Jakarta Pusat sememangnya dikenali sebagai pusat pentadbiran, perniagaan dan kewangan bandar ini. Selain menempatkan Istana Presiden dan bangunan kerajaan lain, kawasan ini juga mempunyai pelbagai monumen Jakarta yang terkenal, muzium, dan seni bina zaman kolonial. Monumen Nasional yang ikonik terletak di tengah-tengah Medan Merdeka, salah satu medan bandar raya terbesar di dunia. Kawasan ini dikelilingi mercu tanda terkenal seperti Masjid Istiqlal, Gereja Katedral Jakarta, dan Museum Nasional yang menyimpan koleksi menarik batu arca bersejarah, tekstil tradisional, dan khazanah arkeologi. Tidak jauh dari medan bandar raya ini terletak satu lagi mercu tanda penting iaitu Bundaran Hotel Indonesia. Kawasan ini sering dijadikan lokasi demonstrasi jalanan pada hari biasa dan tempat beriadah untuk hari bebas kenderaan pada hujung minggu. Di sebelahnya pula terletak pusat beli-belah mewah seperti Plaza Indonesia dan Grand Indonesia yang menawarkan pelbagai butik dan restoran mewah. Selepas penat berjalan, pengunjung boleh bersantai di sini sambil menyaksikan pemandangan hebat kota raya Jakarta.
Kenali Jakarta Pusat
Terokai Jakarta Pusat