Kuantan ialah sebuah bandar dan ibu negeri Pahang, Malaysia yang kedudukannya berhampiran dengan muara Sungai Kuantan dan menghadap ke Laut China bahagian Selatan. Oleh sebab itu, Kuantan mempunyai banyak pantai, sungai dan pemandangan laut yang cantik sebagai salah satu daya tarikan perlancongan di negeri Pahang. Selain itu, hidangan-hidangan khas yang sedap pun dapat Anda cuba jika Anda melawat kepada Kuantan.
Alamat: Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan ikon bandar Kuantan dan merupakan masjid terbesar di kawasan Pahang yang boleh memuatkan 10,000 orang. Masjid ini mempunyai empat menara berkilauan yang diperbuat daripada marmar putih. Di sekitar masjid ini terdapat pelbagai bangunan kerajaan, bank dan juga kedai. Masjid ini menyediakan banyak kemudahan untuk pengunjung seperti taman permainan, meja dan kerusi untuk makan, bilik perkahwinan, gazebo dan banyak lagi. Jika anda bukan Islam mereka menyediakan pemandu pelancong untuk masuk ke masjid ini.
Alamat: Sungai Berkelah, 26300 Gambang, Pahang
Buka: 8 AM - 6 PM
Air Terjun Berkelah adalah salah satu air terjun yang paling popular di Malaysia. Siri yang mengagumkan dari beberapa anak sungai yang boleh Anda temui di sana. Air Terjun Berkelah merupakan suatu air terjun bertingkat yang mempunyai 7 tier atau aras. Ketinggian air terjun pada tingkat paling atas mencapai kira-kira 50 meter. Pelbagai aktiviti seperti mendaki, berkelah, piknik, mandi sungai, dan air terjun boleh dilakukan di sini. Kawasan ini dikelilingi oleh hutan semula jadi, memberikan suasana yang tenang dan selamat.
Alamat: Pantai Teluk Cempedak 25050, Pahang, Malaysia
Pantai yang mempunyai daya tarikan yang indah dengan air yang jernih dan pantai berpasir putih. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti daripada berenang di air jernih hinggalah bersantai di pantai. Selain itu, bagi Anda yang berjiwa petualang Anda boleh memilih sukan air yang tidak kurang menariknya. Jangan bimbang bila Anda merasa lapar kerana terdapat banyak gerai yang menjual makanan, dari moden hingga tradisional. Jika Anda bercadang untuk duduk di sekitar pantai dan menikmati pemandangan, Anda semestinya awas dengan monyet liar yang mungkin berminat dengan makanan Anda!
Alamat: Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang
Pantai Batu Hitam mempunyai tarikan yang begitu unik kerana persisiran pantainya dipenuhi dengan batu yang bewarna hitam! Pantai ini juga sangat luas dan sering menjadi tempat pilihan penduduk tempatan untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Di sekitar pantai ini terdapat gerai-gerai yang menawarkan makanan santai seperti keropok lekor, mee chalong, ikan celup tepung, dan lain-lain. Terdapat juga beberapa pilihan penginapan menarik di sekitar Pantai Batu Hitam. Nikmati pantai unik satu ini dengan bergambar sepuas hati karena pantai satu ini menawarkan spot berfoto yang sangat indah nan mempesona.
Alamat: Pantai Pelindung, 25000 Kuantan, Pahang
Pantai Pelindung merupakan sebahagian pantai yang agak tenang, terpencil daripada perhatian pelancong yang mengunjungi Kuantan. Beberapa aktiviti yang boleh dinikmati di sini termasuklah berkelah sambil menikmati angin laut yang menenangkan atau menyaksikan suasana nelayan yang pulang daripada perjalanan mereka di laut. Untuk berenang, kawasan pantai ini sangat sesuai kerana keadaannya yang landai, menyediakan keamanan untuk keluarga menikmati bermain air bersama. Pantai Pelindung dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti surau, tandas, kedai untuk mendapatkan barangan keperluan, dan warung makan.
Alamat: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Kuantan
Buka: 24 jam
Seperti namanya, bukit satu ini menyajikan panorama alam yang akan mengujakan mata Anda ketika berhasil menaklukkan puncak bukit indah ini. Dengan mencapai ketinggian 271 meter, Anda dapat menikmati daya tarik istimewa di bukit ini, terutama pemandangan matahari terbit yang memukau. Jika Anda merancang untuk melawat bukit ini semasa bercuti di Kuantan, disarankan untuk memulakan pendakian sebelum matahari terbit. Rasakan udara segar di puncak bukit sambil menikmati panorama matahari terbit yang segar dan menakjubkan!
Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan
Buka: Sabtu, Ahad 9am - 6pm, Isnin - Khamis 9am - 5pm, tutup Jumaat
Air terjun ini mempunyai corak semula jadi yang memukau kerana terdiri daripada beberapa tingkat. Ketibaan air yang bersih dan segar menjadikannya destinasi pelancongan popular di Kuantan ketika bercuti. Aktiviti bermandi-mandi adalah pengalaman seru dan menyeronokkan yang dapat Anda nikmati di lokasi ini. Dari berkhemah, berkelah, trekking hutan dan aktiviti lain boleh menjadi pelengkap yang menarik bagi percutian Anda di Air Terjun Sungai Pandan ini.
Alamat: Jalan Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang
Buka: Setiap Hari, 9.30 AM - 5 PM
Gua Charas tidak hanya menampilkan keindahan alam semula jadi, tetapi juga mengambil pendekatan pelancongan keagamaan .Di dalam gua ini terdapat kuil bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Walaupun demikian, tidak ada halangan bagi yang berlainan agama untuk datang dan mengagumi keunikan formasi stalaktit dan stalagmit di sini. Semasa melalui perjalanan dalam gua menuju kawasan patung ini, pengunjung perlu berjalan diiringi cahaya yang disediakan sambil menikmati pembentukan batu kapur. Beberapa bahagian lantai gua mungkin agak basah disebabkan oleh titisan air. Jika Anda ingin menjelajah gua ini, disarankan untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
Alamat: Pantai Cherating, Kuantan, Pahang
Pantai Cherating boleh dianggap sebagai destinasi menarik yang paling popular di kawasan Kuantan, terletak kira-kira 30-40 minit dari bandaraya Kuantan. Pantai Cherating menawarkan permukaan pantai yang selamat untuk mandi kerana keadaannya yang berteluk, landai, luas, dan tidak berbatu. Ia juga merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk pasangan yang ingin merancang berbulan madu. Di Pantai Cherating terdapat pelbagai jenis penginapan, termasuk chalet bajet dan resort mewah. Aktiviti menarik di Pantai Cherating untuk dilakukan oleh pelancong termasuk lawatan ke santuari penyu, berkayak, menikmati kelip-kelip di Sungai Cherating, bermandi di pantai, dan menikmati river cruise di Sungai Cherating.
Alamat: Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Jika Anda seorang pelancong yang gemar dengan aktiviti santai dan menikmati pemandangan tempatan, salah satu tempat yang sangat ikonik di Kuantan adalah Taman Esplanade Kuantan. Taman ini adalah tempat rekreasi yang terletak di sepanjang tepi Sungai Kuantan. Sejauh taman ini, Anda dapat menikmati pemandangan sungai dan mengambil gambar di hadapan papan tanda besar KUANTAN yang terletak di seberang sungai sebagai kenangan semasa melancong di Kuantan. Laluan jalan kaki berbata di sepanjang tebing ini sering menjadi tempat perhatian penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi, dan tidak kurang orang yang datang ke sini untuk memancing. Di sekitar Taman Esplanade Kuantan ini, terdapat beberapa gerai dan restoran yang boleh Anda singgahi untuk bersantap petang atau malam.
Alamat: Lorong Seni, Jalan Taman, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Buka 24 jam
Salah satu destinasi yang popular di kalangan pelancong adalah mural atau seni jalanan, di mana mereka dapat berfoto sambil mengagumi unsur-unsur kebudayaan tempatan dan gaya hidup penduduk tempatan yang diabadikan dalam bentuk lukisan. Mural di sini juga mengintegrasikan efek nyata, seperti menarik tali pada mural kerbau, papan seluncur air di mural laut, kursi di mural kedai gunting rambut, dan lain-lain. Pada waktu malam, kawasan ini menjadi hidup dengan cahaya yang terang benderang.
Alamat: Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Buka : 6 PM - 12 PM
Pasar lambak atau flea market ini mempunyai konsep yang agak istimewa, selaras dengan namanya. Semua peniaga di Pasar Dinda ini adalah usahawan wanita yang kebanyakan menjual barang-barang terpakai, aksesori, makanan dan minuman, dan pelbagai lagi. Konsep yang diterapkan di sini adalah 'Back to 90’s' dan Anda akan melihat banyak barang yang dijual menepati tema tersebut. Lokasinya berdekatan Kuantan Street Art memudahkan orang ramai untuk singgah dan meluangkan masa di sini. Tempat bergambar pun banyak dengan lampu-lampu yang terang-benderang.
Alamat:Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan
Buka : 5.00 PM - 12.00 AM
Kuliner yang ada di tempat ini memiliki citarasa masakan Melayu yang terkenal akan kelezatannya. Pelawat dapat menikmati hidangan seperti ikan, sotong, udang, dan berbagai hidangan lain yang disajikan dengan rasa khas Melayu yang pastinya memuaskan selera. Oleh itu, amat disarankan agar pelawat mengunjungi Restoran Super Top Ikan Bakar di Kuantan untuk mengalami sendiri keistimewaan hidangan yang disediakan.
Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan
Buka : 12.00 PM - 1.00 AM (Selasa tutup)
Jaman Tory Resepi menampilkan masakan yang unik seiring dengan namanya yang mencerminkan keunikan tersebut. Jaman Tory, atau lebih dikenali sebagai "zaman tori," mengacu kepada zaman dahulu, dan masakan yang disajikan di restoran ini merupakan hidangan tradisional masyarakat. Pelbagai hidangan seperti ikan patin bakar tempoyak, daging salai, ulam-ulaman, ayam kampung, serta masakan tradisional dari negeri Pahang boleh dinikmati apabila mengunjungi restoran ini. Selain itu, pengunjung tidak perlu bimbang tentang keselesaan ketika berada di restoran ini, kerana pemiliknya memberikan penekanan yang besar kepada kemudahan dan kebersihan.
Alamat: A-2600, Lorong Alor Akar, Kampung Alor Akar, 25250 Kuantan.
Buka : 4 PM - 12 PM
Tempat yang wajib Anda kunjungi jika Anda penggemar sate. Restoran Sate Zul mempunyai kuah sate yang unik dan sedap. Terdapat banyak juga pilihan yang terdapat di sini antaranya sate ayam, daging dan jika Anda ingin sesuatu yang unik dan eksotik boleh la mencuba sate arnab, sate kijang, sate rusa dan sate ikan. Selain sate, disini Anda boleh memesan nasi lemak dan masakan ayam yang lain.