Terokai khazanah tersembunyi Chiang Rai dengan aktiviti luar bangunan yang berlangsung selama 1 hari, sesuai untuk pencinta alam. Jejaki alam semulajadi yang cantik dengan melawat ke Ait Terjun Khun Kon di mana anda boleh berenang dan berjalan-jalan di sekitar hutan tersebut. Di samping itu, anda juga boleh melihat sawah padi, ladang nenas dan getah serta kebun tempatan Apabila anda tiba ke titik pemerhatian, amati pemandangan gunung-ganang yang menghijau dan luas. Selepas makan tengah hari, tiba masa untuk rakit buluh! duduk di atas rakit sambil menyusuri sungai yang tenang. Sebelum anda tiba di empangan, anda boleh ambil masa ini untuk menghargai khazanah semula jadi alam sekitar yang dikurniakan di dunia ini.