Sekarang ini makanan yang sedap tidak cukup untuk membawa pelanggan ke sesuatu kafe. Suasana dan dekorasi juga memainkan peranan yang penting - sama ada rekaan dalaman atau bagaimana makanan itu dihidangkan, semuanya tentang mengambil kisah semua aspek.
Untuk kafe yang menggunakan strategi ini dan menyuntik identiti mereka pada kafe mereka, ia berjaya memenangi hati para Instagrammer bukan sahaja di Kuala Lumpur tapi di merata tempat.
Jadi bagi anda yang suka lepak di kafe, sediakan hastag anda dan ini dia 9 kafe paling berbaloi di KL atau berdekatan untuk gambar-gambar Instagram anda.
Sumber: merchantslane / Instagram
Mahu berehat sebentar dari Petaling Street yang sarat dengan pelancong? Jadi kunjungi Merchant’s Lane, kafe nyaman yang tersembunyi di atas sebuah rumah kedai lama bersebelahan dengan bangunan Kolej Advance Tertiary.
Kalau anda berjalan menaiki tangga, anda akan mendapati rekaan dalaman yang ceria di kafe ini sementara kawasan tempat duduk di luar pula mempunyai ‘perasaan’ yang lebih vintaj dan asli. Inilah keistimewaan yang dikekalkan oleh pemilik kafe ini dalam usaha untuk memelihara struktur asal bangunan ini.
Pemandangan di ruang kafe ini cukup berbaloi untuk Instagram anda, namun, mural yang dilukis berbentuk bunga mendapat undian kami untuk latar belakang paling cantik.
Alamat:
No. 150, Jalan Petaling,
Kuala Lumpur
50000
Dibuka pada: Isnin - Selasa, 11.30 pagi - 10.00 malam; Khamis - Jumaat, 11.30 pagi - 10.00 petang; Sabtu - Ahad, 9.30 pagi - 10.00 malam; Rabu, TUTUP
Sumber: wildsheepchasecafe / Instagram
Jika anda peminat penulis Jepun popular Haruki Murakami dan cereka magisnya, kafe ini pasti mengingatkan anda kepada penulis ini - ia diinspirasikan daripada novel ketiga dengan nama yang sama. Bersih, dengan stail minimalis dan hiasan dalaman putih yang sederhana membolehkan anda (dan makanan anda) kelihatan lebih menonjol dalam gambar.
Kafe ini dikenali kerana menyediakan soufflés paling cantik dan sedap, jadi ia semestinya hidangan yang patut anda cuba apabila anda berada di KL. Resepi dari Taiwan yang digunakan mencipta satu pencuci mulut yang ringan dan cukup mempersona deria rasa anda, membuatkan orang kembali untuk merasainya lagi. Tapi pastikan anda cepat-cepat ambil gambar sebelum soufflés itu cair!
Alamat:
6-1, Desa Business Park
Jalan 1/109E
Off Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur
58100
Dibuka pada: Selesa - Rabu, 12.00 tengah hari - 8.00 malam; Khamis - Ahad, 12.00 tengah hari - 10.00 malam; Isnin, TUTUP
Sumber: vcrlovesyou / Instagram
Anda tahu apa itu VCR? Masih ingat? Jadi tentu anda akan sukakan kafe cool yang terletak Pudu, berdekatan Chinatown dan Bukit Bintang ini. Kalau dilihat dari luar, bangunan itu kelihatan seakan-akan sebentuk pita VHS.
Pilih tempat duduk di tingkat satu untuk menikmati kopi dengan pemandangan yang dikelilingi oleh kehijauan. Pencuci mulut mereka, termasuklah kek keju yang pelbagai patut anda makan perlahan-lahan untuk menikmati rasanya.
Alamat:
2, Jalan Galloway
Kuala Lumpur
50150
Dibuka pada: Isnin - Ahad, 8.30 pagi - 11.00 malam
Sumber: botanica.co / Instagram
Tersembunyi di Bangsar South, terdapat Botanica+Co. dengan hiasan dalaman yangpenuh dengan tumbuhan subur yang membuatkan anda merasai pengalaman seolah-olah anda menjamu selera dalam taman rahsia. Tingkap yang luas juga membolehkan cahaya semula jadi menyinari ruangan dalam kafe dan mencantikkan lagi suasana di Botani+Co.
Di sini, anda juga boleh menikmati taco kambing dan aglio olio udang pedas, tapi jika anda sukakan sesuatu yang lebih ‘ringan’, kunjungi Botanica Deli, outlet bersebelahan yang menyediakan sandwich gourmet dan juga sama cantik dengan kafe utamanya.
Alamat:
G5 Podium, The Verticals
Bangsar South City
No. 8, Jalan Kerinchi
Kuala Lumpur
59200
Dibuka pada: Isnin - Khamis, 11.30 pagi - 10.00 malam; Jumaat & cuti umum, 11.30 pagi - tengah malam; Sabtu, 9.30 pagi - tengah malam; Ahad & cuti umum, 9.30 pagi - 10.00 malam.
Sumber: loklcoffee / Instagram
Disebut dengan sebutan “local”, kafe yang yang dikenali ramai ini hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Masjid Jamek. Bersambung dengan Hostel BackHome melalui halaman yang selesa dan juga yang dikongsi, terletak di bahagian dalam. Anda boleh memilih untuk berbual-bual bersama tetamu hostel atau berehat di kawasan yang lebih di situ.
Dinding kafe tersebut dipenuhi dengan seni pop yang terang dan berwarna-warni yang mempunyai pengaruh jiwa anak Malaysia. Menu makanannya pula menawarkan gabungan fushion makanan Barat dan tempatan (seperti Hainanese Meatloaf dan Buttermilk Chicken Chop). Menu-menu ini juga kerap berubah dan lazat juga!
Alamat:
30, Jalan Tun H.S. Lee
Kuala Lumpur
50000
Dibuka pada: Isnin – Ahad, 8.00 pagi – 5.30 malam
Sumber: kakigori.my / Instagram
Kafe ini menyediakan manisan yang pelbagai terutama sekali ais parut dengan sirap manis dan hiasan enak yang pelbagai. Menggunakan resepi dari ais parut dari Jepun, Kakigōri mengubah manisan mereka menjadi karya seni dengan hiasan dan penambah perasa pelbagai, bermula dari puri sehinggalah espumas (hiasan buih berkrim).
Anda mungkin akan mendapati cara untuk menikmati ais parut agak mencabar kerana ia begitu tinggi, tapi ia cabaran yang begitu mengasyikan. Kafe ini terletak di luar KL di kawasan perumahan sunyi di Taman Paramount, kafe yang menarik ini seperti sebuah daerah kecil yang lain daripada kalangan butik-butik bergaya dan kedai-kedai makan hipster.
Alamat:
25, Jalan 20/13, Taman Paramount
46300 Petaling Jaya
Selangor
Dibuka pada: Selasa - Jumaat, 2.00 petang - 11.00 malam; Sabtu - Ahad, 1.00 petang - 11.00 petang; Isnin, TUTUP
Sumber: breakfastthieveskl / Instagram
Selepas menempa nama di kawasan pinggir bandar hip Fitzroy di Melbourne, Australia, Breakfast Thieves telahpun membuka cawangannya di KL, dengan membawa makanan lewat pagi yang mewah dan kopi yang membangkitkan aroma.
Kafe ini menggunakan rekaan kaca yang indah dan struktur kayu di APW, yang sebelum ini ialah sebuah kilang pencetakan komersial yang sudah berdekad usianya. Pelanggan boleh memilih menu moden Australia dengan sentuhan Asia, seperti Uncle Foo’s Fiery Crab Burger.
Alamat:
Lot M, 29-5 Jalan Riong, Bangsar
Kuala Lumpur
59100
Dibuka pada: Selasa - Ahad, 9.00 pagi - 5.00 petang; Isnin, TUTUP
Sumber: rimbarusa / Instagram
Seolah-olah tempat yang boleh anda lihat di dalam sebuah buku cerita, Rimba & Rusa ialah kafe unik yang patut anda kunjungi. Bangunan kafe ini terdiri daripada dua tingkat, dengan siling tinggi dan warna rona pastel dengan sentuhan cahaya semula jadi yang masuk melalui tingkapnya yang luas, memberikan rasa yang nyaman dan lapang.
Menunya dihasilkan oleh pemilik Wondermilk, memberikan lebih rasa makanan fusion Barat-Asia yang anda boleh dapati di Wondermilk.
Tip pantas: Jika anda ingin makan dalam keadaan yang tenteram, pastikan anda memilih untuk duduk di tingkat bawah, kerana kawasan permainan kanak-kanak terletak di tingkat dua.
Alamat:
D-GF-01, Sunway Nexis
47810 Kota Damansara
Selangor
Dibuka pada: Isnin - Khamis, 12.00 tengah hari - 10.00 malam; Sabtu - Ahad, 10.00 pagi - 10.00 malam; Jumaat, DITUTUP
Sumber: dr.incbangsar / Instagram
Menggabungkan estetika retro dan makanan serta minuman yang enak, DR.Inc (disebut sebagai “minuman”) telah dilahirkan. Terletak di kawasan deretan kedai yang sunyi, kafe ini menawarkan pemanis mulut sehinggalah ke makanan utama.
Pelbagai jenis kopi yang ditawarkan juga menarik, tapi anda patut cuba Presso Bomb (espresso yang dicampur dengan gelas besar ais krim soda tempatan) atau Che Guevara (espresso yang dihidangkan dengan lemon dan gula perang) untuk mendapatkan pengalaman kafein yang unik.
Kafe ini terletak di atas Nala Designs, butik pereka yang mencipta apa sahaja dari barang kemas sehinggalah alat tulis, mengambil inspirasi daripada kepelbagaian budaya dan sejarah di Malaysia.
Untuk pergi ke kafe ini juga mudah, hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen LRT Bangsar.
Alamat:
8, Jalan Kemuja, Bangsar
Kuala Lumpur
59000
Dibuka pada: Isnin, 9.00 pagi - 7.00 malam; Selesa - Ahad, 9.00 pagi - 10.00 malam
Diterjemahkan oleh: Lina Khazali