Seoul merupakan ibu negeri Korea Selatan yang mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong seperti kawasan membeli-belah, muzium, taman tema, dan istana diraja di beberapa buah daerah. Ia merupakan metropolitan yang menerima paling banyak kunjungan pelancong berbanding daerah lain di Korea Selatan. Bukan itu sahaja, bandar ini juga menempatkan 5 istana penting di dalam negara ini iaitu Gyeongbok-gung, Changdeok-gung, Deoksu-gung, Changgyeong-gung, dan Gyeonghui-gung. Di sini, para pelancong boleh cuba memakai Hanbok – pakaian tradisional Korea Selatan, sambil meneroka kawasan istana. Kunjungan ke Seoul tidak akan lengkap tanpa membelialat solekan. Myeong-dong, Apgujeong, Itaewon, dan Insadong merupakan antara beberapa kawasan yang kadangkala sesak dengan pelancong yang sanggup berbaris di jalanan. Selain itu, lengkapkan pengembaraan kulinari anda dengan melawat pasar tradisional Gwangjang atau Namdaemun untuk menikmati makanan tempatan yang asli.
Kenali Seoul
Terokai Seoul