0

Travel Bestie

12 Aug 2022 - 1 min read

5 Tempat Makan Menarik di Penang

Nak cari tempat makan yang best dekat Penang? Haa jom baca artikel ni dulu!

1.Deens Maju Nasi Kandar


Kredit: @asleenalee di Instagram

Bila dah sampai di Penang, takkan tak makan nasi kandar? Walaupun terpaksa beratur nak beli, jangan risau, makan dekat Deens Maju Nasi Kandar memang berbaloi. Sekali makan memang akan teringat-ingat tau! Inilah tempat favorite orang tempatan di sini, dan harga juga sangat berpatutan.

2. Popiah Seafood di Medan Selera Padang Brown

Kredit: vkeong

Nak cari popiah memang di mana-mana pun ada, tapi nak cari yang mengandungi bahan-bahan seafood memang rare. Tapi di sini, popiahnya diisi dengan ketam dan dibanjiri dengan sos yang sangat sedap. Popiah dia pun lembut dan enak dimakan.

3. Hameed Pata Special Mee Sotong


Kredit: @kakefoodie

Gerai Mi Sotong ni sekali cuba mesti nak lagi! Kalau biasanya kita makan mi goreng, kali ni ada pula dengan sambal sotong yang disajikan panas-panas. Tengok warna sambalnya pun sudah menarik!

4. Laksa Janggus


Kredit: @juneythefoodie

Laksa Melayu terbaik – Laksa Janggus! Rasa laksanya memang pekat dan dipenuhi mi laksa serta kepingan ikan. Kalau yang suka pedas, boleh tambah cili hijau ikut selera masing-masing. Boleh lah ajak satu family datang apabila di Penang!

5. Kareem Pasembur Rojak

Kredit: @ifa_nomsnoms

Haa, suka makan pasembor tak? Pasembor rojak dekat sini memang kena try! Boleh pesan dan cuba keropok udang, kek ikan, bebola ikan, sotong dan macam-macam lagi. Sos yang diberi pula sangat pekat dan menambah selera.

Haa, tunggu apa lagi? Segera lah susun plan percutian anda sekarang! Lagi cepat, lagi murah tau. Lagi-lagi dengan Traveloka, anda boleh menikmati tawaran percutian lokal yang menarik! Dah bersedia nak menjelajahi Penang? Jommmm!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved