Penang Trick Art Museum yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang adalah yang pertama di Malaysia yang menawarkan muzium unik lagi interaktif. 3D Trick Art adalah teknik yang menukarkan lukisan 2-dimensi kepada imej 3-dimensi. Dengan lukisan 2D di dinding, lantai serta siling kelihatan seperti terkeluar dan hidup! Pengunjung boleh eksplorasi 2 tema pamera iaitu All About Penang Life dan Modern Classic. Di sepanjang lawatan dan musium ini, bantuan dan bimbingan disediakan agar pengunjung dapat mengambil gambar yang terbaik.