah amalan biasa untuk perjalanan dari pulau (seperti Maldives) untuk sampai ke hotel. Pengangkutan sedemikian selalunya diaturkan oleh pihak hotel, dan ditawarkan oleh atau bagi pihak hotel, yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pengangkutan. Traveloka tidak mengaturkan apa-apa pengangkutan dan tidak bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Anda bersetuju bahawa Traveloka tidak bertanggungjawab terhadap kualiti, keselamatan, kekerapan atau tahap perkhidmatan pengangkutan, dan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan pengangkutan tersebut.
  5. Dalam sesetengah bidang kuasa, hotel mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk mengumpul secara langsung cukai penginapan atau cukai bandar tempatan daripada tetamu. Pihak berkuasa kerajaan juga boleh menyatakan cukai tambahan dan mungkin memerlukan hotel untuk mengumpul cukai tersebut secara langsung. Anda bersetuju untuk membayar apa-apa dan kesemua cukai/kos tersebut kepada hotel secara langsung semasa daftar keluar, melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka mengenai apa-apa kos tambahan yang boleh dimasukkan dalam Harga Hotel.

MAKLUMAT DAN PROSEDUR PEMBAYARAN

  1. Pembayaran dibuat dalam jumlah dan mata wang seperti yang dinyatakan tidak termasuk fi bank atau apa-apa caj lain dari Traveloka.
  2. Traveloka tidak mengumpul cukai atau levi. Jika hotel atau bandar destinasi mengenakan cukai, cukai tersebut akan ditanggung oleh pengguna.
  3. Bagi semua bentuk tempahan, anda perlu membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika bayaran tidak dibuat, maka Traveloka berhak untuk membatalkan semua tempahan.
  4. Kaedah pembayaran termasuk tetapi tidak terhad kepada pindahan bank dan kad kredit. Bagi pembayaran melalui pindahan bank, anda perlu memberikan resit pindahan bank sebagai bukti pembayaran tempahan tersenarai dalam emel pengesahan Traveloka. Anda mesti mengikut prosedur yang terkandung dalam emel pengesahan.
  5. Bagi kaedah pembayaran lain seperti kad kredit, anda mesti mengikut prosedur yang dinyatakan oleh Traveloka dan/atau penyedia perkhidmatan pembayaran yang berkaitan.
  6. Selepas anda membuat pembayaran penuh, Traveloka akan membuat pesanan tersebut dan mengeluarkan kod tempahan yang akan disertakan dengan:
  7. Kod Tempahan;
  8. Nama Pelanggan;
  9. Tempahan nombor;
  10. Butiran Tempahan; dan
  11. Nombor Telefon / Sambungan.

PEMBAYARAN KAD KREDIT & PENIPUAN

  1. Bagi pembayaran tempahan yang dibuat melalui Laman ini, kad kredit anda akan dikenakan caj oleh Traveloka dengan harga penuh pada masa tempahan dan pengesahan tempahan (sebarang bayaran balik yang boleh diberikan akan bergantung pada syarat-syarat tempahan yang sedia ada). Anda mesti menyemak butiran tempahan teliti setiap kali sebelum anda membuat tempahan. Traveloka akan memproses apa-apa pembayaran balik yang berkenaan dalam tempoh yang munasabah. Bagi tempahan tertentu, anda mungkin perlu membayar Penjual secara terus. Untuk melindungi dan menyulitkan maklumat kad kredit anda semasa ia dalam transit kepada kami, kami menggunakan teknologi penyulitan seperti Keselamatan Lapisan Pengangkutan ("TLS") atau Lapisan Soket Selamat ("SSL") untuk memastikan integriti maklumat anda.
  2. Dalam kes berkenaan penipuan kad kredit atau penggunaan tanpa kebenaran kad kredit anda oleh pihak ketiga, anda harus menghubungi bank atau pengeluar kad anda dengan segera setelah menyedari penggunaan tanpa kebenaran tersebut. Dalam kes sedemikian, Traveloka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kes penipuan kad kredit atau penggunaan tanpa kebenaran kad kredit anda oleh pihak ketiga, tidak kira sama ada penipuan atau penggunaan tanpa kebenaran tersebut dilakukan melalui perkhidmatan Traveloka (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, TravelokaQuick). Traveloka tidak mempunyai tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik atau pemulangan kepada anda akibat penipuan tersebut. Sebagai tanda ihsan daripada kami, kami menyediakan pampasan kepada anda tertakluk pada pertimbangan dan kelulusan kami. Anda berhak untuk meminta pampasan hanya jika tempahan itu dibuat melalui pelayan kami yang selamat dan penipuan atau penggunaan tanpa kebenaran kad kredit anda adalah hasil daripada kelalaian atau kecuaian kami dan bukan disebabkan kesalahan anda sendiri semasa menggunakan pelayan kami yang selamat. Kami tidak bertanggungjawab terhadap penipuan atau penggunaan tanpa kebenaran kad kredit anda jika ia dilakukan melalui aplikasi atau pelayan lain selain daripada pelayan kami sendiri atau jika ia adalah akibat kesalahan atau kecuaian anda sendiri. Jika anda mengesyaki terdapat sebarang tempahan tanpa kebenaran atau penipuan dilakukan pada Traveloka, anda harus menghubungi Khidmat Pelanggan kami dengan segera.
  3. Untuk membuat tempahan anda mesti berumur lebih daripada lapan belas (18) tahun dan mempunyai kapasiti undang-undang sepenuhnya untuk membuat transaksi (atau mempunyai kebenaran daripada penjaga sah anda). Anda mesti menggunakan kad kredit atau debit yang anda miliki, yang dikeluarkan di bawah nama anda, dan memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk membiayai kos urus niaga. Sebarang bayaran yang dikenakan pada anda untuk membenarkan transaksi yang melebihi had akaun anda tidak akan ditanggung oleh Traveloka.
  4. Anda perlu memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah benar-benar tepat. Traveloka berhak untuk tidak menerima kad kredit tertentu. Traveloka boleh menambah atau menghapuskan kaedah pembayaran yang lain mengikut budi bicara kami.
  5. Dalam kes-kes tertentu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan tambahan untuk menyemak dan mengesahkan tempahan, seperti yang diterangkan dengan lebih lanjut di Laman. Tempahan tidak disahkan sehingga anda menerima emel pengesahan dengan e-tiket atau baucar dan terdapat kemungkinan bahawa Penjual boleh melaksanakan mekanisme pemeriksaan penipuan semasa proses tempahan. Jika penipuan berlaku atau kelihatan berlaku, maka tempahan akan terbatal. Traveloka tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab terhadap pembatalan tersebut dari Penjual. Jika anda memilih untuk tidak mengemukakan maklumat tambahan, tempahan tidak akan selesai dan akan terbatal.

HAK DAN KEWAJIPAN

  1. Traveloka dengan ini memberi pengguna hak terhad tertentu (membentuk "Lesen Terhad"), yang tidak boleh dipindahkan atau diberikan, untuk mengakses dan menggunakan Laman sejauh yang diizinkan Syarat ini. Sehubungan dengan Lesen Terhad ini, kami tidak memberikan anda apa-apa hak atau lesen lain yang berkaitan dengan penggunaan Laman; hak atau lesen yang tidak diberikan secara nyata, dimiliki sepenuhnya oleh Traveloka atau pemilik pihak ketiga yang lain lesen tersebut. Kandungan yang tersedia di Laman (termasuk infrastruktur perisian yang digunakan untuk menyediakan Kandungan) dimiliki sepenuhnya oleh Traveloka atau pembekal dan penyedia perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada Penjual (jika berkenaan). Anda boleh menggunakan laman web ini untuk membuat pesanan dan anda dengan ini menjamin bahawa anda tidak akan mengemukakan permintaan tempahan palsu. Anda dengan ini menyatakan untuk memastikan maklumat pembayaran yang anda berikan adalah tepat. Anda juga menjamin untuk memberikan emel dan alamat surat-menyurat serta butiran lain mengenai maklumat perhubungan anda yang tepat.
  2. Berhubung dengan Terma Penggunaan laman web ini, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman atau Kandungan untuk tujuan komersial atau sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan lain selain kegunaan peribadi atau untuk tujuan menyalahi undang-undang (yang dilarang oleh undang-undang) atau melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar Terma. Kecuali dengan keizinan bertulis Traveloka, anda bersetuju untuk tidak mengubah, menyalin, mengedar, menghantar, memaparkan, melaksanakan, menghasilkan semula, menerbit, memberi izin, membuat ciptaan derivatif, memindahkan, menjual atau menjual semula apa-apa maklumat, perisian, produk atau perkhidmatan yang diperolehi berkaitan dengan Laman. Di samping itu, anda bersetuju untuk tidak:
  3. menggunakan Laman ini atau Kandungan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran dari Traveloka;
  4. mengakses, memantau atau menyalin mana-mana kandungan di Laman menggunakan teknologi, perisian atau mana-mana program sama ada secara manual atau secara automatik untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis dari Traveloka;
  5. melaksanakan apa-apa tindakan yang mengenakan atau mungkin mengenakan beban yang tidak munasabah di Laman atau infrastruktur Laman kami;
  6. membuat pautan utama kepada Laman ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada laluan tempahan) untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis dari Traveloka;
  7. menjual semula, menggunakan, menyalin, menjalankan pemantauan (seperti menggunakan atau memasang program spider atau scrape), memaparkan, memuat turun atau melaksanakan apa-apa kandungan pengeluaran, perisian, produk, perkhidmatan yang tersedia melalui Laman untuk tujuan komersial atau objektif/aktiviti persaingan;
  8. menghasilkan semula Laman (melalui "frame" atau "mirror") atau menubuhkan sebahagian daripada Laman ini di mana-mana laman web lain tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu;
  9. menghantar pengumuman kepada atau melalui Laman yang melanggar mana-mana undang-undang, pengawalan atau peraturan, atau yang boleh menyokong aktiviti menyalahi undang-undang atau jenayah;
  10. menghantar atau memberikan pautan kepada mana-mana bahan-bahan yang mencela, memfitnah atau menipu;
  11. menghantar atau memberikan pautan kepada setiap pengumuman yang mengandungi istilah pencelaan, fitnah atau penipuan;
  12. menghantar atau menjalankan pengumuman yang boleh melanggar harta intelek atau hak lain dari setiap badan atau orang tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, paten, cap dagang, rahsia perdagangan, maklumat sulit atau penerbitan;
  13. menghantar pengumuman yang dilarang oleh undang-undang atau melanggar hak dan kewajipan yang wujud berdasarkan hubungan kontrak;
  14. menyamar mana-mana orang atau badan untuk sebarang tujuan;
  15. memanipulasi atau memalsukan maklumat dengan tujuan untuk menyamar asal penyata yang disediakan;
  16. menggunakan Laman dengan cara apa pun yang boleh merosakkan, melumpuhkan, menghalang atau mengganggu dengan penggunaan Laman atau pengguna peralatan komputer lain, atau merosakkan, mengganggu atau menyekat fungsi perisian, peranti keras atau peralatan telekomunikasi;
  17. memperolah akses tanpa kebenaran atau melakukan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan kepada Laman atau laman web lain yang berkaitan, akaun lain, sistem komputer, rangkaian yang dihubungkan dengan Laman melalui penggodaman, pencurian kata laluan atau perkara-perkara lain yang serupa;
  18. memperoleh atau cuba untuk memperoleh apa-apa bahan atau maklumat dengan cara yang tidak sengaja disediakan oleh laman (termasuk tetapi tidak terhad kepada destinasi lain tersedia oleh Laman ini). Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, memperoleh atau mengumpul maklumat mengenai orang lain seperti alamat emel;
  19. melibatkan diri dalam perbuatan penipuan atau tindakan yang bertujuan untuk memanipulasi halaman keputusan enjin carian ("SERP") atau melakukan pengoptimuman enjin carian ("SEO"). Amalan SEO dianggap tidak beretika atau membentuk "spamdexing" termasuk tetapi tidak terhad kepada penyamaran, metadata, label tajuk, pengumpulan kandungan, skim pautan, bom google, kata kunci carian, teks tersembunyi atau pautan tersembunyi, skim link, komen yang mengandungi spam dan lain-lain ; atau
  20. apa-apa tindakan lain yang boleh menjejaskan atau menyebabkan kerosakan kepada Laman, Traveloka atau sekutu dan pekerjanya, atau reputasi Traveloka.
  21. Melainkan dinyatakan sebaliknya dengan jelas, laman web tidak dibenarkan untuk membuat pautan ke laman-laman lain selain daripada halaman Laman Utama atau rangka atau laman web atau bahan yang terkandung di dalamnya, atau membuat pautan kepada aspek Laman dalam bentuk emel dengan tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis secara tegas dari Traveloka.
  22. Dengan membuat pesanan melalui Laman ini, anda dengan ini menyatakan dan menjamin bahawa anda tidak tertakluk pada apa-apa larangan atau sekatan oleh mana-mana program sekatan, atau tertakluk pada apa-apa penalti di bawah mana-mana rejim anti-pengubahan wang haram.

HAK PENGGUNA KANDUNGAN

  1. Dengan melengkapkan tempahan, anda dengan ini bersetuju untuk menerima mel elektronik yang mengandungi jemputan untuk memberikan ulasan atau ulasan kandungan berkenaan dengan pemilihan Penjual. Traveloka mempunyai budi bicara sama ada ulasan anda akan muncul di laman. Traveloka boleh memaparkan ulasan, yang mungkin mengandungi komen, tahap perkhidmatan dan nama anda.
  2. Dengan memberikan ulasan, anda bersetuju untuk memastikan bahawa:
  3. anda memiliki dan mengawal semua hak pada ulasan yang anda berikan kepada Laman;
  4. kandungan ulasan adalah tepat dan tidak mengandungi gambaran yang salah; dan
  5. penggunaan atau prestasi atau penghantaran kandungan ulasan tidak melanggar Terma atau undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda tidak melanggar mana-mana hak pihak ketiga, dan anda tidak menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak.
  6. Anda mesti menanggung semua tanggungjawab untuk kandungan ulasan yang anda berikan atau hantar. Anda membenarkan Traveloka untuk bertindak apabila terdapat pihak yang melanggar hak anda atau hak Traveloka.
  7. Ulasan kandungan yang diberikan akan dianggap tidak mengandungi maklumat sulit dan Traveloka tidak bertanggungjawab untuk melayan ulasan kandungan sebagai maklumat sulit. Tanpa mengehadkan peruntukan yang terkandung dalam Terma, Traveloka mempunyai budi bicara mutlak untuk menggunakan ulasan kandungan seperti yang difikirkan sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan, memotong, mengubahsuai, atau jika tidak mengedit ulasan tersebut. Traveloka tidak akan bertanggungjawab untuk membayar kandungan yang anda hantar dalam ulasan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ulasan kandungan yang telah diubah, dihapuskan atau dipotong. Traveloka tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan atau memasukkan atau menyebut penulis atau pihak ketiga yang lain.
  8. Dalam mana-mana kes, anda dengan ini bersetuju bahawa berkenaan dengan kandungan ulasan:
  9. Anda tidak memerlukan sebarang pengiktirafan atau pengenalan pada apa-apa kerja derivatif;
  10. Anda bersetuju bahawa semua kandungan ulasan yang dikemukakan kepada Traveloka boleh digunakan oleh Traveloka dan pekerja, pengganti, dan penerima pindahannya dalam apa-apa cara, pada bila-bila masa. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbitan, pengubahsuaian, dan pengeluaran semula ulasan tersebut dalam bentuk sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya;
  11. Anda dengan ini mengetepikan semua hak dan bersetuju untuk tidak menuntut apa-apa hak dalam ulasan kandungan; dan

BATASAN PENGGUNAAN

  1. Anda dengan ini bersetuju untuk tidak menggunakan Laman atau Kandungan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau yang tidak dibenarkan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan apa-apa peralatan, perisian atau teknologi lain yang boleh menghalang atau cuba untuk menghalang operasi Laman ini. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman ini atau Kandungannya untuk tujuan komersial. Anda bersetuju untuk tidak mendapatkan, mencipta, mencari, menggunakan atau menghantar ejen automatik atau bentuk teknologi yang lain untuk mengumpul atau mendapatkan maklumat dari Laman ini, atau dengan cara lain berinteraksi dengan Laman ini.

HAK HARTA INTELEKTUAL

  1. Kesemua Hak Harta Intelektual di Laman ini adalah dimiliki oleh Traveloka. Kesemua maklumat dan bahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada: perisian, teks, data, grafik, imej, bunyi, video, tanda dagangan, logo, ikon, kod html dan kod lain pada laman web ini adalah dilarang untuk disiarkan, diubah suai, disalin, diterbitkan semula, ditiru atau diubah dalam apa jua cara di luar kawasan Laman ini tanpa kebenaran bertulis yang nyata dari Traveloka. Jika anda melanggar hak-hak ini, Traveloka berhak untuk membuat tuntutan sivil terhadap jumlah penuh kerosakan atau kerugian yang dialami. Pelanggaran ini juga boleh dianggap kesalahan jenayah.
  2. Traveloka dan/atau syarikat sekutunya adalah pemilik hak harta intelektual tertentu ("Hak Harta Intelektual"), termasuk tetapi tidak terhad kepada nama domain, Laman, cap dagangan, kandungan, hak cipta, tanda perkhidmatan, logo, simbol atau reka bentuk lain dll. Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini boleh ditafsirkan sebagai memberikan anda lesen atau mana-mana hak, secara tersirat atau sebaliknya, untuk menggunakan, memiliki, mengedar atau mengubah suai mana-mana Harta Intelektual Traveloka. Nama produk dan syarikat yang terkandung di Laman, termasuk nama, tanda dagangan, tanda, tanda perkhidmatan, logo, simbol atau reka bentuk lain mungkin dimiliki atau dilesenkan untuk kegunaan pihak ketiga. Penggunaan hak harta intelektual pihak ketiga di Laman tidak dianggap sebagai cadangan atau penajaan untuk Laman oleh pihak ketiga. Traveloka memiliki hak cipta terhadap Laman dan anda dilarang untuk menggunakan, memiliki, mengedar atau mengubah suai mana-mana Harta Intelektual tanpa kelulusan nyata dari Traveloka.
  3. Laman mengandungi Harta Intelektual Traveloka, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, perisian, gambar, grafik, video, muzik dan bunyi. Seluruh Kandungan Laman dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Kami dan pemberi lesen kami memiliki hak cipta dan/atau hak lain terhadap pemilihan, penyelarasan, aturan, dan pembaikan Kandungan dan kandungan asal. Anda tidak boleh mengubah suai, menerbitkan semula, menyalin, menyampaikan, memaparkan, menyiarkan, atau mengeksploitasi Kandungan, secara keseluruhan atau sebahagian, melainkan anda memperoleh kebenaran bertulis yang nyata dari Traveloka.
  4. Melainkan dinyatakan sebaliknya, perisian yang diperlukan bagi penyediaan perkhidmatan, perisian yang tersedia untuk digunakan pada Laman ini, dan Hak Harta Intelektual dalam Kandungan di Laman dimiliki oleh Traveloka, syarikat sekutu atau gabungannya, pemberi lesen, pembekal dan penyedia kandungan. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap harta intelektual yang dimiliki oleh pihak ketiga atau terhadap pelanggaran hak harta intelektual yang dimiliki oleh pihak ketiga.
  5. Anda boleh menggunakan maklumat pada Laman hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan tujuan komersil. Melainkan dinyatakan sebaliknya, dan dibenarkan secara nyata oleh undang-undang hak cipta, anda tidak boleh menyalin, mengeluarkan semula, mengedar semula, menghantar semula, menyiarkan atau meengeksploitasi secara komersial sebarang muat turun anda buat dari Laman dengan cara lain tanpa kebenaran pemilik hak harta intelektual. Walaupun anda memperoleh kebenaran yang diperlukan, anda dilarang untuk membuat perubahan atau penghapusan. Anda dengan ini menerima dan bersetuju bahawa memuat turun mana-mana Harta Intelektual tidak memberi anda apa-apa hak terhadap mereka.
  6. Kami mungkin memberikan pautan ke laman lain yang diselenggara oleh pihak lain. Dengan mengklik pada pautan, anda dengan ini menyatakan, mengakui dan bersetuju bahawa tindakan sedemikian adalah tindakan sukarela anda untuk melihat atau memasuki laman lain yang tidak di bawah penyeliaan atau tanggungjawab Traveloka.
  7. Dalam pembuatan Laman, penyediaan kod sumber dan pelaksanaan sokongan perisian, Traveloka boleh melesenkan penggunaan perisian sumber terbuka dari pihak ketiga melalui Lesen Awam Am GNU ("GPL"). Sebarang penggunaan oleh Traveloka mengenai perisian sumber terbuka dan hak harta intelektual hak pihak ketiga adalah dengan lesen atau permit yang diperlukan.

TUNTUTAN PELANGGARAN HAK HARTA INTELEKTUAL

  1. Jika terdapat bukti pelanggaran Hak Harta Intelektual anda, anda atau wakil anda (secara kolektif, "Penghantar") boleh menghantar notis yang mengandungi butiran berikut yang disenaraikan di bawah:
  2. Nama dan alamat Penghantar;
  3. Jika Penghantar bukan pemilik Hak Harta Intelektual atau lesen eksklusif maka ia perlu merangkumi nama dan alamat pemilik Hak Harta Intelektual;
  4. Jika alamat Penghantar bukan di Singapura, Penghantar perlu memberikan alamat sementara di Singapura;
  5. Nombor telefon, faks (jika ada) dan alamat mel elektronik Penghantar;
  6. Maklumat yang mencukupi bagi membuktikan kewujudan pelanggaran hak harta intelektual, termasuk alamat dalam talian bagi salinan elektronik;
  7. Permintaan Penghantar untuk menghapuskan atau menutup akses kepada salinan atau versi elektronik yang melanggar hak;
  8. Suatu kenyataan bahawa Penghantar dengan niat baik mengakui pelanggaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (5) Fasal ini;
  9. Suatu kenyataan bahawa maklumat yang diberikan dalam notis adalah tepat;
  10. Suatu kenyataan bahawa Penghantar (a) adalah pemilik atau pemegang eksklusif hak harta intelektual yang dilanggar haknya; atau (b) mempunyai kuasa undang-undang untuk bertindak atas nama pemilik atau pemegang eksklusif; dan
  11. Kenyataan bahawa Penghantar tertakluk pada undang-undang Singapura dan kesemua tuntutan, pertikaian, kontroversi atau perbezaan yang timbul daripada pelanggaran hak harta intelektual perlu terlebih dahulu dikemukakan kepada Pusat Pengantaraan Singapura untuk penyelesaian melalui pengantaraan mengikut Prosedur Pengantaraan. Penghantar perlu menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pengantaraan dengan niat baik dan bersetuju untuk mematuhi terma bagi apa-apa penyelesaian yang dicapai.
  12. Surat tersebut mesti ditandatangani oleh penghantar dan dihantar secara fizikal dan melalui emel ke alamat berikut:

    77 Robinson Road #09-00
    Robinson 77, Singapore (068896)
  1. Kami akan menyemak dan mengendalikan notifikasi mengikut keperluan di atas dan mengikut undang-undang Singapura.
  2. Anda bersetuju untuk tidak menganggap Traveloka bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat daripada penipuan, pemalsuan dan aduan palsu mengenai pelanggaran hak harta intelektual.

PENAFIAN

  1. ANDA DENGAN INI MENGAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA SEJAUH YANG DIIZINKAN UNDANG-UNDANG:
  2. PERKHIDMATAN DAN KANDUNGAN LAMAN INI DISEDIAKAN BERDASARKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA". KAMI DENGAN INI MENYATAKAN SECARA JELAS BAHAWA KAMI TIDAK MEMBERI JAMINAN ATAU WARAN DALAM BENTUK APAPUN, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN, ATAU KESESUAIAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN TERHADAP KETIADAAN PELANGGARAN HAK YANG MANA BERKENAAN;
  3. KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA: (i) FUNGSI, PERKHIDMATAN DAN CIRI-CIRI KESELAMATAN DALAM LAMAN INI TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT; (Ii) KESILAPAN ATAU KEGAGALAN AKAN DIBAIKI; ATAU (iii) LAMAN ATAU PELAYAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BEBAS DARI VIRUS, PERISIAN HASAD ATAU KOMPONEN BERBAHAYA;
  4. KAMI TIDAK MENJAMIN KETEPATAN, KESAHIHAN, INTEGRITI ATAU KUALITI KANDUNGAN, LAMAN ATAU SUMBER YANG TERSEDIA PADA DAN DARI LAMAN INI TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, SEBARANG JAMINAN BAHAWA KANDUNGAN, LAMAN ATAU SUMBER ADALAH BEBAS DARI BAHAN SUMBER YANG BERNIAT JAHAT, TIDAK SOPAN, ATAU MENIMBULKAN KONTROVERSI;
  5. KAMI TIDAK MENJAMIN ATAU MEMBERI WARANTI BAHAWA ANDA AKAN DIBERIKAN PERMIT PERJALANAN SAH YANG BERKENAAN DENGAN ANDA. KAMI TIDAK MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMAKLUMKAN ANDA ATAU MENANGGUNG KERUGIAN ANDA SEKIRANYA ANDA MENGALAMI KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BERHUBUNG DENGAN KETIADAAN VISA ATAU PERMIT PERJALANAN ANDA (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, PENOLAKAN KEMASUKAN, PENGUSIRAN).
  6. SEBARANG BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU DIPEROLEHI MELALUI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. ANDA SECARA SUKARELA MENANGGUNG RISIKO TERSEBUT, DAN ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KEROSAKAN SISTEM KOMPUTER ANDA ATAU KEHILANGAN DATA AKIBAT MEMUAT TURUN APA-APA BAHAN YANG DISEDIAKAN.

HAD LIABILITI

  1. TANPA MENJEJASKAN APA YANG DINYATAKAN DALAM TERMA INI, LIABILITI SETIAP PIHAK ADALAH TERHAD DAN DIKECUALIKAN SEJAUH YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, SEPERTI UNTUK KECEDERAAN PERIBADI DAN KEMATIAN. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN, SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, AKIBAT ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA DI LAMAN INI ATAU PENGGUNAAN PAUTAN DI LAMAN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU LANJUTAN ATAU KERUGIAN EKONOMI YANG LAIN, WALAUPUN KAMI TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG MUNGKIN BERLAKU. SATU-SATUNYA PENYELESAIAN BAGI ANDA ADALAH PENAMATAN PENGGUNAAN LAMAN INI.

JAMINAN GANTI RUGI

  1. Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung kerugian dan tidak mensabitkan Traveloka dan pekerja, sekutu, kakitangan dan rakan kongsinya terhadap sebarang dan kesemua tuntutan, permintaan, liabiliti, kerosakan atau kerugian termasuk yuran guaman yang timbul akibat daripada tuntutan pihak ketiga berkaitan dengan: (a) penggunaan anda di Laman; (b) Kandungan yang diberikan, disediakan atau diakses melalui Laman ini; (c) pelanggaran anda terhadap Terma; (d) pelanggaran mana-mana hak atau obligasi lain; dan/atau (e) apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh anda, sama ada secara kecuaian, menyalahi undang-undang atau dengan cara lain.

PAUTAN DAN KANDUNGAN PIHAK KETIGA

  1. Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang dikendalikan oleh pihak selain daripada Traveloka. Kami tidak mengawal laman atau pautan tersebut dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau privasi atau aktiviti lain laman-laman tersebut. Kami, atau pihak ketiga yang lain, mungkin memuat naik hasil carian automatik atau memberikan pautan ke laman lain. Kami memberi peluang kepada pihak ketiga untuk menyampaikan, memuatkan, menghantar atau menyediakan apa-apa maklumat, data, teks, imej, bunyi, grafik, video, mesej, ulasan, atau bahan lain ("Kandungan") dengan cara lain melalui Laman ini. Kami tidak menyemak dan/atau tidak mempunyai kawalan terhadap laman, sumber dan Kandungan. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau ketersediaan laman dan sumber tersebut, dan kami tidak menyokong atau mencadangkan dan tidak bertanggungjawab terhadap asal-usul laman atau Kandungan. Anda dengan ini bersetuju untuk melepaskan kami daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau didakwa disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan atau akaun bagi Kandungan, laman atau sumber.

PENAMATAN

  1. Traveloka mempunyai budi bicara penuh untuk mengubah, menangguhkan, tidak meneruskan atau memberhentikan laman ini dan/atau sebahagian daripada Laman, termasuk perkhidmatan atau produk yang disediakan di Laman ini, dan/ atau penggunaan Laman ini, atau sebahagian daripadanya, pada bila-bila atas apa-apa sebab tanpa notis terlebih dahulu kepada anda.
  2. Jika berlaku penamatan, anda tetap terikat dengan kewajipan dalam Terma ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti, ganti rugi, pengecualian dan had liabiliti yang telah anda bersetuju.
  3. Traveloka tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas terhadap sebarang penamatan atau penggantungan akses anda ke Laman.

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

  1. Notis Privasi adalah sebahagian daripada Terma ini. Sila klik di sini untuk menyemak Notis Privasi kami, yang juga terpakai bagi penggunaan anda di Laman, untuk memahami amalan kami.

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

  1. Terma ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut Undang-Undang Singapura sahaja.

PENYELESAIAN PERTIKAIAN

  1. Jika berlaku pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini, kedua-dua Pihak perlu terlebih dahulu membincangkan dengan niat baik untuk mencapai penyelesaian secara damai dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh notis pertikaian. Walau bagaimanapun, jika pertikaian itu tidak boleh diselesaikan melalui perundingan bersama dalam tempoh enam puluh (60) hari, ia hendaklah dirujuk kepada pengantaraan di Pusat Pengantaraan Singapura mengikut Prosedur Pengantaraan. Jika pertikaian itu masih tidak dapat diselesaikan, ia hendaklah diserahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Republik Singapura.

UMUM

  1. Terma ini merupakan seluruh perjanjian dan persefahaman antara anda dan Traveloka mengenai isi kandungannya, dan hendaklah menggantikan kesemua perjanjian terdahulu, sama ada secara bertulis atau lisan, antara anda dan Traveloka mengenai isi kandungannya.
  2. Sebagai penjelasan, Traveloka tidak mengurus atau mengawal Penjual.
  3. Jika anda menggunakan laman web ini untuk atau atas nama pihak ketiga ("pihak Ketiga"), seperti ahli keluarga atau teman perjalanan, anda bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dalam ketepatan maklumat yang diberikan berkaitan dengan penggunaan tersebut. Sebagai tambahan, anda perlu memaklumkan kepada pihak Ketiga tentang kesemua terma dan syarat yang berkaitan. Apabila menggunakan Laman untuk atau atas nama pihak Ketiga, anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan melepaskan Traveloka daripada dan terhadap sebarang dan kesemua liabiliti, kerugian, kerosakan, tindakan guaman dan tuntutan termasuk fi guaman, yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran Terma ini atau kecuaian anda dan/atau pihak Ketiga.
  4. Terma ini dirangka dalam bahasa Inggeris. Sebarang terjemahan ke dalam bahasa lain adalah untuk tujuan kemudahan dan maklumat sahaja. Jika berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan mana-mana terjemahan, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Tajuk dalam Perjanjian ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak patut menjejaskan interpretasi atau pentafsiran Terma ini.
  5. Jika mana-mana peruntukan ini ditetapkan sebagai tidak dapat dilaksanakan atau tidak sah, oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa, peruntukan tersebut akan tetap dikuatkuasakan sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang dan penetapan tersebut tidak akan menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukan yang lain. Peruntukan yang dipisahkan akan digantikan dengan peruntukan yang mendekati sebanyak mungkin kata-kata dan maksud asalnya.
  6. Kegagalan salah satu Pihak untuk melaksanakan mana-mana peruntukan Terma ini pada bila-bila tidak boleh ditafsirkan sebagai penepian hak setiap Pihak untuk menguatkuasakan pelanggaran peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma ini atau sebagai penepian pelanggaran yang berterusan, berikutnya atau kemudiannya terhadap mana-mana peruntukan atau peruntukan lain dalam Terma ini.
  7. Anda tidak boleh menyerahkan atau memindahkan hak atau kewajipan di bawah Terma ini, tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
  8. Kami berhak untuk meminda atau memansuhkan Terma (atau sebahagian daripadanya) mengikut budi bicara kami. Kami mungkin meminda Terma pada bila-bila masa dengan memaparkan perubahan di Laman. Versi Terma yang terkini akan menggantikan kesemua versi sebelumnya.
  9. Melainkan dinyatakan dengan jelas, tiada apa-apa dalam Terma ini bertujuan untuk memberi mana-mana pihak ketiga sebarang hak untuk melaksanakan mana-mana terma atau memberi mana-mana pihak ketiga apa-apa kepentingan di bawah Terma ini. Penggunaan Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Bab 53B) dan sebarang pembuatan semula ditolak secara nyata.
  10. Notis diberi selaras dengan Terma ini akan dianggap mencukupi jika dibuat secara bertulis dan dihantar dengan pos berdaftar atau perkhidmatan penghantaran berekod atau setaraf kepada mana-mana Pihak (di alamat berdaftar kami, atau yang lain dimaklumkan).

FORCE MAJEURE

  1. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan atau pelanggaran Terma ini, seperti kegagalan transaksi, akses terhad ke Laman, atau sebarang kerosakan atau bahaya kepada pengguna yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau keadaan di luar kawalan munasabah sama ada Anda atau Kami ("Kejadian Force Majeure"). Kejadian Force Majeure termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam (banjir, gempa bumi), wabak, rusuhan, pengisytiharan perang, peperangan, tindakan ketenteraan, tindakan pengganas, embargo, sekatan, perubahan dalam undang-undang atau peraturan, kilat, hurikan / taufan / siklon, mogok buruh, demonstrasi, kebankrapan atau ketakmampuan bayar syarikat penerbangan atau hotel dan sebagainya.
  2. Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh apa-apa cara kepada mana-mana pihak jika Traveloka tidak boleh memproses pesanan anda akibat Kejadian Force Majeure.

MENGENAI TRAVELOKA – SOALAN LAZIM

  1. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim.

© Traveloka