Siapa kata anda hanya boleh menikmati nasi kerabu di Kota Bharu? Bagi yang suka makan, anda tentunya mahu mencuba pelbagai makanan terutama sekali makanan tempatan. Dan jangan tak tahu, di Kota Bharu terdapat banyak kafe hipster yang baru menjadi hit di pantai timur. Lupakan sekejap laksam, nasi ulam dan hidangan pantai timur yang lain, dan lihat kafe Instagrammable ini!
Kredit: Bao Bao Cafe/Instagram
Cuba sesuatu yang baru apabila di Kota Bharu. Bao Bao Cafe menawarkan roti kukus, dim sum, dan makanan Thai. Kafe ini juga mempunyai boba ‘mesti cuba’ yang menyelerakan dalam menunya. Dan tentulah, sepertinya juga, bao atau roti adalah item popular di sini. Dibakar segar setiap hari, roti ini juga dikukus sehingga menjadi selembut bantal empuk. Kafe minimalis ini menampilkan sentuhan vintaj, menjadikan ia latarbelakang yang sesuai untuk gambar Instagram anda.
Mesti cuba: Roti kukus rendang ayam. Amat disyorkan!
Bao Bao Cafe
271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: 1.00 petang - 11.00 malam (Ditutup setiap Selasa)
Harga: $ - $$
Kredit: Tiny Elephant/Instagram
Untuk pencuci mulut, singgah di Tiny Elephant. Kafe ini juga menyediakan ais krim soft-serve terbaik di sini. Antara ais krim yang patut anda cuba termasuklah coklat “Callebaut”, hazelnut dan teh hijau. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati piza, popcorn ayam dan kentang goreng.
Mesti cuba: Wafel buttermilk yang dihiasi dengan ais krim berperisa kegemaran anda.
Tiny Elephant
1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: 12.30 tengah hari - 11.30 malam
Harga: $ - $$
Kredit: The Bold Lab/Instagram
Teringin nak minum kopi? Salah satu tempat terbaik untuk anda mencuba kopi istimewa di Kota Bharu adalah di The Bold Lab. Kafe unik ini bertemakan makmal, dan sebaik sahaja anda melangkah ke dalam kafe ini, dekorasi seperti termos, bikar, tabung uji dan peralatan makmal unik dapat dilihat.
Mesti cuba: Wafel yang disaluti dengan sos coklat dan hidangkan bersama ais krim vanila.
The Bold Lab
PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: 11.00 pagi - 11.00 malam
Harga: $ - $$
Kredit: Kopi Mesin/Instagram
Satu lagi kafe yang boleh dikunjungi oleh peminat kopi di Kota Bharu adalah Kopi Mesin. Kedai kopi kecil di Kubang Kerian ini mungkin nampak seperti kopitiam yang biasa, tapi menghidangkan kopi gred istimewa! Menu kopi di sini agak banyak, dan jangan risau jika anda tidak biasa dengan jenis-jenis kopi kerana kafe ini menyediakan menu bergambar. Kafe ini menggunakan kopi campuran dari Brazil, Papua New Guinea dan India. Adunan ini dipanggang dengan mahir hingga dipanggang sederhana untuk kopi rasa yang kompleks.
Mesti cuba: Eiskaffee (kopi ais Jerman) rasa yang kaya dan pahit, disertakan dengan ais krim vanila.
Kopi Mesin
Lot 572 Batu 3, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: 9.30 pagi - 12.00 malam
Harga: $ - $$
Kredit: Drum & Desk/Instagram
Tempat yang sempurna sama ada makan tengah hari atau malam, Drum & Desk adalah kafe chic yang menyediakan hidangan Barat dan ais parut. Antara hidangan terlaris yang berasaskan ais adalah tiramisu, mojito strawberi, dan banoffee. Sejuk dan manis, gabungan terbaik ini sangat sesuai dengan kehangatan di Kelantan! Jika anda bukan peminat ais parut, Drum & Desk juga menjual kek keju bakar dan lempeng soufflè.
Mesti cuba: Wafel ayam buttermilk adalah kombinasi manis, sitrus dan enak yang sempurna.
Drum & Desk
PT 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
Harga: $ - $$
Kredit: Ghibli Cafe/Instagram
Jika anda fikir kafe ini bertemakan anime Ghibli, maaf ya, kafe ini hanya meminjam nama francais besar ini sahaja. Tapi tak rugi untuk anda kunjungi kafe ini kerana ia adalah salah satu kafe mesti lawat bagi peminat kopi. Ghibli Cafe menawarkan kopi premium dari Guatemala, Colombia, Brazil dan Indonesia. Walaupun menu makanan di sini terhad, jangan risau kerana kualitinya sangat baik. Antara hidangan yang patut anda cuba seperti semangkuk mac and cheese dan bebola daging Sweden yang mungkin dapat menyaingi IKEA.
Mesti cuba: Ayam salted egg buttermilk dengan pasta dakwat sotong.
Ghibli Cafe
PT386 Seksyen, 12, Jalan Pengkalan Chepa, 15300 Kota Bharu
Waktu operasi: 11.00 pagi - 11.00 malam
Harga: $ - $$
Dah tak sabar nak rasa makanan-makanan tadi? Rancang perjalanan ke Kota Bharu! Tempah penerbangan dan hotel di Traveloka.
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali