Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:
Traveloka ialah salah satu platform carian tiket penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara dengan lebih 100,000 laluan penerbangan dan lebih 100,000 pilihan hotel di seluruh dunia. Kini, inventori kami telah pun berkembang dengan pilihan pakej penerbangan dan hotel, pengangkutan lapangan terbang serta tarikan dan aktiviti. Traveloka memberi anda platform terbaik untuk mencari penerbangan murah di hujung jari anda. Pejabat utama kami terletak di Indonesia dengan beberapa cawangan di negara-negara Asia Tenggara yang lain termasuk Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Singapura. Traveloka adalah pusat pencarian pelbagai tiket penerbangan termurah dan pelbagai pilihan penerbangan dari seluruh dunia.
Cari Penerbangan Murah Untuk Laluan Domestik dan Antarabangsa di Traveloka
Traveloka menawarkan tiket syarikat penerbangan popular di dalam industri penerbangan domestik dan antarabangsa termasuk AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Lion Air, Firefly, Scoot, Singapore Airlines dan banyak lagi. Traveloka juga meliputi pelbagai laluan penerbangan popular termasuk Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Bangkok dan Kuala Lumpur ke London. Kepelbagaian ini menjadikan urusan pencarian anda lebih mudah pada bila-bila masa.
Traveloka Menawarkan Kaedah Pembayaran Mudah
Traveloka menyediakan kemudahan kaedah pembayaran tiket penerbangan optimum. Antaranya, perbankan Internet, Paypal dan 7-Eleven MOLPay dan juga juga pelan pembayaran ansuran yang membezakan kami daripada syarikat-syarikat dalam industri ini. Rakan kongsi bagi kaedah perbankan Internet kami termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, AmBank, Bank Islam, RHB, Hong Leong Bank, Alliance Bank, OCBC Bank dan banyak lagi.
Tempah Penerbangan Murah dengan Ciri-ciri Mesra Pengguna Traveloka
Demi kemudahan pelanggan kami, Traveloka terus menambah ciri-ciri mesra pengguna yang menjanjikan carian dan tempahan penerbangan lebih mudah. Salah satu fungsi unik yang terdapat pada sistem kami ialah Price Alert. Price Alert akan sentiasa memaklumkan kepada anda apabila terdapat harga penerbangan yang anda inginkan. Oleh kerana syarikat penerbangan sentiasa mengemas kini kadar harga mereka setiap hari dan kadangkala dalam masa beberapa minit sahaja, fungsi Price Alert ini membantu anda menjejaki harga penerbangan yang anda cari dengan mudah. Dengan persediaan yang mudah, anda akan sentiasa dimaklumkan apabila terdapat harga baru untuk dipertimbangkan.
Selain itu, Traveloka turut berbangga dengan ciri mesra pengguna yang lain seperti harga jujur kami, iaitu apa yang anda lihat adalah apa yang anda akan dapat. Kami juga menawarkan harga yang rendah terhadap pelbagai tiket penerbangan setiap hari. Mahukan lebih lagi? Kami juga mempunyai tawaran eksklusif dalam aplikasi yang menjadikan tiket penerbangan lebih murah apabila anda melawat Traveloka melalui aplikasi mudah alih kami. Traveloka juga menyediakan maklum balas jujur tentang beberapa syarikat penerbangan pilihan anda daripada pelanggan-pelanggan kami dan juga pelbagai pilihan kaedah pembayaran yang meliputi lebih daripada sekadar pembayaran kad kredit serta diskaun khas untuk harga tiket penerbangan anda.