Lawati Akuarium Chiang Mai Zoo, pusat akuarium pertama di Asia Tenggara. Tarikan seluas 16,000 kaki persegi ini dibina lengkap dengan bangunan untuk pameran yang besar dan terkenal dengan terowong bawah air sepanjang 133 meter di mana air tawar dan air lawat bertemu. Ini adalah tempat dimana peminat hidupan laut boleh meneroka lebih tentang kehidupan akuatik. Akuarium ini adalah rumah kepada 25,000 ikan air tawar dan lebih 250 spesies ikan laut dari seluruh dunia, termasuk hutan hujan di Asia Tenggara dan hutan Amazon. Skrin kaca untuk pameran direka khas dan diperbuat daripada akrilik bagi memastikan keselamatan dan pengalaman menyeluruh bila anda melihat hidupan marin ini. Anda boleh sertai aktiviti yang menyeronokkan seperti selam skuba dan snorkeling untuk lebih dekat dengan hidupan laut, dan melihat pertunjukan memberi makanan. Selain daripada akuarium, anda juga boleh melihat pameran lain dengan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai dan eksotik serta haiwan berbisa!
Waktu Operasi | 10:30-15:30. |
---|---|
Alamat | 100 Huaykaew Rd, Tambon Su Thep, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50200, Thailand. |
Kategori | Tarikan |