Sebagai ibu negeri Jawa Tengah, Semarang merupakan wadah tumpuan kebudayaan bagi kaum Cina, India, Arab, dan Eropah. Bandar ini juga terkenal sebagai pusat perdagangan. Beberapa bangunan lama yang masih terpelihara boleh dilihat dengan jelas di sesetengah kawasan seperti Lawang Sewu, Gereja Blenduk dan Gedung Batu. Walaupun daerah ini berbeza daripada Jogjakarta atau Solo yang dipenuhi bangunan-bangunan tinggi — Kota Lumpia ini menawarkan keharmonian pelbagai budaya di sekeliling tempat. Ketika berada di Semarang, singgah sebentar di Chinatown untuk merasa hidangan Lumpia yang lazat. Untuk pengalaman kulinari yang lebih menyeluruh, kunjungi kawasan Pasar Semawis di Gang Warung. Barisan gerai-gerai makanan di sini menghidang pelbagai jenis makanan tempatan dengan rasa asli yang sukar ditemui di tempat lain.
Kenali Semarang
Terokai Semarang