Waktu bersama mereka yang tersayang tidak akan tersia-sia jika anda meluangkan detik-detik istimewa di Amazone. Dibuka pada tahun 2001, Amazone mempunyai pelbagai permainan yang berlainan genre untuk setiap peringkat umur dan sesuai untuk seisi keluarga. Dari permainan lumba, sukan, muzik hinggalah ke permainan menembak. Dengan lebih daripada 74 cawangan di seluruh negara, Amazone merupakan pusat hiburan keuarga terbaik yang dikenali ramai. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pusat hiburan ini!