Ikuti langkah ini sebelum menghantar permintaan bayaran balik anda
Klik pada "Log Masuk/Daftar"
Akses Akaun BIG AirAsia anda dengan klik pada Log Masuk/Daftar.
Isikan "Alamat E-mel dan Kata Laluan"
Masukkan alamat emel dan kata laluan untuk Akaun BIG AirAsia anda. Klik di sebelah kanan jika anda ingin menggunakan log masuk tunggal (SSO).
Klik pada "Tempahan Saya"
Buka halaman Tempahan Saya dengan klik pada tab di bahagian atas bar menu.
Klik pada "Cari Tempahan Lain"
Untuk mencari tempahan anda, klik pada kotak Cari tempahan lain di sebelah kanan halaman
Lengkapkan Butiran
Masukkan bandar berlepas, nombor tempahan, dan nama akhir nama keluarga. Sila isi ruangan nombor tempahan menggunakan Kod PNR, yang boleh anda temui di Tempahan Saya.
Klik pada "Urus Tempahan"
Klik pada Uruskan tempahan untuk meneruskan proses.
Klik pada "Ubah Maklumat Hubungan/ ID Ahli BIG"
Klik pada Ubah Maklumat Hubungan/ ID ahli BIG di bahagian butiran hubungan.
Isikan "Alamat e-mel"
Masukkanpada bahagian ini alamat emel yang diguna untuk Akaun BIG AirAsia anda dan klik pada Cari. Selepas berjaya mencari akaun anda, ID BIG AirAsia anda akan muncul.
Masukkan pada bahagian ini alamat emel dan nombor telefon bimbit yang digunakan untuk Akaun BIG AirAsia anda. Kemudian klik pada Teruskan membayar. Tempahan Traveloka anda telah berjaya dihubungkan dengan Akaun BIG AirAsia.