Notis Privasi Traveloka

Kemaskini terakhir: 28 Mei 2025

Anda harus dapat membuat keputusan yang tepat mengenai data peribadi anda. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Traveloka Services Pte. Ltd. (dengan alamat berdaftar di Singapura) dan kumpulan syarikatnya yang beroperasi di bawah nama jenama komersial Traveloka (‘Traveloka’, ‘kami’, atau ‘kita’) mungkin mengumpul, menggunakan, berkongsi serta mengurus atau mengawal pemprosesan data peribadi milik individu (‘anda’ ) yang berkaitan dengan laman web, aplikasi telefon, saluran komunikasi atau kaedah dalam talian dan luar talian Traveloka yang lain.

Traveloka membolehkan anda memesan, memperoleh, membeli, membeli, membayar, menyewa, menyediakan, membuat tempahan, menggabungkan atau menyempurnakan pelbagai produk dan perkhidmatan berkenaan dengan pelancongan yang ditawarkan oleh kami atau oleh pihak ketiga (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk dan Perkhidmatan” kami). Pihak-pihak ketiga ini termasuk kepada penyedia penginapan (contohnya, hotel, motel, apartmen, inap desa, pemilik), tarikan pelancongan (contohnya, taman tema, muzium, lawatan tempat menarik), pembekal pengangkutan (contohnya, pengakutan udara, penyewaan kereta, pelayaran, bas, kereta api, pengunjungan lapangan terbang), pengendali pelancongan, penyedia insurans perjalanan serta mana-mana produk atau perkhidmatan perjalanan atau berkaitan yang ditawarkan dari semasa ke semasa di platform kami (secara kolektif dirujuk sebagai “Pembekal Pelancongan” kami). Demi keseluruhan pemahaman berkenaan Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, termasuk ciri-ciri, fungsi-fungsi dan penggunaan yang dibenarkan, sila rujuk kepada Terma dan Syarat Penggunaan Traveloka. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan berkenaan dengan Produk dan Perkhidmatan kami, takrifan dan peruntukkan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat hendaklah diutamakan.

Notis Privasi ini akan disemak secara berkala dan, sekiranya perlu, akan dikemas kinikan bagi menunjukkan sebarang perubahan dalam cara pengurusan kami berkenaan dengan data peribadi anda atau  oleh sebab perubahan dalam undang-undang yang terpakai. Anda disarankan untuk melawat halaman Notis Privasi ini secara berkala, menyemakannya dan membiasakan diri dengan cara kami memproses data peribadi anda.

  1. Tujuan dan Skop Notis Privasi ini

Notis Privasi ini terpakai kepada semua pengguna Traveloka yang mana merupakan individu termasuk mana-mana pihak yang membuat tempahan dengan kami tanpa mendaftar sebagai pengguna Traveloka, tanpa log masuk, sesiapa yang melawat laman web dan/atau aplikasi telefon , wakil (undang-undang) atau orang yang dihubung yang merupakan pihak pengguna atau pelanggan korporat kami, serta mana-mana individu yang terlibat dalam transaksi lain bersama kami seperti wakil individu bagi vendor, pembekal, dan/atau rakan perniagaan kami.

Sekiranya anda membaca Notis Privasi ini bagi pihak entiti korporat atau perniagaan yang mengekalkan satu hubungan kontrak dengan Traveloka, Notis Privasi ini adalah berniat untuk ditunjukkan kepada pegawai-pegawai individu (contohnya orang yang diberi kuasa untuk penandatangan /orang yang bertanggungjawab) bagi pihak entiti korporat atau perniagaan tersebut dan istilah "anda” hendaklah ditafsirkan kepada individu-individu berkenaan.

Kami memperolehi data peribadi anda melalui cara berikut:

  • Secara langsung daripada anda, apabila anda mendaftar dan/atau menggunakan platform kami, memohon Produk dan Perkhidmatan tertentu, mengisi borang, menandatangani kontrak dengan kami, menghubungi kami melalui saluran komunikasi kami, atau berinteraksi dengan kami melalui media sosial..
  • Secara tidak langsung, melalui perwakilan(-perwakilan) anda apabila mereka membuat pembayaran bagi Produk atau Perkhidmatan kami, atau melalui majikan anda apabila anda bertindak sebagai orang yang dihubung apabila majikan anda menjadi pelanggan korporat, vendor atau rakan perniagaan kami, atau berpotensi menjadi salah satu daripadanya.
  • Daripada sumber lain seperti media atas talian atau media tradisional, kuki (cookie) dan teknologi setanding melalui laman web dan aplikasi telefon kami, sumber awam yang tersedia, atau pihak ketiga lain seperti pemproses pembayaran atau transaksi, institusi kewangan lain, syarikat komersial, pihak berkuasa awam, apabila anda memilih untuk mendaftar masuk atau log masuk menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, atau melalui rakaman-rakaman atau gambar-gambar yang telah diambil oleh kami semasa acara atau melalui rakaman CCTV di premis kami.
  1. Data Peribadi yang Kami Proses

Apabila kami menyebut “data peribadi”, kami merujuk kepada maklumat, data atau pendapat yang kami mengetahui mengenai anda atau  secara munasabah boleh mengesahkan anda, sama ada benar (atau tidak) atau direkodkan secara bertulis (atau tidak). Ini termasuk sebarang maklumat yang secara langsung atau tidak langsung, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan maklumat lain, yang dapat mendedahkan identiti anda. Kami memproseskan data peribadi bagi tujuan memenuhi kewajipan kontraktual kami kepada anda dalam penyampaian Produk dan Perkhidmatan kami, secara khususnya:

Data peribadi yang anda berikan kepada kami.

Kategori data peribadi

Jenis data peribadi yang dikumpulkan

Data pengenalan

Anda akan diminta untuk memberikan nama dan alamat e-mel atau nombor telefon bagi pembukaan akaun. Namun, bergantung kepada Produk dan Perkhidmatan, kami juga akan meminta anda untuk memberikan tarikh dan tempat lahir, kewarganegaraan atau nama orang yang melancong bersama anda. Dalam beberapa kes, kami akan meminta anda untuk mengemukakan dokumen yang diisukan oleh kerajaan seperti kad pengenalan kebangsaan, nombor pasport atau lesen memandu untuk memudahkan proses tempahan dengan Pembekal Perjalanan kami, memproses pemulangan wang atau tuntutan insurans dan pembatalan tempahan. Data sedemikian juga mungkin diminta sebagai sebahagian daripada proses mengenali pelanggan kami, yang mungkin diperlukan oleh undang-undang yang terpakai semasa atau yang dinyatakan dalam Terma & Syarat Penggunaan Kami, untuk mengelakkan tindakan atau kelakuan atau  penipuan yang melanggar bercanggah dengan sanksi antarabangsa dan untuk mematuhi peraturan-peraturan termasuk undang-undang dan peraturan-peraturan bagi  pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan penipuan cukai.

Data transaksi

ID tempahan anda dan butir-butiran tempahan anda (seperti nama hotel, lokasi hotel, dan tempoh penginapan, pakej aktiviti) termasuk rekod tempahan dan pelan insurans anda, seperti butiran pemegang polisi dan penerima faedah, maklumat perlindungan, nombor polisi dan maklumat berkaitan tuntutan.

Maklumat pemprosesan pembayaran

Termasuk nombor akaun bank dan/atau data instrumen pembayaran elektronik seperti nombor kad, tarikh luput, alamat pengebilan dan lain-lain butir-butiran transaksi yang berkenaan.

Kandungan dijana pengguna

Apabila anda meyerahkan kandungan di Traveloka Explore atau ciri relevan lain dalam aplikasi Traveloka seperti gambar, video atau bahan-bahan yang dihasilkan oleh pengguna seperti ulasan, kami akan mengumpul maklumat profil anda (nama, nama pengguna atau nama paparan), data interaksi anda (metrik penglibatan, penyukaan, balasan atau laporan yang berkaitan dengan kandungan anda, setem masa dan maklumat peranti) apabila kandungan dikemukakan.

Maklumat lain

Apabila anda mengisi borang, menambah maklumat kepada profil anda termasuk gambar profil, menjawab tinjauan, menyertai promosi, surat menyurat di antara anda dan kami apabila dihantar ke peti mel khusus atau melalui saluran komunikasi lain atau media sosial, serta maklum balas atau ulasan anda mengenai pengalaman anda. Data yang disimpan ini boleh digunakan untuk membantu anda merancang dan menguruskan tempahan perjalanan atau aktiviti pada masa depan.


Apabila anda berkongsi data peribadi mengenai orang lain, contohnya individu yang sedang melancong bersama anda, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa individu tersebut dimaklumkan dan telah memberikan persetujuan mereka untuk berkongsi data peribadi mereka dengan Traveloka, bahawa mereka boleh memahami bagaimana Traveloka menggunakan data peribadi mereka seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.

Selain itu, jika anda memohon pekerjaan dengan kami atau merupakan pekerja sedia ada di Traveloka, kami memproses yang berikut:

Butiran peribadi tambahan, butiran hubungan dan pengenal pasti/demografi

Selain daripada butiran peribadi yang disenaraikan di atas, Traveloka akan mengumpul butiran peribadi tambahan untuk tujuan pengambilan/pekerjaan, seperti nombor pengenalan kebangsaan, nombor keselamatan sosial, data insurans, status perkahwinan, pasangan domestik, tanggungan, dan data hubungan kecemasan.

Data pendidikan dan data berkaitan profesional atau pekerjaan

Kami akan mengumpul data mengenai pendidikan anda dan data berkaitan profesional atau maklumat pekerjaan lalu anda.

Data sensitif untuk tujuan pengambilan pekerja

Kami  akan mengumpul jenis data-data tertentu sensitif yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan persetujuan anda, seperti data kesihatan/perubatan (termasuk status kecacatan), keahlian kesatuan sekerja, agama, bangsa atau etnik dan data mengenai sabitan  dan kesalahan jenayah. Kami mengumpul data ini bagi tujuan tertentu seperti data kesihatan/perubatan bagi menyediakan manfaat; semakan latar belakang dan data peribadi berkaitan kepelbagaian (seperti bangsa dan etnik) untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kod etika dalaman berkaitan anti-diskriminasi.

Data pengurusan berbakat

Data yang diperlukan untuk melengkapkan semakan latar belakang, butiran mengenai keputusan prestasi dan hasilnya, maklum balas prestasi dan amaran, program pembelajaran atau latihan, serta data yang digunakan untuk mengisi biografi.


Data Peribadi Sensitif. Beberapa data peribadi yang dinyatakan di atas, seperti kad pengenalan yang diisukan oleh kerajaan, data kewangan dan data kesihatan, mungkin dikategorikan sebagai data sensitif atau kategori khas di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Sila ambil maklum bahawa data peribadi ini mungkin diperlukan untuk tempahan tertentu atau untuk meneruskan permohonan pekerjaan anda, dan kami mungkin tidak dapat menyelesaikan tempahan dan/atau proses pengambilan pekerja tanpa maklumat tersebut.

Data Kanak-kanak. Produk dan Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk digunakan oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memberikan persetujuan atau tidak mempunyai kematangan untuk memahami apa yang ditawarkan dalam Produk dan Perkhidmatan kami dan Notis Privasi ini. Kami hanya mengumpul data peribadi mengenai kanak-kanak sekiranya anda memberikan maklumat mengenai kanak-kanak anda sendiri atau mana-mana kanak-kanak di bawah jagaan anda. Sekiranya anda mendapati bahawa kanak anda atau mana-mana kanak-kanak di bawah jagaan anda telah memberikan maklumat/data peribadi kepada kami tanpa persetujuan anda, sila hubungi kami menggunakan bahagian Butiran Hubungan di bawah.

Data peribadi yang kami kumpulkan daripada alat peranti anda.

Setiap kali anda melawat laman web atau aplikasi telefon kami, kami mengumpul data tertentu untuk memberikan pengalaman yang lebih baik semasa menggunakan platform kami atau untuk mengekalkan langkah-langkah keselamatan. Data tersebut akan termasuk:

  1. Lokasi geografi: untuk memberikan tawaran dan pengalaman terbaik dengan, contohnya, memaparkan panduan bandar kami, mencadangkan aktiviti atau tarikan pelancongan terdekat dengan lokasi anda.
  2. Data Log: seperti alamat web IP, jenis pelayar, sistem pengendalian, negara, halaman yang dilawati, tarikh dan masa anda mengakses perkhidmatan kami serta data berkaitan penggunaan laman web yang lain.
  3. Kuki dan teknologi yang serupa: untuk membantu kami menjejaki penggunaan laman web anda, memastikan laman web dan aplikasi telefon kami berfungsi dengan tepat dan selamat untuk anda,  meningkatkan perkhidmatan laman web dan aplikasi telefon kami dan untuk memberikan mesej, iklan atau banner yang diperibadikan. Anda boleh menguruskan kuki anda dalam tetapan pelayar anda seperti Internet Explorer, Safari, Firefox atau Chrome dengan memilih kuki mana yang diterima dan mana yang ditolak. Jika anda memilih untuk menyekat beberapa fungsian kuki , sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa ciri perkhidmatan kami.
  4. Data Peranti dan Aplikasi yang Dipasang: data daripada telefon anda dan/atau aplikasi Traveloka yang dipasang pada peranti anda boleh dikumpulkan untuk mengenal pasti peranti termasuk tetapan khusus peranti anda dan ciri-cirinya, kemalangan aplikasi dan aktiviti sistem lain.  

Data peribadi yang kami terima daripada pihak ketiga atau sumber lain.

Kami secara umunya mengumpul data peribadi secara atas dasar sukarela dan secara langsung daripada anda, kecuali untuk data tertentu yang kami berkumpul daripada pihak ketiga atau sumber lain (awam), seperti:

  1. Pembekal Pelancongan kami, rakan niaga dan afiliasi, pemproses perniagaan dan/atau pihak lain yang kami bekerjasama di bawah sebarang komitmen kontrak atau lain-lain untuk Produk dan Perkhidmatan kami.
  2. Perkhidmatan pihak ketiga seperti Google, Apple dan Facebook apabila anda memilih untuk log masuk atau menyambung ke platform kami melalui perkhidmatan mereka.
  3. Rujukan atau rakan perjalanan bersama apabila anda dijemput atau menerima e-mel daripada kami sebagai rakan perjalanan bersama dalam tempahan daripada individu yang mengemukakan data peribadi anda kepada kami.
  4. Penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, atau penasihat profesional lain) yang diluluskan oleh anda;
  5. Mana-mana individu yang dimaklumkan oleh anda sebagai wakil sah anda atau yang membuat pembayaran bagi pihak anda untuk Produk dan Perkhidmatan kami;
  6. Mana-mana data peribadi yang diperolehi daripada majikan anda, sebagai sebahagian daripada pendaftaran atau proses tempahan anda dalam perkhidmatan perjalanan korporat kami;
  7. Data peribadi yang dikumpul daripada penyedia perkhidmatan pihak ketiga berkaitan dengan maklumat kewangan tertentu apabila anda mendaftar, mengakses, menambah, dan/atau menghubungkan (seperti yang relevan) untuk kad pembayaran, produk pinjaman, insurans, atau produk atau akaun perkhidmatan kewangan lain dengan kami; atau
  8. Rakaman CCTV di premis Traveloka atau gambar dan rakaman yang diambil oleh kami semasa acara.
  1. Mengapa Kami Memproses Data Peribadi Anda

Proses bermaksud setiap aktiviti yang boleh dijalankan berkenaan dengan data peribadi, seperti mengumpul, merekod, menyimpan, menyelaraskan, menyusun, menggunakan, mendedahkan, memindahkan atau memadamkannya mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Secara umumnya, kami hanya menggunakan data peribadi anda berdasarkan kepada permintaan anda seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Penggunaan platform kami yang telah anda terima dan bersetuju untuk terikat dengan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, tujuan yang diterangkan di bawah.

Anda dapat memilih untuk tidak mengemukakan beberapa data peribadi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas. Namun, banyak Produk dan Perkhidmatan kami memerlukan beberapa data peribadi untuk beroperasi, termasuk data peribadi sensitif, untuk melaksanakan tujuan-tujuan yang diperlukan bagi memenuhi obligasi undang-undang dan/atau kontrak kami dengan anda, seperti yang dihuraikan di bawah. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat menggunakan Produk dan Perkhidmatan tersebut.

Melaksanakan kewajipan kontrak kami dengan anda

  1. Tempahan perjalanan: kami menggunakan data peribadi anda untuk memudahkan tempahan dalam talian anda dengan kami. Ini termasuk pengesahan akaun atau proses pendaftaran anda dan/atau menghantar e-mel pengesahan serta bukti tempahan atau pembayaran. Kami juga mungkin memproses data peribadi anda untuk membolehkan daftar masuk dalam talian dengan Pembekal Perjalanan kami atau untuk menguruskan tuntutan pemulangan wang anda.
  1. Pengurusan akaun: apabila anda membuka akaun dengan kami, untuk memudahkan anda dalam menguruskan tetapan peribadi termasuk pembukaan profil dan menyesuaikan pengalaman anda semasa menggunakan platform kami, menerbitkan ulasan anda tentang perkhidmatan kami serta produk yang disenaraikan di platform kami. Apabila anda membuat tempahan tanpa log masuk, kami menggunakan maklumat anda untuk memastikan anda dapat mengakses butiran perjalanan anda dengan mudah dan sebarang faedah yang berkaitan, termasuk memudahkan peruntukan mata ganjaran yang tepat supaya pengguna yang layak dapat menerima manfaat mereka.
  1. Pemprosesan pembayaran: apabila anda membuat tempahan melalui platform kami, kami mengumpul dan memproses butir-butiran pembayaran dengan selamat, termasuk maklumat kad kredit, untuk memuktamadkan tempahan anda. Dalam kes tertentu, untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pengesahan daripada rakan pembayaran kami dan/atau Pembekal Pelancongan, kami akan melengkapkan maklumat pembayaran yang kami telah menerima daripada anda dengan maklumat tambahan yang diperlukan (seperti butiran berkaitan dengan lokasi) untuk memproseskan transaksi tersebut.
  1. Sokongan pelanggan: kami menggunakan data peribadi anda untuk membolehkan kami memberi balasan kepada pertanyaan atau permintaan anda mengenai tempahan anda melalui e-mel, pemberitahuan tolak (push notification), chatbox atau telefon termasuk untuk berkongsi maklumat tersebut dengan Pembekal Perjalanan atau untuk menangani sebarang kesilapan atau masalah yang mungkin anda menghadapi semasa menggunakan perkhidmatan kami dan dalam mengukur serta meningkatkan pengalaman dan kepuasan anda.

Pematuhan dengan kewajipan undang-undang kami

Kami menggunakan data peribadi anda untuk mematuhi pelbagai kewajipan undang-undang dan peraturan yang mewajibkan kami melaksanakan atau menyediakan:

  1. Pengesahan identiti: Kami memproses data peribadi seperti nombor telefon, alamat e-mel, maklumat peranti, dan kelayakan log masuk untuk tujuan mengesahkan identiti anda dan penyelamatan akses akaun anda. Ini termasuk penghantaran kod pengesahan, pemberitahuan log masuk, dan pemberitahuan keselamatan lain yang bertujuan untuk melindungi akaun anda daripada akses tanpa kebenaran. Bagi memastikan penyampaian pemberitahuan ini scara tepat dan selamat, kami akan menggunakan satu atau lebih saluran komunikasi, termasuk e-mel, pemberitahuan tolakan peranti, dalam aplikasi inbox atau cara-cara lain yang disokong. Sila ambil maklum bahawa bukan semua jenis pemberitahuan mungkin tersedia melalui setiap saluran pada setiap masa. Atas alasan tersebut, kami amat menggalakkan pengguna untuk mengaktifkan dan mengekalkan akses ke semua saluran komunikasi yang tersedia (terutamanya dengan menambah alamat e-mel yang disahkan dan mengaktifkan pemberitahuan tolakan). Pada Produk dan Perkhidmatan tertentu, kami juga mungkin bergantung kepada pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak ketiga lain (seperti institusi kewangan) untuk mengesahkan identiti anda.
  1. Pencegahan penipuan dan pemeriksaan anti-pengubahan wang haram serta pembiayaan keganasan: Kami mempunyai kewajipan undang-undang untuk memeriksa dan menghalang pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, tingkah laku kesat, dan aktiviti berbahaya atau haram untuk melindungi hak-hak kami. Oleh itu, kami akan melakukan pemantauan terhadap transaksi luar biasa oleh pengguna kami.
  1. Pemenuhan permintaan daripada pihak berkuasa dan pertikaian undang-undang: kami mempunyai kewajipan undang-undang untuk memberi balasan kepada permintaan undang-undang yang dikemukakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau untuk menyelesaikan pertikaian, menjalankan litigasi, dan pengurusan aduan.

Kepentingan sah kami

Kami memproses data peribadi anda bagi pelbagai tujuan yang mana di bawah kepentingan kami untuk memenuhi komitmen kontraktual kami seperti yang dinyatakan di bawah. Apabila bergantung kepada kepentingan sah, kami memastikan bahawa pemprosesan kekal berpatutan dan bahawa kepentingan serta hak asasi anda ditangani.

  1. Untuk membangunkan dan memperbaiki Produk dan Perkhidmatan kami: Kami akan menggunakan data peribadi anda apabila menjalankan analisis lawatan anda ke laman web atau aplikasi telefon kami dengan tujuan untuk memperbaiki laman web dan aplikasi tersebut dengan menggunakan kuki dan/atau teknologi yang setara. Kami juga akan meminta maklum balas atau ulasan anda mengenai pengalaman anda dengan Produk dan Perkhidmatan kami atau Pembekal Perjalanan kami dan menggunakan data anda untuk tujuan ujian dan penyelesaian masalah serta untuk menjana statistik mengenai perniagaan kami untuk perkembangan, fungsi, dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan prestasi perkhidmatan kami. Kami berusaha untuk menggunakan data peribadi yang tanpa indentiti (anonymized) untuk kerja analitik tersebut.

Untuk mencapai tujuan ini, kami akan menggabungkan data peribadi yang kami mengumpul daripada anda semasa lawatan yang berasingan ke platform kami atau lawatan melalui alat peranti yang berbeza walaupun anda tidak log masuk.

  1. Untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memperbaiki pengalaman pengguna di seluruh pelbagai fungsi termasuk sokongan pelanggan dan perkhidmatan pekerja: Kami menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) dalam mengoptimumkan aliran kerja, menyediakan balasan yang lebih pantas, dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami sambil mengekalkan langkah keselamatan yang sesuai bagi melindungi data peribadi.

Dalam kebanyakan kes, penyelesaian AI dan ML kami beroperasi tanpa pemprosesan data peribadi. Di mana teknologi-teknologi ini digunakan, adalah berfungsi terutamanya untuk menganalisis corak umum, menjalankan tugas berulangan secara automatik dan memberikan pandangan untuk meningkatkan kecekapan. Sebagai contoh, AI dan ML boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  • Chatbots untuk penglibatan pelanggan, komunikasi, dan tawaran untuk mencadangkan Produk dan Perkhidmatan yang lebih sesuai serta meningkatkan pilihan perkhidmatan kendiri.
  •  proses automatik pekerja untuk tugas pentadbiran seperti menghasilkan deskripsi pekerjaan awal, mencadangkan peluang pembelajaran, dan menyokong pengurusan berbakat.
  • Kecekapan operasi untuk mengenal pasti trend dan memperbaiki proses dalaman tanpa bergantung pada data peribadi.

Apabila AI berinteraksi dengan data peribadi dalam kes-kes yang terhad, kami berusaha untuk memastikan bahawa pemprosesan mematuhi prinsip pengurangan data dan bahawa kawalan yang sesuai seperti tanpa indentiti (anonymization)  atau pseudonimisasi adalah dilaksanakan. Tambahan pula, AI tidak membuat keputusan sepenuhnya scara automatik tanpa daripada pengesahan manusia.

  1. Untuk mempromosikan dan menawarkan tawaran yang paling sesuai disediakan oleh kami atau Pembekal Perjalanan kami: Kami akan memproses data peribadi anda apabila memaklumkan atau memberi nasihat kepada anda mengenai inventori serupa hotel, penerbangan dan aktiviti pengangkutan serta perjalanan lain atau harga terbaik yang terpakai kepada anda, menawarkan pakej perjalanan dan gaya hidup, serta perkhidmatan kewangan dan pilihan pembayaran yang sesuai dengan keutamaan anda. Kami berusaha untuk memahami anda dengan lebih baik dan memenuhi keperluan anda yang berubah dengan menawarkan Produk dan Perkhidmatan yang sesuai dengan situasi anda. Untuk mencapai personalisasi ini, kami mungkin:
  • Mempertimbangkan situasi sosiodemografik anda;
  • Menganalisis tingkah laku, cara pertanyaan carian dan keutamaan anda di pelbagai saluran komunikasi kami, lawatan ke laman web dan aplikasi telefon kami;
  • Menganalisis Produk dan Perkhidmatan yang telah anda tempah atau beli daripada kami.
  1. Untuk menguatkuasakan Terma dan Syarat platform kami, Garis Panduan Komuniti, atau dasar produk tertentu seperti prosedur pemulangan penginapan atau penerbangan atau syarat penggunaan lain.
  1. Untuk memenuhi sebarang kewajipan dan liabiliti yang tertunggak antara anda dan Traveloka, Pembekal Perjalanan atau rakan kongsi Traveloka. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyelesaikan transaksi, menyediakan perkhidmatan yang dipersetujui, menguruskan tempahan, mengendalikan pembayaran, menangani pertikaian dan memastikan pematuhan dengan polisi atau terma dan syarat yang terpakai seperti yang dinyatakan dalam perenggan (d) di atas.

Untuk menghormati pilihan anda jika kami ingin memperolehi persetujuan anda

Selaras dengan tujuan di atas dan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami akan berkomunikasi dengan anda melalui mesej elektronik termasuk e-mel, mesej teks atau notifikasi tolakan (push notification) telefon untuk:

  1. Menghantar maklumat berkaitan Produk dan Perkhidmatan kami. Ini akan termasuk pengesahan dan kemas kini tempahan, resit, pemberitahuan teknikal, kemas kini, amaran keselamatan, serta mesej sokongan dan pentadbiran. Sila ambil perhatian bahawa apabila komunikasi berkaitan dengan tempahan anda, komunikasi tersebut adalah perlu untuk memenuhi kewajipan kontrak kami kepada anda.
  1. Menghantar komunikasi pemasaran kepada anda. Dalam situasi lain, tertakluk kepada persetujuan anda dan undang-undang yang terpakai, kami akan berkomunikasi dengan anda mengenai tawaran, promosi, ganjaran, kempen atau acara yang akan datang, penyelidikan pasaran atau tinjauan serta berita lain mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, syarikat kumpulan kami, Pembekal Perjalanan kami dan rakan kongsi perniagaan lain.

Kami membenarkan anda untuk mengurus dan menyemak pilihan pemberitahuan anda pada bila-bila masa melalui halaman Tetapan Pemberitahuan dalam akaun anda. Di sini, anda boleh menukar item pemberitahuan pada atau matikan berdasarkan pilihan anda atau anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran dengan mengikuti pautan berhenti langganan atau arahan yang terdapat dalam bahan pemasaran kami. Sila ambil perhatian bahawa perubahan kepada pilihan anda akan mengambil masa sehingga tujuh (7) hari kalendar untuk berkuat kuasa sepenuhnya. Ini termasuk tempoh  lima hari sekiranya anda mengubah fikiran, diikuti dengan dua hari untuk pemprosesan. Dalam tempoh ini, anda masih boleh menerima komunikasi yang telah dijadualkan sebelumnya.

  1. Perkongsian Data Peribadi Anda

Terdapat situasi di mana kami perlu memberikan data peribadi anda kepada pihak lain yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kami. Ini boleh termasuk pemindahan data atau pendedahan dalam kumpulan Traveloka dan kepada pihak ketiga dengan setiap perkongsian sedemikian dilakukan berdasarkan asas undang-undang yang sah, seperti yang diterangkan dalam Seksyen 3 (Mengapa Kami Memproses Data Peribadi Anda).

Dalam kumpulan Traveloka

Kami adalah komit terhadap privasi anda, dan kami telah mengamalkan prinsip perlindungan data dan privasi melalui Polisi Privasi Data Dalaman kami yang mengikat semua entiti Traveloka di seluruh bidang kuasa di mana kami beroperasi. Kami akan berkongsi data peribadi anda dalam kumpulan kami untuk memastikan bahawa kami dapat memenuhi kewajipan undang-undang kami seperti:

  1. Untuk menyatukan tugas operasi dan pentadbiran tertentu di pusat pemprosesan kami seperti Traveloka Services Pte Ltd yang terletak di Singapura. Entiti ini sepenuhnya tertakluk kepada Polisi Privasi Data Dalaman Traveloka untuk memastikan tahap perlindungan data yang mencukupi.
  1. Untuk tujuan pengacara (hosting), sokongan dari segi teknikal dan pelanggan, analisis atau penambahbaikan produk serta penyelenggaraan keseluruhan platform kami.
  1. Kami mungkin menggunakan sistem penyimpanan terpusat untuk memproses data di titik pusat dalam kumpulan Traveloka. Sistem penyimpanan terpusat ini dikendalikan oleh Traveloka atau pihak ketiga dan akan terletak di luar bidang kuasa tempatan anda. Dalam apa jua keadaan, kami akan memastikan bahawa langkah-langkah yang mencukupi diambil untuk melindungi data peribadi anda.

Dengan pihak ketiga

Kami juga akan berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga berikut:

  1. Pihak berkuasa kerajaan dan pengawas untuk mematuhi sebarang kewajipan pelaporan peraturan dan permintaan data yang dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa (tempatan) termasuk pihak berkuasa cukai dan kehakiman/penyiasatan seperti polis, pendakwa raya awam, mahkamah dan badan timbang tara/mediasi. Kecuali data pada tahap individu diminta secara khusus oleh pengawal selia, kami akan memastikan bahawa data peribadi dikumpulkan, bermakna hanya maklumat mengenai kumpulan pelanggan (atau pekerja, jika berkenaan) yang akan dikongsi dengan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda.
  1. Pembekal Perjalanan yang anda tempah seperti hotel, syarikat penerbangan dan perkhidmatan pengangkutan lain serta penyedia penarikan atau aktiviti untuk memudahkan tempahan anda. Kami menggalakkan anda untuk membaca notis privasi mereka sendiri untuk memahami bagaimana pemprosesan merekan kepada data peribadi anda.
  1. Rakan kongsi perniagaan, pengurus saluran, perantara atau penyedia sambungan lain yang memberikan perkhidmatan kami, termasuk untuk menyambung dan mentadbir tempahan anda dengan Pembekal Perjalanan.
  1. Penyediaan perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang menyokong kami dalam menjalankan aktiviti tertentu dalam urusan perniagaan biasa seperti infrastruktur awan, sokongan pelanggan dan komunikasi, pengesanan dan pencegahan penipuan, tuntutan insurans, dan institusi kewangan yang membantu anda dalam proses pembayaran tertentu atau yang menyediakan perkhidmatan kewangan kepada kami.
  1. Pihak ketiga profesional lain seperti firma guaman atau juruaudit. Data peribadi anda dikongsi sejauh yang perlu, dan pihak ketiga ini akan memproses data anda mengikut kewajipan profesional mereka sendiri.
  1. Rakan kongsi pemasaran dan pengiklanan untuk memastikan iklan yang relevan dipaparkan kepada audiens yang tepat.
  1. Pemindahan Data Merentas Sempadan

Data peribadi yang kami memperolehi akan disimpan di pelayan (server) yang terletak di luar bidang kuasa tempatan anda. Oleh sebab, ia adalah dalam kepentingan anda atau perlu untuk menyelesaikan atau melaksanakan kontrak yang kami mempunyai dengan anda, termasuk antara entiti kumpulan kami dan pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 (Perkongsian Data Peribadi Anda), data peribadi anda juga boleh dipindahkan atau diakses merentas bidang kuasa di mana kami atau Pembekal Perjalanan kami beroperasi. Kami akan mengambil langkah kontrak, organisasi dan teknikal yang sesuai (seperti penyulitan) untuk memastikan bahawa data peribadi anda tetap dilindungi dengan mencukupi.

  1. Hak Anda dan Cara Penghormatan Kami

Berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan, hak-hak data peribadi anda mungkin berbeza mengikut bidang kuasa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan hak-hak yang terpakai kepada anda, sila hubungi kami menggunakan alamat e-mel yang dinyatakan dalam Seksyen 10. Secara amnya, anda mungkin mempunyai hak-hak berikut:

  1. Anda boleh meminta akses dan salinan data peribadi anda yang kami proses. Setiap permintaan akan ditangani secara kes demi kes dan kami akan memerlukan pengesahan tambahan untuk memastikan keselamatan data anda. Sila ambil perhatian bahawa data tertentu mungkin tertakluk kepada keperluan penyimpanan undang-undang atau operasi, yang boleh mempengaruhi skop apa yang boleh kami berikan. Tertaluk kepada sifat dan jumlah data yang diminta, fi pemprosesan mungkin dikenakan, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
  1. Anda boleh meminta pembetulan data peribadi anda yang berkaitan dengan akaun Traveloka anda yang anda berpendapat tidak tepat atau tidak lengkap. Kami menyediakan pilihan perkhidmatan sendirian dalam aplikasi kami, yang membenarkan anda untuk mengemas kini kebanyakan butir-butiran akaun anda dengan mudah. Untuk data peribadi tertentu yang tidak dapat dikemas kini melalui perkhidmatan sendirian, anda boleh menghubungi kami untuk bantuan. Walau bagaimanapun, jika data peribadi berkenaan dengan tempahan yang telah dibuat dengan Pembekal Perjalanan kami, perubahan pada data tersebut akan tertakluk kepada polisi Pembekal Perjalanan tersebut.
  1. Dalam situasi tertentu, anda boleh meminta kami untuk memadamkan data peribadi yang kami simpan bagi anda. Jika anda ingin membatalkan akaun Traveloka anda dan maklumat yang berkenaan, anda boleh melakukannya melalui pilihan Padam Akaun di halaman tetapan aplikasi atau log masuk ke laman web kami. Walau bagaimanapun, data tertentu mungkin disimpan seperti yang diterangkan lebih lanjut dalam Seksyen 7 (Penyimpanan Data Peribadi Anda).
  1. Dalam situasi tertentu, anda boleh membantah penggunaan data peribadi anda jika anda mempunyai alasan yang munasabah. Kami akan mempertimbangkan bantahan anda dan sama ada pemprosesan data peribadi anda memberi kesan yang tidak wajar terhadap anda yang memerlukan kami menghentikan pemprosesan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, bantahan anda tidak terpakai jika kami perlu membuat demikian yang ditetapkan oleh undang-undang atau jika ianya adalah perlu untuk memenuhi kontrak dengan anda.
  1. Dalam situasi tertentu, anda boleh meminta kami untuk mengehadkan penggunaan data peribadi anda seperti apabila anda membantah ketepatan dan/atau kesahihan data peribadi anda atau jika anda percaya data peribadi anda tidak relevan kepada kami lagi, atau jika anda telah meminta kami untuk menghentikan penggunaan data peribadi anda. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi data peribadi anda dengan cara lain semasa ia dihadkan, tetapi kami akan tidak dapat menyediakan sebahagian daripada Produk dan Perkhidmatan kami seperti yang anda minta semasa sekatan tersebut berkuat kuasa.
  1. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi anda, dengan syarat pemprosesan kami bergantung pada persetujuan anda. Walau bagaimanapun, penarikan balik tersebut tidak akan menjejaskan pemprosesan sah data peribadi sebelum penarikan balik tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan anda adalah dapat menghalang kami daripada berkomunikasi dengan anda melalui mesej elektronik mengenai Produk dan Perkhidmatan kami dan anda akan tidak dimaklumkan berita tentang tawaran, promosi dan ganjaran kami.

Sila ambil perhatian bahawa semua permintaan akan melalui penyaringan dan pengesahan terlebih dahulu. Untuk mengesahkan identiti dan kuasa anda untuk membuat permintaan, kami akan meminta anda untuk menyediakan data sokongan atau dokumentasi. Setelah pengesahan, kami akan menilai permintaan anda dan memutuskan sama ada ia berasas. Dalam apa jua keadaan, kami akan memproseskan permintaan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Untuk sebarang permintaan yang berkaitan dengan Notis Privasi ini, bagi melaksanakan mana-mana hak anda atau membuat aduan, sila hubungi kami menggunakan Butiran Hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 di bawah.

Jika anda tidak berpuas hati dengan balasan kami kepada aduan anda, anda juga berhak untuk membuat aduan lanjut kepada pihak berkuasa yang melindungi data tempatan anda.

  1. Penyimpanan Data Peribadi Anda

Kami akan menyimpan data peribadi anda, termasuk Data Peribadi Sensitif, selama mana yang diperlukan berikutan tujuan bagi mana data tersebut diperoleh dan diproses selanjutnya serta konsisten dengan undang-undang yang terpakai untuk menggunakan hak-hak undang-undang kami di mana penahanan adalah dinasihatkan, melindungi kepentingan kami atau kepentingan anda bagi menangani isu atau mempertahankan tuntutan yang akan tertimbul, dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau peraturan kami di mana terdapat kewajipan undang-undang, cukai, pelaporan, atau audit yang kami tertakluk, seperti keperluan anti-pengubahan wang haram yang memerlukan kami menyimpan rekod transaksi anda untuk tempoh tertentu sebelum kami boleh memadamkannya.

Apabila kami tidak perlu menggunakan maklumat anda, kami akan memadamkan dari sistem dan rekod kami apabila diperlukan, dan/atau menyahaktifkannya atau mengambil langkah-langkah yang munasabah lanjut untuk menyahtamadunisasikannya (properly anonymise) supaya anda tidak dapat lagi dikenal pasti daripadanya.

Sila ambil perhatian bahawa maklumat yang anda berkongsi dengan pengguna lain seperti ulasan atau kandungan yang diterbitkan mungkin akan terus kelihatan secara terbuka di platform Traveloka, walaupun selepas akaun anda dibatalkan.

  1. Perlindungan Data Peribadi Anda

Kami memastikan usaha telah dilakukan untuk melindungi data peribadi anda dengan cara berikut:

  1. Pengukuran organisasi. Kami mempunyai kakitangan dan bahagian yang khusus untuk mengendalikan Data Peribadi anda dan memastikan aliran dari penerimaan Data Peribadi kami sehingga rekod Data Peribadi tersebut diuruskan dengan teliti dan mengikut peraturan yang terpakai. Pekerja kami tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan dan tidak boleh mendedahkan data peribadi anda secara tidak sah. Rangka kerja dalaman kami disemak secara berkala untuk memastikan ia selaras dengan peraturan dan perkembangan pasaran terkini.
  1. Pengukuran teknikal. Kami melindungi data peribadi anda dengan mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang munasabah, termasuk langkah-langkah fizikal, teknikal, dan organisasi untuk memastikan ketersediaan, kerahsiaan, dan integriti data peribadi anda. Kami mengehadkan akses kepada data peribadi anda hanya kepada kakitangan yang dilantik dan kami mempunyai penyedia infrastruktur keselamatan yang bebas dan canggih untuk pemprosesan dan penyimpanan data peribadi anda.

Bagi membantu kami terus melindungi data peribadi anda, sila hubungi kami sekiranya anda mengesyaki bahawa data peribadi anda mungkin telah terkompromi.

  1. Pautan ke Laman Web Lain

Anda boleh menyatukan akaun Traveloka anda dengan perkhidmatan pihak ketiga tertentu dan beberapa bahagian platform Traveloka mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Kami tidak memiliki atau mempunyai kawalan ke atas laman web tersebut. Apabila anda berinteraksi dengan pihak ketiga ini, kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan pengendalian data pihak ketiga tersebut dan kami menasihatkan anda untuk membaca notis privasi bagi setiap laman web yang anda melawati yang mendapatkan data peribadi anda.

Sila semak juga Terma dan Syarat Penggunaan Traveloka untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan platform kami. Notis Privasi ini adalah sebahagian yang tidak terpisahkan daripada Terma dan Syarat kami.

  1. Maklumat perhubungan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin menjalankan hak anda, sila hantarkan e-mel kepada pasukan Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami di privacy@traveloka.com dengan perhatian kepada Pejabat Perlindungan Data Kumpulan Traveloka. Pertanyaan anda akan disalurkan kepada pasukan yang sesuai berdasarkan negara tempat tinggal anda atau perkhidmatan yang anda gunakan.

Sekiranya diperlukan oleh undang-undang perlindungan data tempatan, kami telah melantik Pegawai Perlindungan Data (DPO) yang ditetapkan atau wakil tempatan di Singapura, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, dan Jepun. Jika berkenaan, butiran perhubungan yang relevan akan diberikan kepada anda atas permintaan.

  1. Ketentuan Khusus Negara

Singapura

Sila ambil perhatian bahawa kami akan mendapatkan, menggunakan, dan mendedahkan nombor Kad Pengenalan Negara (NRIC) atau Nombor Pengenalan Asing (FIN) atau bentuk pengenalan lain (mana yang berkenaan) untuk tujuan berkaitan laman web atau aplikasi telefon sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memenuhi kewajipan kami dan untuk mencegah, mengesan, dan menyiasat aktiviti penipuan dalam platform kami.

Korea

Bagi meningkatkan kecekapan dan kelajuan perkhidmatan kami kepada penduduk tempatan, kami telah membuat perjanjian pemprosesan maklumat peribadi dengan pemproses luar yang kami lantik. Oleh itu, semasa penyediaan perkhidmatan, pemproses luar ini mungkin mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda.

Dengan memberi keutamaan kepada keselamatan maklumat peribadi anda, kami telah memeterai perjanjian luar dengan pemproses kami yang merangkumi kewajipan berikut: (a) mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan maklumat peribadi yang terpakai; (b) melarang penggunaan maklumat peribadi untuk tujuan selain daripada yang diberikan; dan (c) pemusnahan maklumat peribadi dengan segera setelah pemprosesan selesai, bersama dengan kewajipan pematuhan lain.

Thailand

Kegagalan untuk memproses data peribadi yang diperlukan mungkin menghalang kami daripada memenuhi kewajipan kontrak kami, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan tertentu dan mengehadkan akses anda kepada beberapa perkhidmatan kami. Selain itu, ketiadaan data peribadi anda akan menyukarkan kami untuk melaksanakan sebarang kewajipan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya kami meminta salinan kad pengenalan negara Thailand anda untuk mengesahkan identiti anda bagi kewajipan undang-undang atau transaksi perniagaan, kami akan secara tidak sengaja menerima data peribadi sensitif daripada dokumen ini, seperti kepercayaan agama dan jenis darah anda. Walau bagaimanapun, kami tidak berniat untuk menggunakan data peribadi sensitif ini untuk tujuan pengesahan identiti. Oleh itu, kami dengan hormatnya meminta anda untuk menutup sebarang data peribadi sensitif, termasuk kepercayaan agama dan jenis darah anda, sebelum mengemukakan salinan kad pengenalan negara Thailand anda.

  1. Bahasa & Tafsiran

Notis Privasi ini tertakluk kepada terjemahan ke dalam pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Notis Privasi ini dan terjemahannya dalam bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.


Sila semak Notis Privasi ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa pilihan anda:

Singapura

Thailand

Vietnam

Malaysia

Indonesia

Filipina

Australia

Jepun

Korea

© Traveloka