Tentang Bandung
Bandung adalah sebuah bandar metropolitan yang penduduknya terdiri daripada suku Sunda. Ibu kota Wilayah Jawa Barat ini mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong sama ada di pusat bandar atau di pergunungan. Disebabkan altitudnya yang tinggi, cuaca di Bandung lebih sejuk dan lembap berbanding bandar-bandar lain di Indonesia.
Semenjak pembukaan lebuh raya antara bandar bertol, Cipularang, Bandung sering dikunjungi warga Jakarta pada hujung minggu. Ini kerana bandar ini mempunyai pelbagai kemudahan dan tempat-tempat menarik yang menawarkan banyak pilihan untuk bersantai. Contohnya pusat beli-belah Paris Van Java yang lengkap dengan institusi...
Baca Lebih Lanjut