Cipta memori indah sepanjang percutian keluarga anda di OPI Water Fun, taman air yang mempunyai kemudahan lengkap dengan harga yang berpatutan. Terletak di kawasan yang strategik berdekatan bandar dan pusat beli-belah, taman air ini menawarkan kolam air pelbagai saiz, gelongsor dan struktur menarik yang pasti memberi anda ingat.
Anda boleh nikmati beberapa gelongsor besar seperti Boom Blazer, Boogie Splash, Smash Down, Splash Zone, dan Rapid Falls. Terdapat juga kolam air kanak-kanak, struktur istana pelangi di tengah-tengah kolam dan juga Kolam Ikan Lumba-lumab di mana kolam tersebut dihias dengan tema ikan lumba-lumba. Sekiranya anda ingin beristirehat seketika, anda boleh duduk berehat di beberapa kemudahan yang disediakan seperti gazebo, pelampung yang boleh disewa, dan juga khemah rehat.
Cara menebus baucar anda:
- Pastikan baucar Traveloka anda sudah tersedia sebelum anda masuk.
- Tunjuk atau imbas baucar Traveloka di dalam telefon bimbit anda di pejabat tiket untuk menerima tiket fizikal anda. Sila selaraskan keterangan skrin telefon bimbit anda sebelum mengimbas kod QR baucar anda.
- Baucar Traveloka anda sahaja yang sah digunakan. Resit atau bukti pembayaran anda tidak boleh digunakan untuk masuk.
- Tebus baucar anda sekurang-kurangnya 90 minit sebelum waktu tutup.
- Waktu operasi mungkin berubah. Untuk mengetahui waktu operasi terkini, jadual acara atau pertanyaan lazim, sila layari https://www.traveloka.com/OPIWater-FAQ
Harga Tiket | Bermula dari RM 9.40. |
---|---|
Waktu Operasi | 09:00-17:00. |
Alamat | JL. Gubernur HA. Bastari, Jakabaring, Sungai Kedukan, Rambutan, Kabupaten Banyu Asin, Sumatera Selatan 30967, Indonesia. |
Kemudahan awam | Restoran,Bilik Sembahyang,Akses Kerusi Roda,Tandas,Tempat Letak Kenderaan,Pusat Kesihatan,Bilik Persalinan |
Kategori | Tarikan |