Jika anda sedang mencari pengembaraan untuk berehat dari rutin harian anda, anda mungkin perlu melawat Zipline Eco Adventures. Dikelilingi dengan hutan hujan yang tebal dan subur, anda boleh meniimati udara segar serta melihat haiwan liar tempatan di situ. Untuk pakej ini, para pelawat akan menempuh 12 zipline yang berbeza ukuran panjangnya, 3 jambatan gantung dan 1 aktiviti menakik turun yang mendebarkan. Anda juga boleh melakukan aktiviti zipline bersama pasangan anda atau anak anda dengan zipline berganda Honeymoon. Setelah itu, anda boleh meneroka tarikan lain yang berdekatan seperti Air Terjun Tujuh Telaga dan Skycab. Bawa rakan-rakan dan keluarga anda untuk mengikuti pengembaraan ini bersama-sama.
Waktu Operasi | 08:30-16:30. |
---|---|
Alamat | Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia. |
Kategori | Tarikan |