4 tempat makan patut cuba di Sandakan Sabah

Traveloka MY
30 Nov 2018 - 3 min read

Pekan pelabuhan kecil di Sandakan ini mungkin lebih terkenal dengan alam semula jadi dan tarikan hidupan liar, tetapi itu tidak bermakna pekan ini tiada makanan yang enak - sebenarnya, ia adalah permata makanan yang tersembunyi!

Jadi jika anda berada di Sandakan, kami amat mengesyorkan anda untuk meneroka bandar itu sambil jalan-jalan cari makan. Ini antara makanan utama tempatan yang anda patut cuba:

1. Tart UFO di San Da Gen Kopitiam

Istimewa dari Sandakan dan boleh ditemui di kedai roti di seluruh bandar ialah tart UFO. Singgah di San Da Gen Kopitiam dan anda tak akan kecewa.

Tart UFO diperbuat daripada kek span mentega yang nipis dihiasi pula dengan kastad telur yang lembut, dan telur dan dilengkapkan dengan meringue gebu. Rasa tart ini cukup sempurna dan satu mungkin tak cukup untuk anda.

Fakta menarik: Dalam bahasa Kantonis, ia dikenali sebagai ngau si dui, atau tahi lembu. 💩

San Da Gen Kopitiam

Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan.

Dibuka setiap hari | 8.00 pagi - 5.00 petang

2. Soto Istimewa di Coto Makassar Haji Alimuddin bin Indala

Terletak di Jalan Pryer dan hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari San Da Gen Kopitiam adalah Coto Makassar Haji Alimuddin bin Indala, gerai soto kecil yang terletak di Hap Shing Kedai Kopi.

Semangkuk soto yang hangat adalah pilihan yang popular untuk sarapan pagi dan makan tengahari di sini. Supnya yang pekat dan penuh rasa rempah ratus, ditambah pula potongan daging dan nasi impit yang banyak. Cuba pesan Soto Spesial dan anda akan dapat campuran semua daging yang mereka ada, termasuklah daging lembu, ayam dan carikan daging.

Coto Makassar Haji Alimuddin bin Indala (terletak di dalam Hap Shing Kedai Kopi)

Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan.

Dibuka setiap hari | 7.00 pagi - 7.00 malam

3. Teh Susu Cincau di Kedai Yap Syn Kee

Terkenal dalam membuat Leong Fun (cincau atau grass jelly) yang terbaik di bandar, Kedai Yap Syn Kee telah menjalankan perniagaan ini selama lebih dari 50 tahun dan masih beroperasi dalam kedai runcit kayu yang lama. Mereka menghidangkan cincau istimewa ini dengan dua cara: sirap dan ais parut, atau dengan susu yang sejat dan ais parut. Sejuk, manis dan berkrim, ia adalah penghilang haus yang sempurna pada hari yang panas.

Terletak di Jalan Cecily, kedai ini hanya 10-minit memandu dari pusat bandar. Kedai ini dibuka pada jam 12 tengah hari, jadi anda patut berada di sana lebih awal kerana selalunya teh susu cincau cepat habis di sini.

Kedai Yap Syn Kee

Jalan Cecily, 90000 Sandakan.

Dibuka setiap hari | 8.00 pagi - 5.00 petang

4. Minum Petang di English Tea House

Nikmati minum petang di English Tea House, rumah teh gaya Inggeris yang menawan, lengkap dengan beranda yang berangin dengan pemandangan taman yang rimbun. Terletak bersebelahan dengan Agnes Keith House, salah satu tarikan yang harus dikunjungi di Sandakan, anda boleh merehatkan kaki anda dan menikmati secawan teh selepas jalan-jalan.

Selain daripada set teh yang lazat, rumah teh menawarkan pemandangan indah bandar Sandakan dan teluk di sekitar. Sekiranya anda mencari makanan ringan, anda boleh memesan sconedan seteko teh. Scone yang hangat dan lembut cukup sempurna apabila dipadankan dengan jem krim dan strawberi.

English Tea House and Restaurant

2002, Jalan Istana, 90000 Sandakan.

Dibuka setiap hari | 10.00 pagi - 9.00 malam

____________________________________________________________________

Dah rancang jalan-jalan cari makan di Sandakan? Jom lihat tawaran hotel dan penerbangan kami pula di Traveloka.

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved