Kelebihan Berstaycation dalam Negara

Oleh sebab sempadan negara masih ditutup, kita dinasihatkan untuk bercuti dalam negara
Traveloka Accomodation
16 Mar 2021 - Bacaan 2 minit

Aktiviti staycation kini menjadi satu trend yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh sebab sempadan negara masih ditutup, kita dinasihatkan untuk bercuti dalam negara. Ramai memilih untuk meluangkan masa hujung minggu di pelbagai lokasi yang menarik di serata Malaysia. Banyak hotel-hotel serta rumah inap menawarkan pelbagai promosi dengan pakej dan harga yang sangat menarik. Ramai memilih untuk melakukan aktiviti staycation kerana aktiviti ini mempunyai banyak kelebihan.

Hotel di Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur adalah ib...

Lihat harga

Menjimatkan Banyak Masa

Aktiviti staycation dilakukan pada waktu yang singkat seperti hujung minggu. Destinasi yang sering menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti staycation selalunya terletak berhampiran dengan tempat tinggal. Oleh itu, anda akan mempunyai lebih waktu untuk diluangkan semasa melakukan aktiviti staycation kerana anda tidak perlu bergerak jauh dan mengharungi kesesakan lalu lintas untuk ke destinasi anda. Selain itu anda juga boleh meluangkan lebih masa jika tempat-tempat menarik terletak berhampiran dengan tempat penginapan anda. Anda tidak perlu bergerak jauh untuk pergi ke tempat tersebut. Bagi yang inginkan privasi dan ingin jauh dari kesesakan manusia anda akan mendapat lebih masa untuk anda meluangkan bersama diri anda. Mendengar muzik kegemaran sambil membaca buku atau menonton filem sambil mengunyah snek kegemaran kini dapat dilakukan dengan lebih lama dengan staycation. Untuk mengetahui pusat penginapan yang terdekat dengan kediaman anda serta pakej-pakej menarik yang ditawarkan, anda boleh berkunjung ke laman web Traveloka.com!

Bercuti dengan Kos yang Sangat Berpatutan

Antara perkara yang sering orang fikirkan apabila ingin bercuti adalah kos. Seperti yang kita tahu, percutian memakan belanja yang sangat besar terutamanya jika anda melancong bersama keluarga di pusat peranginan yang jauh atau ke luar negara. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai terpaksa melupakan keinginan untuk melancong untuk menjimatkan pendapatan isi rumah. Jangan risau, dengan aktiviti staycation, anda boleh keluar berlibur dengan kos yang sangat minima dan berpatutan. Anda tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk kos pengangkutan kerana lokasi staycation anda hanya memakan masa tidak kurang satu jam dari kediaman anda. Anda kini boleh menggunakan kos tersebut untuk aktiviti lain seperti mencuba makanan baru di restoran yang terletak berhampiran dengan lokasi staycation anda. Selain itu anda juga akan mempunyai lebihan wang untuk membeli belah dengan staycation. Jika anda berkunjung ke laman web Traveloka.com, anda boleh membuat perbandingan harga dan promosi yang ditawarkan oleh pusat-pusat penginapan yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal anda. Dengan staycation, anda tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk bercuti.

Bercuti dengan Minimalis

Antara kelebihan staycation ialah anda dapat bercuti dengan sangat santai dan minimalis. Aktiviti staycation tidak memerlukan anda untuk membawa banyak bagasi. Anda juga dapat bergerak secara santai tanpa perlu memikirkan anda akan terlambat dan terlepas pesawat. Memadai dengan beberapa helai pakaian di dalam satu bagasi dan anda sudah sedia untuk meluangkan hujung minggu anda yang berkualiti. Selain itu, jika anda tertinggal sesuatu, anda boleh berulang ke kediaman anda jika lokasi staycation anda terletak berhampiran dengan kediaman anda.

Menerokai Sesuatu yang Baharu

Jika sebelum ini destinasi pelancongan anda terletak jauh dari kediaman anda, dengan staycation anda tidak perlu bergerak jauh lagi. Anda juga dapat meneroka pelbagai tarikan baru yang terletak berhampiran dengan kediaman anda. Anda pasti tidak sangka terdapat pelbagai lokasi yang cantik untuk bergambar, restoran-restoran yang menyajikan hidangan yang enak serta taman-taman dan keindahan alam semulajadi berhampiran dengan kediaman anda. Anda boleh berkunjung ke laman Traveloka.com untuk mengetahui lokasi-lokasi menarik berhampiran dengan rumah anda. Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh staycation dan meneroka pelbagai benda yang baru!

Kesimpulannya, aktiviti staycation banyak memberikan kelebihan kepada anda. Untuk mendapat tawaran serta pakej-pakej dengan harga yang sangat berpatutan anda boleh melawat Traveloka.com.

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved