Bawa anak-anak anda ke zoo haiwan jinak terbesar di Malaysia, Farm in the City (FITC) untuk eksplorasi taman pemuliharaan dan mendapat ilmu baru mengenai alam semula jadi dan haiwan. Terletak di Seri Kembangan, Selangor ia menyimpan koleksi 100 spesis haiwan manja dan eksotik serta 300 burung daripada pelbagai pelosok dunia.Â
Cipta memori indah bersama keluarga di 8 tarikan berbeza seperti burung terbang bebas, Reptiles Cavern, Moods Lake, Pet Village, Longkang Fish, ladang sayur dan dusun buah-buahan yang lebih 60 pokok. Luangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan di Farm in the City yang seperti kampung tradisi Malaysia.
Hello! Saya tak sabar nak jumpa anda di Farm in the city!
Berjumpa dengan burung hantu yang comel dan bijak!
Lawati segera dan belai saya!
Harga Tiket | Bermula dari RM 35.15. |
---|---|
Waktu Operasi | 10:00-18:00. |
Alamat | Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. |
Kemudahan awam | Bilik Sembahyang,Tandas,Restoran,Tempat Letak Kenderaan |
Kategori | Tarikan |