See All Photos
Search destination (e.g. Tokyo)

Bulgaria

Eropah

/

Bulgaria

Bulgaria merupakan sebuah negara di Eropah Tenggara yang bersempadan dengan Serbia, Romania, Turki, Yunani, dan Republik Macedonia. Negara ini penuh dengan kekayaan sejarah dan budaya yang mengagumkan, serta keindahan alam yang menakjubkan. Dengan pegunungan yang membentuk landskapnya, Bulgaria adalah permata tersembunyi yang patut dijelajahi.

Ibu kota Bulgaria, Sofia, adalah salah satu bandar yang wajib Anda kunjungi. Bandar ini mempesonakan dengan seni bina bersejarah serta gereja-gereja berkubah emas. Sofia juga merupakan ibu kota yang hijau kerana mempunyai banyak taman-taman yang boleh Anda lawati. Dengan pemandangan yang cantik, Anda boleh berjalan-jalan santai sambil menikmati kopi atau makanan di beberapa kedai yang ada. Terdapat beberapa tarikan menarik di bandar ini seperti Museum Sejarah Sofia, kompleks galeri seni baru Kvadrat, dan kawasan Ancient Serdika.

Selain Sofia, Plovdiv adalah destinasi pelancongan lain yang tak boleh dilepaskan. Bandar ini terkenal dengan Kota Tua yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menampilkan rumah-rumah bersejarah, jalan-jalan berbatu, dan amfiteater Rom kuno yang masih digunakan untuk pertunjukan hingga ke hari ini.

Bukan sahaja bandar-bandar bersejarah dengan seni bina yang menarik, Bulgaria juga mempunyai pemandangan alam yang indah. Pegunungan Rodopi dan Pegunungan Balkan adalah dua yang paling terkenal untuk dikunjungi. Anda juga boleh pergi ke Pantai Laut Hitam Bulgaria yang menawarkan pemandangan laut yang menawan dengan pasir putih yang lembut.

Selain mempunyai pemandangan alam yang cantik, Bulgaria juga merupakan negara pengeluar yogurt terbaik di dunia. Yogurt inilah yang menjadi bahan asas makanan tradisional mereka seperti tarator dan snezhanka (salad Puteri Salju). Bila mengunjungi Bulgaria, kamu boleh jumpa yogurt di mana-mana dengan mudah, malah ramai orang makan kek dengan mencelupkannya ke dalam minuman yogurt.

Daya tarikan Bulgaria semakin lengkap dengan adanya Lembah Mawar (Rose Valley), sebuah kawasan di mana mawar telah ditanam selama berabad-abad dan menyumbang setengah daripada pengeluaran minyak mawar dunia. Pada masa tertentu, kawasan ini mengeluarkan aroma yang menyegarkan dengan pemandangan bunga berwarna-warni yang indah. Pelancong juga dipersilakan untuk turut serta dalam proses pemetikan mawar ini.

Dengan banyak tempat menarik untuk dijelajahi dan kos percutian yang berpatutan, Bulgaria menjadi salah satu negara yang wajib dikunjungi di Eropah.

Kenali Bulgaria

Lihat sorotan destinasi ini

Petua Perjalanan untuk Bulgaria

Perkara yang perlu anda ketahui sebelum datang ke sini

Practical Tips for Bulgaria

Perkara yang perlu disediakan dan cara terbaik untuk melawat

Apakah mata wang yang digunakan di Bulgaria?

Bulgaria menggunakan mata wang rasmi Lev Bulgaria dengan kod mata wang BGN sebagai alat pertukaran. Kamu yang nak melawat Bulgaria boleh tukar duit di biro penukaran wang rasmi, hotel besar, ataupun bank.

Penting untuk perhatikan keselamatan semasa bertransaksi dan jangan buat penukaran wang di tempat yang tak rasmi.

Mengapa pelancong perlu melawat Bulgaria?

Bulgaria adalah salah satu negara Eropah dengan kos hidup yang agak rendah, menjadikannya destinasi pelancongan yang berpatutan bagi pelancong. Selain itu, Bulgaria menawarkan pelbagai resort ski yang popular dengan pemandangan gunung yang cantik. Bagi kamu yang nak bercuti pada musim sejuk, Bulgaria boleh jadi pilihan yang ideal.

Bulgaria juga ada bangunan-bangunan bersejarah yang menakjubkan, dari gereja-gereja kuno yang berdiri berabad-abad lamanya, museum-museum yang penuh dengan harta bersejarah, bandar-bandar dan rumah-rumah lama yang cantik, sehingga reruntuhan dari zaman Yunani dan Byzantium.

Selain itu, Bulgaria juga mempunyai pelbagai hidangan khas yang sedap dan unik, serta penduduknya yang mesra terhadap pelancong membuatkan kunjungan jadi lebih menyeronokkan.

Dimana untuk membeli cenderamata di Bulgaria?

Ada banyak tempat yang sesuai untuk beli ole-ole di Bulgaria. Sofia, ibu kota Bulgaria, ada pelbagai tempat membeli-belah yang besar dan macam-macam. Kamu boleh pergi ke Vitosha Boulevard, salah satu jalan membeli-belah utama di kota ini yang ada banyak kedai, butik, dan cenderamata khas.

Plovdiv sesuai untuk kamu yang nak cari aneka kraf tangan sebab kawasan ini ada banyak galeri seni, kedai kraf tangan, dan butik kecil yang jual produk tempatan macam ukiran kayu, lukisan, ataupun perhiasan tradisional.

Varna, bandar pelabuhan utama di Laut Hitam, boleh jadi pilihan untuk kamu yang nak cari ole-ole macam seramik, tekstil, atau cenderamata dengan motif dan reka bentuk khas Bulgaria.

Bila masa terbaik untuk melawat Bulgaria?

Waktu terbaik untuk melawat Bulgaria adalah pada musim bunga (Mac-Mei) dan musim luruh (September-November) sebab cuacanya nyaman dengan suhu yang tak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Walau macam tu, kamu juga boleh datang pada musim sejuk (Disember-Februari) untuk main salji dan ski di kawasan pegunungan.

Apakah bahasa yang dituturkan di Bulgaria?

Bahasa rasmi yang digunakan di Bulgaria ialah bahasa Bulgaria, yang menggunakan abjad yang sama dengan bahasa Rusia. Sebaiknya, belajarlah kosakata asas yang biasa digunakan dalam perbualan harian sebelum melancong ke Bulgaria supaya lebih mudah berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Berikut adalah beberapa frasa bahasa Bulgaria yang boleh kamu hafal dengan mudah: "Zdraveyte" (Halo), "Kak ste?" (Apa khabar?), "Blagodarya" (Terima kasih), "Kolko strouva?" (Berapa harganya?), dan "Kade e...?" (Di mana ...?).

Terokai Bulgaria

Buat jadual perjalanan anda dengan pilihan utama kami di bawah

Perjalanan Mesra-Bajet untuk Anda!

Dapatkan promosi Traveloka untuk meneruskan semangat pengembaraan anda
Lihat Semua Promosi
Dalam Panduan Ini

Kenali Bulgaria

Petua Perjalanan untuk Bulgaria

Terokai Bulgaria

Lebih Banyak Destinasi Berdekatan Bulgaria

Manfaatkan perjalanan anda sebaik-baiknya & terokai perhentian ini juga

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved