Cari
Xperience/Thailand/Bangkok/Huai Khwang/Ratchadaphisek/Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise

Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise

Art In Paradise Din Daeng Bangkok Thailand
Lihat Peta
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise 1
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise 2
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise 3
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise 4
Lihat Semua Gambar
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise 5
New User Code ‘JOMJALAN’ for up to RM25 off
9.3
/10
Cemerlang
73 ulasan

Lihat Peta

Huai Khwang

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Kunjungi Muzium 3D, Art in Paradise Bangkok pertama di bandar ini
Kunjungi keenam-enam zon yang menjadi tarikan interaktif
Beraksi dan jadi sebahagian daripada latar untuk lebih daripada 150 buah lukisan

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Kesan daripada Pengembara Lain

Lihat Semua Ulasan
MERY C. P.
Diulas 417 minggu yang lalu
8.0
/10
Tempat yang cukup bagus untuk menghabiskan waktu petang yang panas di Bangkok, selepas puas mengambil gambar, anda boleh melawat Pasar Malam Keretapi di belakang bangunan ini. Makanannya luar biasa lazat dan kepelbagaian f&b jelas seperti syurga bagi penggemar makanan.

Perihal Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise

Muzium seni 3D pertama di Bangkok - Art in Paradise - kedatangan anda dialu-alukan sebagai sebahagian daripada seni.

Bergambarlah bersama mural 3D dengan penuh aksi dan gaya bermula dari detik yang menghiburkan hingga situasi yang penuh helah. Rasai pengalaman seolah-olah diserang jerung, dikejar oleh anak kucing gergasi, mengharungi rintangan tangga dengan penuh keberanian dan menaiki permaidani terbang. Muzium ini terdiri daripada enam zon: Akuarium dan Safari, Klasik, Fantasi, Alam Semula Jadi, Moden, dan Media Interaktif.

Zon Akuarium dan Safari menampilkan mural 3D seperti anak kucing gergasi dan serangan ikan jerung. Anda juga boleh merakam gambar seperti sekeping nota yang diletakkan ke dalam botol dan terapung di lautan. Manakala Zon Klasik mempamerkan lukisan seni halus yang akan membawa anda kembali ke zaman silam. Di Zon Fantasi pula, anda boleh bergambar dengan cawan dan piring gergasi, diikat pada tali seperti boneka dan mengambil gambar di sebelah air terjun yang bentuknya seumpama kasut seorang puteri.

Lukisan 3D piramid, pepohon tinggi dan jambatan gantung memenuhi Zon Alam Semula Jadi. Imbangkan diri di atas jambatan kayu di bawah air terjun yang deras atau api keluar daripada mulut dan bergaya untuk muka hadapan Majalah Time di Zon Moden. Terdapat juga tangan robot, gondola dan pintu ke butik Gucci yang dilengkapi dengan beg beli-belah untuk dibawa bersama. Zon Media Interaktif merupakan zon terbaru di mana anda boleh mengawal lantai dan skrin interaktif menggunakan pergerakan badan atau ekspresi wajah.

Perkara yang Anda Perlu Tahu

Maklumat Tambahan
Makluman:
Setelah masuk ke dalam, pengunjung bebas untuk berada di situ tanpa had masa.
Anda mungkin perlu menunggu giliran untuk melihat sesetengah pameran seni.
Masa diperlukan untuk anda menerima e-baucar melalui emel.
Peringatan
Ketika cuaca buruk, beberapa bahagian atau keseluruhan tempat tarikan ini mungkin ditutup. Sila pastikan sehari sebelum lawatan, tempat tarikan dibuka pada tarikh lawatan anda. Sila pastikan juga masa operasi tidak terjejas dengan menghubungi nombor kecemasan yang disediakan pada baucar.
Keselamatan dan insurans:
Pengunjung yang berketinggian antara 100 hingga 130 sentimeter dianggap sebagai kanak-kanak dan mesti ditemani oleh orang dewasa.

Lagi Ulasan daripada Tetamu Lain

Foto Terkini oleh Tetamu

Lihat Semua Foto
Belum ada ulasan. Semak kembali kemudian!

Soalan Lazim

Apakah promo kod dan baucar terbaru Traveloka?
Gunakan kod JOMJALAN ketika menempah Penerbangan, Hotel, Tarikan, dan Aktiviti untuk mendapatkan diskaun sehingga RM250 khusus pengguna baru. Lihat promosi yang sedang berlangsung dan baucar pada Traveloka Promo. Dapatkan pengalaman dan tawaran lebih hebat hanya di aplikasi Traveloka. Muat turun aplikasi Traveloka pada Android atau iOS
Bila waktu operasi Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise?
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise kini beroperasi 10:00-21:00. Lawati laman ini untuk maklumat lanjut tentang waktu buka dan hari operasi taman tersebut.
Di manakah lokasi butiran Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise?
Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise terletak di Art In Paradise Din Daeng Bangkok Thailand. Lawati laman ini untuk maklumat lanjut tentang cara untuk pergi ke Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise.
Apakah tempat serupa seperti Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise yang boleh ditemui di Huai Khwang?
Destinasi pelancongan lain seperti Muzium Seni 3D Bangkok, Art in Paradise yang boleh dikunjungi di Huai Khwang adalah Baiyoke Sky Restaurant, Tiket Safari World Bangkok, dan Space & Time Cube + at Seacon Bangkae.

Maklumat Umum

Waktu Operasi
10:00-21:00.
Alamat
Art In Paradise Din Daeng Bangkok Thailand.
Kategori
Tarikan
Butiran Lokasi
Art In Paradise Din Daeng Bangkok Thailand

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Gambaran Keseluruhan

Pilihan Tiket

Perihal Produk Ini

Ulasan

Soalan Lazim


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved