Aktiviti Menarik untuk Dilakukan Sepanjang Staycation Anda!

Ramai memilih untuk meluangkan masa hujung minggu di pelbagai lokasi yang menarik di serata Malaysia
Traveloka Accomodation
16 Mar 2021 - Bacaan 2 minit

Aktiviti staycation kini menjadi satu trend yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ramai memilih untuk meluangkan masa hujung minggu di pelbagai lokasi yang menarik di serata Malaysia. Ramai juga memilih untuk melakukan aktiviti staycation kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tempoh penginapan mereka. Berikut merupakan antara cadangan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk memeriahkan lagi suasana sepanjang tempoh staycation anda.

Hotel di Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia

469623 ulasan dari hot...

Lihat harga

Membeli-belah Tanpa Had

Antara aktiviti yang sangat popular semasa staycation ialah membeli belah. Malaysia mempunyai banyak pilihan pusat membeli dengan pelbagai pilihan jenama barangan berkualiti yang boleh didapati si seluruh negara. Selain itu, anda juga boleh membeli barangan kegeramaran anda dengan harga yang sangat berpatutan semasa sambutan perayaan serta pada jualan hujung tahun. Terdapat pelbagai pilihan pusat penginapan yang terletak berhampiran dengan pusat membeli belah di seluruh Malaysia. Anda hanya perlu membuat carian di laman web Traveloka.com dan anda akan mendapat pelbagai pilihan lokasi pusat membeli belah yang terletak berhampiran dengan kediaman anda. Jika anda inginkan pengalaman membeli belah yang terbaik, anda boleh memilih pusat penginapan yang terletak berhampiran dengan pusat membeli belah.

Mencuba Pelbagai Jenis Makanan

Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. Setiap negeri mempunyai pelbagai juadah tersendiri yang unik dan menyelerakan. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan semasa staycation islah meneroka pelbagai jenis makanan atau ‘food hunting’. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Pulau Pinang terdapat pelbagai pilihan makanan yang enak yang boleh anda terokai di sana. Antara makanan yang menjadi kegemaran pelancong yang melawat Pulau Pinang ialah nasi kandar. Selain nasi kandar jangan lupa untuk menikmati cendol yang sejuk dan sangat menyegarkan terutama pada waktu tengah hari yang panas. Negeri Pahang pula terkenal dengan gulai tempoyak dan Negeri Sembilan merupakan syurga daging salai masak lemak cili api. Melalui carian di laman Traveloka.com, anda boleh mengetahui pelbagai restoran menarik yang terletak berhampiran dengan hotel anda. Anda boleh membuat checklist restoran yang anda ingin kunjungi dan meneroka setiap hidangan yang disajikan.

Menerokai Fakta Sejarah

Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak tinggalan sejarah. Melalui staycation, anda boleh meneroka tempat-tempat bersejarah yang terdapat berhampiran dengan tempat penginapan anda. Melaka terkenal sebagai bandaraya bersejarah di Malaysia. Negeri bersejarah ini pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris serta Jepun. Anda boleh melihat pelbagai tinggalan sejarah seperti Kota A’Famosa dan Bangunan Stadthuys. Terdapat juga pelbagai muzium yang menyimpan pelbagai artifak dan bahan bersejarah. Anda boleh mengambil gambar-gambar yang menarik serta belajar dengan lebih mendalam lagi berkenaan sejarah ditempat tersebut. Percutian anda akan lebih jimat jika anda memilih untuk menginap di hotel berhampiran tempat-tempat bersejarah ini. Untuk mencari hotel yang berhampiran tempat-tempat menarik ini, berkunjunglah ke Traveloka.com.

Meluangkan Masa Bersama yang Tersayang

Aktiviti staycation dilakukan berhampiran dengan kediaman anda. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda melakukan aktiviti reunion bersama rakan-rakan anda. Sesetengah hotel menyediakan pelbagai kemudahan seperti spa dan kolam renang. Anda boleh duduk ditepi kolam sambil menghirup teh dan berbual dengan rakan-rakan anda. Anda juga boleh membeli belah dan mengunjungi taman tema bersama. Jika anda menginap bersama keluarga anda boleh meluangkan masa dengan menonton filem kegemaran bersama-sama. Anda boleh juga membawa permainan seperti catur dan bermain bersama keluarga anda.

Terdapat pelbagai lagi aktiviti –aktiviti yang menarik yang boleh anda lakukan semasa staycation. Untuk mendapat tawaran serta pakej-pakej dengan harga yang sangat berpatutan anda boleh melawat Traveloka.com.

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved