Kos sewa ditentukan oleh zon pengambilan/penghantaran, laluan, dan jenis kereta.
Kos sewa termasuk pemandu, minyak, tol, dan fi parkir.
Penumpang harus menanggung kos tambahan yang mungkin dikenakan ekoran pengubahan zon pengambilan atau penghantaran. Pembayaran mestilah dibuat dalam bentuk tunai secara terus kepada pemandu atau staf BlackLink.
Semua harga tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis.
Untuk perjalanan dari lapangan terbang, penumpang perlu menghubungi pemandu secara terus untuk pengambilan di lokasi yang disetujui. Sila lihat baucar Traveloka anda untuk panduan lanjut.
Penumpang boleh mengubah butiran penerbangan atau info perhubungan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.
Untuk perjalanan ke lapangan terbang, penumpang perlu hadir selewat-lewatnya 30 minit dari waktu pengambilan yang disetujui. Jika tidak, caj tambahan USD 10 akan dikenakan setiap 30 minit.
Untuk perjalanan dari lapangan terbang, penumpang perlu hadir selewat-lewatnya 1 jam dari waktu pengambilan yang disetujui. Jika tidak, caj tambahan SGD 10 akan dikenakan setiap 30 minit.
Bagi penumpang yang mengemukakan nombor penerbangan sah, BlackLink akan memberikan waktu tambahan menunggu apabila berlakunya penangguhan penerbangan. Jika penerbangan anda tertangguh, sila hubungi BlackLink di talian +82 1666 1968.
Penumpang harus mengikut bilangan maksimum penumpang dan bagasi yang ditetapkan semasa membuat tempahan.
Penumpang dilarang merokok, serta membawa bahan berbau kuat dan/atau barangan berbahaya dalam kenderaan BlackLink. Barangan berbahaya termasuk tetapi tidak terhad kepada barangan tajam, bahan mudah terbakar, bahan letupan, bahan kimia, bahan berbahaya, dan ubat terlarang.
Penumpang tidak dibenarkan memandu kenderaan BlackLink.
Penumpang dilarang menggunakan perkhidmatan BlackLink untuk kegiatan jenayah atau aktiviti haram.
Penumpang bertanggungjawab terhadap akibat yang disebabkan pelanggaran polisi ini.
Penjadualan semula hanya boleh dibuat selewat-lewatnya 12 jam sebelum masa menjemput.
Jadual ulang berdasarkan ketersediaan kereta.
Penjadualan semula adalah percuma. Walau bagaimanapun, jika terdapat perbezaan harga pada harga sewa antara jadual lama dan baru, perbezaan harga akan ditanggung oleh penumpang.
Untuk pembatalan tempahan dan permintaan bayaran balik, hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka di talian +6015 4840 9469 atau +603 7724 3501.
Pembayaran balik tersedia untuk pembatalan yang dibuat selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu pengambilan yang disetujui.
Kos sewa 100% akan dibayar balik.
Jumlah bayaran balik akan dikembalikan melalui kaedah pembayaran yang digunakan semasa tempahan dibuat.
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia