Hokkaido ialah wilayah terbesar di Jepun dengan Sapporo sebagai ibu kotanya. Cuaca di kawasan ini paling sejuk, maka setibanya musim panas, kawasan ini kurang panas berbanding dengan daerah lain. Tidak hairan, Hokkaido menjadi destinasi kegemaran pelancong yang suka bermain ski. Selain itu, rantau ini juga memiliki banyak kolam air panas yang menjadi tempat popular pelancong untuk menghilangkan kepenatan. Sebagai pulau kedua terbesar di Jepun, Hokkaido mempunyai banyak tempat tarikan alam semula jadi yang mengagumkan. Misalnya, Taman Negara Daisetsuzan (taman negara terbesar di wilayah ini), Taman Negara Shikotsu-Toya (taman yang dikelilingi tasik dan gunung berapi), dan Taman Negara Shiretoko (tempat tinggal hidupan liar seperti beruang perang, rusa, dan rubah). Lawatan ke Hokkaido tidak lengkap tanpa merasa makanan istimewanya, seperti Ishikari-nabe, sejenis sajian khas Hokkaido yang terdiri daripada salmon, Genghis Khan (kambing panggang), dan makanan laut yang segar.
Kenali Hokkaido
Terokai Hokkaido