Tarikan utama Kalimantan Timur terletak pada keunikan budaya dan alam semula jadinya. Beribu kotakan Samarinda dan merupakan salah satu wilayah terbesar di Indonesia, wilayah ini juga kaya dengan hasil gas asli dan lombong emas. Paling menarik, Kalimantan Timur mempunyai pusat pemuliharaan yang menempatkan hampir 2500 ekor orang utan. Seperti pulau-pulau lain di Indonesia, Kalimantan Timur turut terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti Pulau Derawan, Bukit Bangkirai, dan Kampung Dayak Pampang. Selain itu terdapat juga konservatori haiwan seperti pusat pembiakan buaya di Balikpapan dan pusat pembiakan rusa di Penajam. Bagi yang meminati flora dan fauna unik, jangan ketinggalan mengunjungi Taman Botani Unmul yang terletak di Samarinda. Taman ini mempunyai pelbagai spesies yang dilindungi seperti orkid hitam, orang utan, burung helang kepala putih, dan burung merak.
Kenali Kalimantan Timur
Terokai Kalimantan Timur