Cabar keberanian anda dengan satu-satunya tempat menyelam bersama buaya di Australia! Crocosaurus Cove ialah di antara pameran reptilia terbesar di dunia, yang turut merupakan destinasi paling sesuai untuk pencinta haiwan. Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang penuh semangat dan berani, kerana di sini anda boleh menyelam bersama buaya. Pilih untuk menyelam bersendirian, atau beranikan diri bersama seorang rakan dengan selam tandem. Yang pasti, pengalaman ini akan membuat anda berdebar-debar!