0

Traveloka MY

02 Feb 2024 - 4 min read

Cukai bagi Pelancong Bali Bermula 14 Februari 2024,  Boleh Anda Bayar dalam Talian!

Cukai Pelancongan Bali - Menyokong kelestarian dan kemajuan pelancongan Bali, pemerintahan menggunakan peraturan baharu untuk pelancong. Bagaimanakah pelaksanaan daripada dasar peraturan baharu itu? Traveloka telah menyusunnya secara eksklusif untuk Anda, jom lihat penjelasan cukai bagi pelancong Bali di bawah!

Photo : malaysiagazette.com

Mengenai Cukai Pelancongan di Bali

Dipetik daripada Love Bali, Khamis (18/1/2024), cukai pelancongan tersebut dijadual berlaku mulai 14 Februari 2024.

Perintah rasmi peraturan baharu itu terkandung dalam Peraturan Gabenor Bali Nombor 6 Tahun 2023 tentang Pelancong Asing untuk Perlindungan Budaya Bali dan Alam Semula Jadi sekitar Bali.

Cukai pelancongan dikenakan kepada setiap pelancong yang tiba di Bali dengan jumlah cukai yang perlu dibayar ialah Rp150,000 atau senilai RM45.

Cukai pelancongan juga dikenakan kepada kanak-kanak tau, jadi Anda pelancong asing perlu memastikan mereka telah memperuntukkan bajet tertentu ketika bercuti ke Bali.

Cara membayar cukai pelancongan di Bali pun sangat praktikal. Pemerintahan Bali menggalakkan setiap pembayaran cukai pelancong dibuat secara dalam talian dan boleh dilakukan melalui laman web Love Bali sejak sebelum ketibaan Anda di Bali.

Melalui laman web Love Bali, pelancong boleh mengisi data peribadi mereka, kemudian mendapatkan kod QR selepas membuat pembayaran. Seterusnya, pelancong hanya perlu menunjukkan kod QR apabila tiba di lapangan terbang Bali.

Apa itu Love Bali?

Photo : nowbali.co.id

Love Bali ialah gerakan Kerajaan Provinsi Bali mula menggubal dasar baru, Pelan Pembangunan Komprehensif. Matlamat Love Bali ini untuk mengekalkan integriti dan keseimbangan sifat, budaya dan orangnya.

Ramai orang di seluruh dunia mengenali Bali sebagai The Last Paradise, The Island of Thousand Temples, The Paradise Island, dan banyak lagi lainnya. Ini membuktikan bahawa Bali adalah pusat tamadun dunia.

Untuk menyokong gerakan ini, sebelum datang ke Bali pelancong perlu membuat pembayaran melalui aplikasi Love Bali, yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store. Anda pun boleh akses Love Bali juga boleh melalui laman web lovebali.baliprov.go.id.

Love Bali secara rasmi dikawal dalam peraturan serantau mengenai Cukai untuk Pelancong Asing untuk Perlindungan Budaya Bali dan Alam Semula Jadi dan Peraturan Gabenor Bali mengenai Prosedur Pembayaran Cukai untuk Pelancong Asing.

Cukai untuk pelancong asing ini dijalankan untuk membantu memelihara alam dan budaya Bali melalui pemeliharaan dan pemuliharaan. Di samping itu, dengan cukai ini pula perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan pelancong boleh menjadi lebih baik termasuk infrastruktur darat, laut dan udara akan ditambah baik tau!

Cara Membayar Cukai Pelancongan Bali

Setiap pelancong asing diwajibkan membayar cukai pelancong sebelum mereka tiba di Bali. Membayar cukai pelancong di Bali adalah sangat praktikal; boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web atau aplikasi Love Bali.

Melalui Love Bali, pelancong boleh mengisi maklumat data peribadi dan seterusnya mendapatkan kod QR selepas pembayaran. Kod QR akan diimbas oleh pegawai semasa tiba di lapangan terbang Bali. Berikut adalah langkah demi langkah cara membayar cukai pelancongan yang boleh Anda ikuti:

Pergi ke lovebali.baliprov.go.id atau muat aplikasi Love Bali daripada Google Play Store atau Apple App Store.
Seterusnya, masukkan maklumat peribadi dan pembayaran Anda, seperti nombor pasport, nama, alamat e-mel dan tarikh ketibaan.
Kemudian Anda boleh pilih kaedah pembayaran, terdapat pelbagai kaedah pembayaran disediakan untuk memudahkan pelancong membayar levi.
Lengkapkan pembayaran Cukai Pelancongan Bali iaitu IDR 150,000 (sekitar RM45) seorang mengikut kaedah pembayaran yang telah dipilih.
Selepas pembayaran berjaya, pelancong akan mendapat baucar cukai dalam bentuk kod QR. Baucar cukai juga akan dihantar ke email Anda, pastikan e-mel yang dimasukkan dalam pengisian maklumat peribadi adalah sah dan aktif.
Selesai. Pegawai akan mengimbas kod QR di lapangan terbang semasa ketibaan Anda di Bali.

Untuk maklumat lanjut, Anda boleh layari laman web Love Bali.

Mengapa Perlu Membayar Cukai?

Ada pelbagai tujuan dan faedah cukai untuk pelancong asing yang datang ke Bali, salah satunya adalah untuk pembangunan di Bali, melindungi dan mempromosikan Bali, termasuk adat, tradisi budaya, dan kearifan tempatan. Di samping itu, cukai juga digunakan untuk mengekalkan aura rohani Bali dan melindungi keseluruhan keindahan alam. Berdasarkan laman web lovebali.baliprov.go.id, berikut adalah beberapa kegunaan Cukai Pelancongan Bali.

1. Memelihara Warisan

Cukai Pelancongan Bali yang baharu digunakan untuk mengekalkan warisan, seperti melindungi adat, tradisi, kesenian dan kearifan tempatan Bali. Cukai Pelancongan Bali juga memastikan pemeliharaan budaya pulau Bali.

2. Memupuk Alam

Pembayaran cukai ini merupakan satu bentuk sumbangan pelancong terhadap pelestarian budaya dan alam semula jadi Bali yang unik, sehingga diharapkan destinasi di Bali akan menjadi lebih indah.

3. Meningkatkan Pengalaman Pelancong

Warisan dan alam semula jadi yang terpelihara akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan pelancongan Bali, membolehkan pelancong mengembara dan menerokai Bali dengan selamat dan menyeronokkan.

Pengecualian Cukai Pelancong Bali

Tak semua pelancong asing yang masuk ke Bali mesti membayar cukai pelancongan tau. Cukai tak terpakai kepada kriteria negara asing berikut:

Pemegang visa diplomatik
Anak kapal
Kad Permit Tinggal Terhad (KITAS) dan Kad Permit Tinggal Tetap (KITAP) daripada kerajaan Indonesia
Pelajar
Pemegang visa bukan pelancong tertentu

Nah, itu sahaja yang Anda perlu tahu mengenai cukai pelancongan di Bali yang berkuat kuasa mulai 14 Februari 2024. Tujuan cukai pelancongan ini adalah untuk mengekalkan keseimbangan alam dan pelancongan di Bali.

Apa sahaja acara di Bali?

Pelbagai acara menarik boleh Anda dapati di Bali, berikut antaranya:

1. Tahun Baru Saka - Hari Nyepi Senyap

Photo : life.indozone.id

Nyepi menandakan tahun baru lunar Bali berdasarkan kalendar Saka. Biasanya Nyepi diadakan pada bulan Mac. Ia adalah hari paling tenang di Bali kerana perarakan Melasti yang berlaku kira-kira 3 hari menjelang Tahun Baru Saka. Acara diadakan sangat meriah tau pada malam Tahun Baru Saka. Anda boleh menikmati obor dan mercun yang dinyalakan untuk membersihkan bumi dari kuasa jahat dan patung ogoh-ogoh diarak di sepanjang jalan.

2. Bali Spirit Festival

Photo : theaureview.com

Bali Spirit Festival biasanya berlangsung pada bulan Mac atau April. Acara ini dianjurkan dengan mengumpulkan pengajar dan pengamal yoga dari seluruh dunia. Perayaan ini juga merupakan perayaan seni, muzik, dan tarian. Anda juga boleh menikmati konsert dan persembahan yang meriah semasa perayaan.

3. Festival Makanan Ubud

Photo : indonesia.travel

Bali terkenal dengan makanan yang lazat, jadi festival makanan di Bali tidak boleh Anda lepaskan. Festival Makanan Ubud ialah festival kulinari menarik yang biasanya diadakan pada pertengahan April di Ubud. Acara ini kerap menampilkan chef tempatan dan antarabangsa dengan perbincangan dan aktiviti bengkel sebagai sebahagian daripada festival.

Itulah yang Anda perlu tahu tentang cukai pelancong di Bali. Cukai pelancong di Bali ditetapkan pada IDR150,000 (sekitar RM45) dan sah mulai 14 Februari 2024. Tujuan cukai ini ialah untuk memelihara keseimbangan alam semula jadi dan pelancongan Bali, menjadikan percutian Anda lebih menyeronokkan dan selesa. Anda boleh membayar cukai Bali sebelum ketibaan melalui Love Bali. Kalau Anda nak ke Bali, jangan lupa tempah tiket pesawat melalui Traveloka tau, Lengkapkan perjalanan Anda dengan menempah hotel dan tiket tarikan pelancong di Bali. Jumpa di Bali!

Flights to Bali / Denpasar (DPS)

Batik Air (Malaysia)

Harga bermula dari RM 256.40

Kuala Lumpur (KUL) to Bali / Denpasar (DPS)

Tue, 9 Jul 2024

AirAsia X

Harga bermula dari RM 272.64

Kuala Lumpur (KUL) to Bali / Denpasar (DPS)

Tue, 9 Jul 2024

AirAsia Berhad (Malaysia)

Harga bermula dari RM 279.75

Kuala Lumpur (KUL) to Bali / Denpasar (DPS)

Tue, 9 Jul 2024

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved