Pernahkah anda melihat makanan anda dan tertanya-tanya daripada mana ia datang? Cari jawapan di Wisata Edukasi Kebun Pak Budi. Terletak di Sekarmojo Village, Pasuruan, Wisata Edukasi Kebun Pak Budi adalah destinasi eko-pelancongan di mana anda boleh habiskan sepanjang hari mencuba pelbagai jenis aktiviti pertanian. Anda boleh belajar mengenai hidroponik, penternakan haiwan, perikanan, dan macam-macam lagi sambil menghirup udara segar di perkampungan yang terletak 500 meter daripada paras laut. Jangan terlepas peluang ke restoran yang menawarkan pemandangan indah hutan hijau. Sama ada untuk habiskan masa bersama keluarga atau lawatan sambil belajar, Wisata Edukasi Kebun Pak Budi adalah pakej lengkap edutainmen anda!
Harga Tiket | Bermula dari RM 4.50. |
---|---|
Waktu Operasi | 09:00-17:00. |
Alamat | Wisata Edukasi Kebun Pak Budi, Sekar Mojo, Purwosari, Pasuruan, Jawa Timur 67162, Indonesia. |
Kemudahan awam | Restoran,Bilik Menyusu,Wi-Fi,Bilik Sembahyang,Tandas,Bilik Persalinan,Tempat Letak Kenderaan |
Kategori | Tarikan |