Tentang Adventure Waterpark @ Desaru Coast

Adventure Waterpark Desaru Coast merupakan salah satu waterpark di Johor yang menjadi destinasi popular bagi keluarga dan pelancong yang mencari keseronokan air. Terletak di kawasan Desaru Coast, taman air ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Harga tiket Desaru Waterpark boleh didapati dalam pelbagai pilihan, termasuk tiket harian dan pakej keluarga. Pengunjung digalakkan untuk membeli tiket secara dalam talian bagi mendapatkan diskaun dan mengelakkan kesesakan di kaunter tiket.
Antara tarikan utama di Desaru Water Park ialah pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk semua, dari kanak-kanak hingga pencinta adrenalin. Pengunjung boleh mencuba Kraken’s Revenge, sebuah roller coaster air yang penuh aksi, atau bersantai di Tidal Wave Beach, kolam ombak terbesar di Asia Tenggara. Bagi mereka yang ingin berehat, terdapat Penawar River, sungai malas sepanjang 350 meter di mana anda boleh mengapung sambil menikmati pemandangan indah taman air.
Selain daripada permainan air, Adventure Waterpark juga menyediakan kemudahan yang lengkap, termasuk kawasan makanan dan minuman dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa. Pengunjung boleh menikmati makanan di restoran dan kafe yang terletak di seluruh taman, atau membeli snek ringan untuk dinikmati sambil berehat di tepi kolam. Fasiliti tambahan seperti loker, pelampung, dan gazebo persendirian juga tersedia untuk meningkatkan keselesaan dan pengalaman pengunjung.
Bagi anda yang merancang pengalaman bercuti di Desaru, taman air ini adalah tempat yang wajib dikunjungi. Terletak di tengah-tengah kawasan Desaru Coast, ia mudah diakses sama ada dengan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam. Pengunjung yang membawa kenderaan sendiri boleh menikmati kemudahan tempat letak kereta yang luas dan selamat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga Desaru Coast, disyorkan untuk menyemak harga tiket terkini dan promosi di laman web rasmi atau aplikasi tempahan tiket.
Dengan pelbagai pilihan permainan air dan kemudahan yang ditawarkan, Adventure Waterpark Desaru Coast adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari aktiviti menyeronokkan di salah satu waterpark Johor yang terkenal. Dari aksi permainan air yang mencabar hingga kawasan santai yang menenangkan, tempat ini menawarkan pengalaman liburan yang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan oleh pengunjung.
Waktu Operasi Adventure Waterpark at Desaru Coast
Taman tema air Desaru ini dibuka dari hari Rabu hingga Isnin, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup setiap hari Selasa. Masuk terakhir taman tema Desaru adalah pada pukul 5 petang, jadi disarankan untuk datang lebih awal bagi membolehkan anda meneroka taman ini dengan lebih mendalam.
Tarikan dan Aktiviti di Adventure Waterpark Desaru Coast

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang ada di dalam salah satu taman air terbesar di dunia, dan sememangnya, ia menawarkan banyak aktiviti yang menarik. Berikut adalah beberapa tarikan utama yang patut dicuba:
1. Kraken’s Revenge
Kraken’s Revenge adalah gabungan roller coaster dan permainan air. Kereta akan membawa anda meluncur dari ketinggian 30 meter, kemudian jatuh dan menjunam 27 meter. Dinamakan sempena raksasa laut lagenda, bayangkan anda akan menemui salah satu makhluk yang membalas dendam di dasar kolam!
2. Wild Whirl
Dengan tarikan ini, anda akan dipusingkan dari ketinggian dan dilontarkan ke dinding-dinding tinggi mangkuk terbuka yang besar. Ia akan memecut anda di sekeliling sebelum membawa anda ke terowong dari corong tengah. Anda akan faham kenapa permainan ini dinamakan Wild Whirl sebaik sahaja mencubanya.
3. Penawar Falls
Penawar Falls adalah pemandangan pertama yang anda akan lihat apabila melangkah ke kawasan taman ini kerana ia terletak berhampiran pintu masuk. Tiga air terjun yang mengalir ke kolam besar di bawah adalah tarikan utama di sini. Jangan lupa bawa kamera anda untuk merakam gambar-gambar kenangan–anda juga boleh bergambar di hadapannya dan minta orang lain mengambil gambar anda.
4. Swinging Ship
Swinging Ship adalah permainan yang terletak di sebelah Penawar Falls. Dengan latar belakang air terjun, ia akan menghayun anda dengan laju seolah-olah anda terbang di udara. Jika anda tidak mahu basah semasa meneroka taman ini, anda boleh mencuba permainan ini. Nikmati lebih banyak hayunan sambil menunggu orang lain menyelesaikan aktiviti air mereka.
5. Kids Ahoy
Kids Ahoy adalah kawasan permainan kanak-kanak di mana pelbagai peralatan permainan air dan gelongsor tersedia. Yang mengejutkan, tarikan ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga kanak-kanak kecil dan remaja awal. Anda tidak perlu risau jika mereka bosan; terdapat banyak perkara untuk diterokai yang pasti akan membangkitkan rasa ingin tahu mereka.
Tips Melawat Adventure Waterpark Desaru Coast

Memandangkan anda akan melakukan banyak aktiviti air di taman ini, anda perlu membuat beberapa persiapan:
1. Bawa sunblock kalis air
Sapu sunblock kalis air untuk melindungi diri daripada sunburn, sebab Malaysia umumnya bercuaca panas. Sediakan di tempat yang dekat dan re-apply sunblock setiap tiga jam sekali.
2. Bawa pouch kalis air untuk telefon
Siapkan pouch kalis air untuk telefon supaya ia aman dan tidak basah, kemudian, ambil banyak gambar di kolam.
3. Pakai pakaian yang selesa
Pakai pakaian renang atau t-shirt yang sopan dan selipar getah yang tidak licin–demi keselamatan dan keselesaan, dan ketatkan pakaian renang anda semasa bermain gelongsor kerana ombak boleh agak kuat. Sediakan pula pakaian ganti untuk dipakai selepas semua aktiviti air, dan pastikan anak-anak kecil memakai lampin renang.
4. Bawa Air dan Makanan Ringan
Walaupun terdapat tempat makan di dalam taman, membawa bekalan tambahan boleh membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.
Lokasi dan Cara Pergi ke Adventure Waterpark Desaru Coast
Bertempat di Bandar Penawar, Johor, Adventure Waterpark Desaru Coast adalah destinasi pelancongan popular yang mudah diakses dari mana-mana tempat di Malaysia. Berikut adalah beberapa cara untuk ke taman dari bandar pusat Johor:
1. Bas
Dari Terminal Bas JB Sentral, ambil bas Causeway Link yang datang setiap jam untuk perjalanan selama 55 minit ke Jalan Jambu. Kemudian, teruskan dengan teksi ke Adventure Waterpark Desaru Coast dalam perjalanan 30 minit. Sediakan bajet bermula dari RM 133.27 untuk perjalanan ini. Alternatifnya, anda juga boleh menaiki bas dari JB Sentral ke Terminal Bas Kota Masai, kemudian naik teksi ke taman. Ia mengambil masa dan kos yang hampir sama seperti pilihan pertama.
2. Teksi
Sebagai alternatif kepada bas, anda boleh mengambil teksi dari JB Sentral ke taman. Ia akan mengambil masa 55 minit untuk sampai dan kosnya sekitar RM 195.55-255.71.
3. Kereta
Kaedah terakhir ialah menyewa kereta atau memandu sendiri. Dengan masa perjalanan yang sama dan fleksibiliti seperti teksi, kereta adalah lebih murah; ia akan menelan kos sekitar RM 61.82-89.31 untuk bahan api.
Itulah beberapa informasi menarik tentang Adventure Waterpark at Desaru Coast! Tempat ini bukan hanya satu destinasi seronok dimana Anda boleh bermain, tetapi juga menjadi tempat terciptanya bounding antara Anda dengan kanak-kanak, kawan-kawan dan orang tersayang Anda! Jom rasai keseronokan bermain di Kraken’s Revenge, Wild Whirl, Penawar Falls, Swinging Ships dan Kids Ahoy!
Setelah membaca semua maklumat di atas, apa rancangan anda seterusnya selain membuat tempahan tiket? Jadi, tunggu apa lagi? Segera tempah tiket Adventure Waterpark at Desaru Coast melalui aplikasi Traveloka untuk memastikan Anda tidak terlepas pengalaman yang berharga ini! Dengan kemudahan tempahan yang mudah dan pelbagai pilihan aktiviti yang menarik, Adventure Waterpark at Desaru Coast adalah destinasi yang sempurna untuk hari keluarga yang penuh pembelajaran dan keseronokan!
Jangan tunggu lagi–dapatkan tiket anda di Traveloka hari ini!