Nak gambar-gambar yang menarik untuk dikongsikan di media sosial anda? Apa kata anda datang ke Rabbit Town, tarikan swafoto yang mengujakan di Bandung? Terokai kawasan dalam dan luar bangunan, ambil swafoto yang menarik di dalam bilik yang berwarna-warni, dan bergaray dengan superhero seperti Spiderman dan Hulk. Di sini juga anda boleh dekati dan ambil gambar dengan pelbagai haiwan-haiwan yang jinak seperti arnan, burung merpati, dan burung hantu. Anda pasti akan mengambil beratus-ratus gambar di sini, jadi pastikan ruang simpanan di dalam telefon bimbit anda mencukupi!
Waktu Operasi | 09:00-17:00. |
---|---|
Alamat | Rabbit Town, Jl. Rancabentang No.30-32, Ciumbuleuit, Cidadap, Kota Bandung, Jawa Barat 40142, Indonesia. |
Kemudahan awam | Tandas,Restoran,Bilik Sembahyang,Wi-Fi,Tempat Letak Kenderaan,Nurseri |
Kategori | Tarikan |