Terletak di Timur Australia, Bandaraya Gold Coast menjadi pilihan utama destinasi percutian kerana beberapa tarikan, dari taman tema untuk semua peringkat usia, pantai, taman hidupan liar, dan sudah semestinya pusat membeli-belah. Untuk mereka yang pertama kali sampai ke Gold Coast, ada beberapa aktiviti yang sesuai. Antaranya ialah bersukan air, seperti luncur air, ski jet dan yang paling mengagumkan ialah menyaksikan ikan paus dari kapal pesiar. Taman tema seperti Warner Bros. Movie World, Dreamworld, Wet’n’Wild Gold Coast dan WhiteWater World adalah di antara tempat yang menyediakan banyak permainan yang mendebarkan, khas untuk kanak-kanak dan mereka yang meminati kartun.
Kenali Gold Coast