Bersiar-siar sekitar Pulau Langkawi pasti akan buat anda berselera lebih-lebih lagi di tempat kegemaran makan kegemaran yang kami cadangkan ini. Aina dan Rhys juga beri thumbs-up!
(Langgan saluran YouTube Traveloka untuk tidak ketinggalan panduan percutian terbaru daripada kami!)
Dekat saja dengan Jalan Makam Mahsuri, rasai pengalaman makan bersebelahan sawah padi dengan Gunung Raya, gunung tertinggi di Langkawi. Di Pak Malau Nasi Dagang, anda boleh mencuba gulai ikan tongkol yang popular di sini. Tapi kalau anda tak suka makan ikan, kari ayam, rendang daging atau kurma daging kambing juga tersedia. Rahsia makanan sedap di sini? Tentulah teknik memasak yang lama di atas api sehingga daging empuk.
Dibuka setiap hari | 8.00 pagi - 2.00 petang | Ditutup pada Selasa
Kafe yang ceria dan berdekatan dengan Pantai Cenang ini akan bertukar menjadi tempat melepak ketika malam mula melabuh. Muzik live, makanan Barat, hammock yang selesa atau jakuzi juga ada di sini! Aina dan Rhys mencuba udang mentega dengan nasi goreng, pencuci mulut lempeng yang dihiasi coklat dan kacang badam kemudian dihidangkan dengan ais krim di tepi. Memang enak!
Dibuka setiap hari | 2.00 petang - 1.00 pagi | Ditutup pada Selasa
Nampak macam pedas je tu, Rhys?
Roti canai sebenarnya sesuai dengan semua rasa. Hampir apa saja boleh dimakan bersama roti canai. Tak kisahlah telur, keju, susu pekat, atau yang dicuba Aina dan Rhys... roti canai sos lada hitam. Rasa yang unik, dengan hirisan daging lembu, ayam atau kambing yang dibungkus dalam roti canai yang digoreng dengan telur dan kemudian dibanjiri dengan kuah sos lada hitam yang enak dan pedas. Roti canai ini boleh didapati di Jalan Kedawang dekat Kampung Temoyong. Cuba jangan tak cuba!
Dibuka setiap hari | 7.00 pagi - 3.00 petang
Terasa nak makan makanan laut gabungan Thai dan Melayu? Cuba makanan di Tanjung Tirai View Cafe, perniagaan keluarga yang menyajikan hidangan menggunakan resipi turun-temurun. Hidangan yang mesti cuba di restoran tepi pantai ini termasuklah ikan masak asam Jawa, sotong goreng dan kari ketam. Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana mereka membuat ikan masak Jawa yang begitu sedap ini, pastikan dengar cara-cara memasak yang diajar oleh chef dalam video ini!
Dibuka setiap hari | 5.00 petang - 12.00 pagi
Betul-betul di luar lapangan Terbang di Jalan Kuala Muda, terdapat trak makanan yang diparkir dekat dengan pantai, menyediakan sepinggan laksa Kedah dengan ikan seekor yang enak. Selain daripada itu, mereka juga menjual pasembur, rojak buah atau bihun utara, cendol yang sejuk, berlemak dan manis. Makanan yang murah sambil ditemani udara laut yang segar? Mestilah datang!
Dibuka setiap hari | 12.00 petang - 7.00 malam
Ais krim sedap sehingga buat Aina menyanyi.
Tidak disangkal lagi, Pantai Cenang adalah tempat tarikan paling popular untuk pelancong. Rasai ais krim yang segar, dengan stail Itali buatan sendiri. Dibuat daripada bahan-bahan semula jadi, premium, ais krim ini akan buat hari yang panas lebih ceria. 🍨
Dibuka setiap hari | 12.00 petang - 10.00 malam
Alami sisi moden dan artistik Langkawi di Arts Cafe di Jalan Pandak Mayah 5. Di sini, nikmati secawan kopi sambil dikelilingi oleh karya seni berwarna-warni. Sebelum ini, kafe ini adalah sebuah galeri seni, tetapi kemudian dibesarkan menjadi sebuah kafe dan galeri seni. Karya-karya di Arts Cafe dihasilkan oleh artis-artis tempatan.
Dibuka setiap hari | 9.00 pagi - 10.00 malam
______________________________________________________________________
Sejauh manakah anda mengenali Malaysia? Uji pengetahuan anda dan ketahui sisi lain negara ini dalam siri video Traveloka Travel Guide. Dalam setiap episod, kami akan menyenaraikan perkara yang boleh dilakukan dan dilawati di destinasi-destinasi popular di Malaysia.
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali