Dibina sempena sebuah bandar pada zama pemerintahan kerajaan Siam, bandar Mallika mencerminkan cara hidup masyarakat setempat di Lembah Sungai Chao Phraya sewaktu pemerintahan Raja Chulalongkorn atau Raja Rama V (1873-1910). Bandar Mallika merupakan salah satu warisan yang mencipta semula gaya hidup orang Thai selepas perubahan drastik dari penghapusan amalan penghambaan. Replika kampung ini mencerminkan keadaan masa lampau untuk anda terokai. Pelajari tentang sejarah, budaya dan seni bina Thai apabila anda berjalan-jalan sekitar bandar itu sebagai seorang penduduk Siam. Anda juga boleh menikmati makanan tradisional Thai dan meneroka alatan purba yang jarang dilihat dalam zaman moden. Sebelum anda pulang, jangan lupa untuk melawat bilik pameran yang menceritakan kisah masa lampau melalui gambar lama asli sambil menikmati sewan kopi di kafe gaya Thai yang berdekatan.
Waktu Operasi | 09:00-17:00. |
---|---|
Alamat | Malika R.E.124, 168 Tambon Sing, Amphoe Sai Yok, Chang Wat Kanchanaburi 71150, Thailand. |
Kemudahan awam | Pusat Kesihatan,ATM |
Kategori | Tarikan |