Terletak di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah, tidak jauh dari Candi Borobudur, terdapat sebuah kompleks HIndu terbesar di Indonesia, iaitu Candi Prambanan. Dibina pada kurun ke-9, Candi Prambanan ditujukan khas kepada Dewa-dewa Hindu; Shiva, Vishnu, dan Brahma. Terdapat lebih 200 tokong di Tapak Warisan UNESCO itu, dan tokong yang terbesar dan tertinggi di situ akan membuat anda tergamam.
Sambil anda jalan dari satu tokong ke satu tokong yang lain, pastikan anda tidak terlepas ukiran batu yang cantik dan menceritakan tentang hikayat HIndu epik tentang Ramayana dan Bhagavata Purana serta gambaran para cendekiawan Hindu. Jumlah tokong yang ada di situ membuatkan ia destinasi yang bebraloi untuk dilawati bagi mereka yang ingin mempelajari tentang sejarah dan budaya Indonesia dari beribu tahun lepas. Singgah pada waktu tengah hari untuk lihat pemandangan matahari terbenam yang cantik dari kompleks tokong itu.
Terokai kecantikan mistik warisan budaya Indonesia, Candi Prambanan
Lebih 200 tokong boleh ditemui di sekitar kompleks tokong untuk anda terokai
Harga Tiket | Bermula dari RM 13.60. |
---|---|
Waktu Operasi | 07:00-17:30. |
Alamat | Candi Prambanan, Bokoharjo, Prambanan, Sleman Regency, Special Region of Yogyakarta, Indonesia. |
Kemudahan awam | Akses Kerusi Roda,Bilik Menyusu,Restoran,ATM,Tandas,Tempat Letak Kenderaan,Bilik Sembahyang,Wi-Fi |
Kategori | Tarikan |