Secara keseluruhan, kebersihan di bangunan perlu dipertingkatkan terutama di bahagian lantai. Kondisi bilik ok. Cuma sangat terganggu dengan kebisingan dari penghuni di tingkat atas dan salakan anjing yang tak henti² pada waktu malam sehingga jam 3 pagi. Mengganggu waktu tidur. Dari segi lokasi, sangat memuaskan. Berada di tengah-tengah tempat-tempat menarik sekitar CH dan sangatlah dekat dengan pasar malam. Harga keseluruhan yang dibayar RM352. Agak mahal berbanding tempat penginapan lain.