Cari
Xperience/Vietnam/Quang Nam Province/Hoi An/Minh An ward/Hoi An Bike and Bite Tour - Lawatan Separuh Hari

Hoi An Bike and Bite Tour - Lawatan Separuh Hari

567 Hai Bà Trưng, Phường Minh An, Hội An, Quảng Nam, Vietnam
Lihat Peta
Tempoh Lawatan | 4 Hours 30 Minutes
Nikmati diskaun pengguna baharu 7% sehingga RM300 tanpa transaksi min menggunakan kod "JOMPLAY"!

Lihat Peta

Hoi An

Habis Dijual

Terokai Lebih Lanjut

Pengalaman Untuk Anda

Rasai makanan jalanan Hoi An yang unik dalam masa 5 jam.
Pelajari dengan lebih lanjut tentang tradisi dan budaya gastronomi Hoi An.
Berbasikal sejauh 10 kilometer melalui bandar ini dan terokai ia sepuas hati anda.
Terokai tempat-tempat di Hoi An yang jarang ditemui di dalam buku panduan.

Jika anda suka berbasikal dan makanan, lawatan ini sangat sesuai untuk anda. Di samping anda dapat melakukan senaman kardio dengan berbasikal sepanjang 10 km untuk melihat tempat-tempat cantik di bandar itu, anda juga akan dihidangkan makanan-makanan tempatan yang masyhur dan sedap di situ. Lawati tempat makan yang menghidangkan makanan istimewa Hoi An. Cubalah white rose cake (ladu yang lembut berperisa udang dan dihiasi dengan bawang rangup di atasnya), banh mi (roti berinti daging khinzir bakar, daging lembu bakar, atau daging lain), banh kot (penkek mini rangup yang dihidangkan bersama herba, sayur, dan sos ikan pedas manis. Anda juga boleh cuba memakan balut (embrio itik yang direbus di dalam kulit telur)! Jurupandu anda akan memperkenalkan anda kepada tradisi dan budaya gastronomi Hoi An sambil anda menikmati hidangan anda.

Orang Hubungan, Kemudahan, Bahasa Perkhidmatan dan Banyak lagi

Berikan ulasan apabila anda mengunjungi tempat tersebut!

Ulasan yang anda berikan akan membantu pengembara lain merancang perjalanan mereka.

Jadual Perjalanan

15:00-20:00 - Penjemputan dari hotel atau tempat perjumpaan.
- Perhentian pertama adalah White Rose Restaurant di mana Anda akan menjamah white rose cake, (sejenis ladu berperisa udang lembut dengan bawang rangup di atasnya).
- Di perhentian seterusnya, Anda akan rasa mi daging lembu Hoi An.
- Bersantai sambil menikmati secawan kopi Vietnam sebelum menuju ke Tra Que Vegetable Village untuk melihat pemandangan petani-petani yang sedang bekerja di sawah.
- Seterusnya, anda akan melawat kedai Madam Phuong Banh Mi di mana Anda akan makan salah satu roti baguette terbaik di Vietnam.
- Selepas itu, anda akan rasa banh khot, penkek mini rangup yang dihidangkan dengan herba, sayur, dan sos ikan pedas manis.
- Anda juga akan berpeluang untuk merasa balut, embrio itik yang direbus di dalam kulit telur dan dihidangkan dengan garam, rempah, dan cuka. Makanan ini merupakan satu cabaran makanan kerana dianggap sebagai salah satu makanan pelik di dunia.
- Perhentian terakhir adalah restoran makanan laut di mana bir sejuk dan makan malam lazat menanti anda.
- Penghantaran pulang ke hotel atau ke tempat perjumpaan.
**Harap maklum bahawa senarai makanan boleh berubah pada bila-bila waktu tanpa sebarang notis. Sila rujuk jurupandu arah anda untuk senarai aktiviti yang tepat pada hari lawatan anda. Lawatan ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang beragama islam kerana terdapat makanan dan minuman yang tidak halal.

Lihat Jadual Perjalanan Lengkap


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved