33.7°C | Today, 05 Jun
See All Photos

Gianyar

Asia

/

Indonesia

/

Gianyar

Wilayah Gianyar merupakan kawasan kedua paling paling padat di Bali. Terkenal sebagai pusat kesenian, kawasan yang didiami ramai pelukis, penari, pembuat arca, dan artis ini sentiasa penuh dengan pelancong. Antara kawasan popular di sini termasuklah Sukawati, Tampaksiring, Tegallalang dan Ubud yang mempunyai pelbagai tarikan unik seperti pasar seni, kuil, muzium, dan juga subak, sebuah sistem pengurusan air untuk sawah padi. Satu lagi tempat menarik yang wajib dilawati di Gianyar adalah kampung Batubulan dan Singapadu. Kawasan ini terkenal dengan ukiran pasir serta persembahan tarian tradisional seperti Tarian Barong dan Tarian Keris. Meskipun kaya dengan kebudayaan, wilayah ini merupakan salah satu daripada tiga kawasan mewah di Bali, selain Badung dan Denpasar. Namun kerajaan tidak membenarkan pembinaan hotel atau apartmen baharu bagi melindungi peniaga-peniaga tempatan. Kunjungan ke Gianyar tidak lengkap sekiranya anda tidak mencuba hidangan tempatan di Jalan Ngurah Rai. Pasar ini lebih meriah pada waktu malam dan turut menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori fesyen menarik dari Bali.

Kenali Gianyar

Lihat sorotan destinasi ini

Dalam Panduan Ini

Kenali Gianyar

Lebih Banyak Destinasi Berdekatan Gianyar

Manfaatkan perjalanan anda sebaik-baiknya & terokai perhentian ini juga

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved