Ingat lagi Moo Deng, bayi kuda nil comel yang jadi viral di Thailand beberapa bulan lepas? Kini, Thailand memperkenalkan selebriti baharu: Ava dan Luna, Golden Tiger yang viral! Serius, tahap kecomelan mereka memang tak boleh bawak bincang!
Kalau sebelum ni dah banyak sebab nak ke Thailand, sekarang tambah lagi satu sebab – Ava dan Luna! Nak cuti hujung tahun ni? Jangan lupa masukkan Chiang Mai dalam senarai, sebab kita nak cerita pasal dua bintang comel yang tengah trending ni.
Source: Chiang Mai Night Safari
Ava dan Luna adalah bintang baharu dari Chiang Mai Night Safari, Thailand. Tapi, nak kata “baharu” tu tak berapa tepat sebab mereka sebenarnya lahir pada Februari 2021. Kedua-dua mereka adalah harimau yang sangat istimewa – Golden Tiger, atau juga dikenali sebagai harimau strawberi.
Mereka mula terkenal bila gambar-gambar mereka di akaun rasmi Facebook Chiang Mai Night Safari jadi viral sekitar Oktober dan November. Sejak tu, jumlah pelawat ke taman safari tu makin melonjak.
Source: Chiang Mai Night Safari
Cakap pasal keunikan, Ava dan Luna adalah antara Golden Tiger yang sangat jarang kita jumpa. Kalau sebelum ni anda tak pernah dengar tentang harimau jenis ni, jangan risau, ramai lagi yang macam tu. Tapi kini, kerana Ava dan Luna, Golden Tiger dah mula dikenali ramai!
Ramai yang komen tentang rupa mereka yang “bersih, comel, macam harimau baik.” Hakikatnya, walaupun nampak macam bayi besar, taring mereka tetap tajam! Bila Ava senyum, sumpah, tak nampak langsung macam harimau ganas – rasa macam nak peluk je.
Kalau tengok muka mereka, mesti rasa macam tengah tengok kucing besar yang jinak. Tapi ingat, besar mana pun muka comel tu, jangan sesekali lupa mereka tetap harimau Bengal, okey?
Kalau anda nak tahu, Golden Tiger ni berbeza daripada harimau Bengal biasa. Corak belang mereka lebih lembut dengan warna bulu kuning pucat atau keemasan, kadang-kadang kelihatan seperti warna strawberi.
Warna unik mereka ni adalah hasil daripada gen resesif – sama macam harimau putih. Menariknya, bulu mereka juga lebih tebal dan lembut. Di seluruh dunia, jumlah Golden Tiger ni tak sampai 100 ekor pun! Ada yang kata mungkin hanya sekitar 30 ekor. Jadi, kalau anda berpeluang tengok Ava dan Luna secara langsung, memang sangat bertuah!
Nak jumpa Ava dan Luna? Mudah saja! Pergi ke Chiang Mai Night Safari yang terletak di 33, Nong Kwai, Hang Dong District, Chiang Mai 50230, Thailand. Safari ni buka dari 11 pagi hingga 10 malam. Tiket boleh beli kat Traveloka – senang, kan?
Tapi kena ingat, anda hanya boleh tengok Ava dan Luna dari jauh. Ambil gambar pun boleh, tapi jangan guna flash ya, kasihan mereka.
Percayalah, tengok Ava dan Luna secara langsung memang lain auranya. Anda akan rasa nak peluk sebab bulu mereka nampak super lembut. Tapi jangan buat, tau! Mereka tetap harimau, bukan kucing jiran sebelah.
Chiang Mai Night Safari Tickets
8.4/10
Nong Kwai
Lihat harga
Kalau dah tak sabar nak jumpa Ava dan Luna, pastikan anda rancang masa yang sesuai untuk datang. Cuaca terbaik biasanya antara November hingga Februari, bila suhu lebih sejuk dan langit cerah. Waktu macam ni memang sesuai untuk jalan-jalan luar, jumpa haiwan, dan tengok pertunjukan live.
Satu lagi tips, datang awal pagi kalau tak nak berebut dengan orang lain. Kalau boleh, elakkan hujung minggu sebab ramai betul yang datang nak jumpa Ava dan Luna.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom jumpa Ava dan Luna di Chiang Mai Night Safari! Sambil tu, rancang percutian ke Thailand dengan Traveloka. Daripada tiket penerbangan, hotel, hingga tiket tarikan, semuanya boleh didapati dengan tawaran terbaik. Traveloka, gaya hidup pilihan anda!
Tue, 22 Jul 2025
Scoot
Kuala Lumpur (KUL) to Bangkok (BKK)
Harga bermula dari RM 237.50
Mon, 21 Jul 2025
Firefly
Pulau Pinang (PEN) to Bangkok (BKK)
Harga bermula dari RM 208.51
Thu, 17 Jul 2025
Thai VietJet Air
Hat Yai (HDY) to Bangkok (BKK)
Harga bermula dari RM 121.56