Ikuti lawatan separuh hari ini untuk aktiviti menyelam yang menyeronokkan di salah satu daripada tiga pulau popular di Sabah iaitu Pulau Mabul, Pulau Kapalai, atau Taman Marin Tun Sakaran. Pulau yang anda akan lawati dipilih oleh jurulatih selam anda berdasarkan keadaan cuaca. Dua sesi selaman akan diadakan di pulau yang dipilih dan dipantau oleh jurulatih selam anda. Makan tengah hari dan snek ringan disediakan di antara setiap sesi selaman untuk mengekalkan paras tenaga anda di sepnajang lawatan. Ikuti lawatan selaman yang seronok dan menyantaikan ini bersama keluarga anda.