Hayati keindahan Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (GWK) dan lihat patung GWK, salah satu ikon budaya popular di Bali yang menakjubkan!
Saksikan patung Dewa Wisnu menunggang burung Garuda, sebuah mahakarya yang mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan. Idea bernas ini dicetuskan oleh seniman hebat I Nyoman Nuarta pada tahun 1989, direalisasikan pada tahun 1997 dan akhirnya siap pada tahun 2018. Bersama-sama dengan kumpulannya yang luar biasa, I Nyoman Nuarta akhirnya meletakkan modul terakhir dari keseluruhan 754 modul untuk patungnya! Kini, anda boleh berdiri di hadapan karya luar biasa ini hanya dengan 1 tiket saja. Jelajahi taman ini dengan berjalan kaki ataupun Segway, dan jangan lupa untuk menyaksikan tarian Kecak yang hebat saat matahari terbenam!
Kemegahan patung Dewa Wisnu sebelum disiapkan
Saksikan juga pelbagai pertunjukan kebudayaan Bali di Ampiteater serta Garuda Cilik Show di Garuda Cinema
Patung Dewa Wisnu menunggang burung Garuda kini menjadi salah satu ikon Pulau Bali
Dengan bayaran tambahan, anda dapat bergambar dengan model lengkap berpakaian tradisi Bali
Harga Tiket | Bermula dari RM 82.50. |
---|---|
Waktu Operasi | 09:00-21:00. |
Alamat | Garuda Wisnu Kencana Cultural Park, Jl. Raya Uluwatu, Ungasan, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80364, Indonesia. |
Kemudahan awam | Kawasan letak kereta,tandas,bilik solat,ATM,Restoran,Wifi |
Kategori | Tarikan |