Hari Raya Aidilfitri memang sinonim dengan ziarah-menziarahi dan jamuan makan yang meriah. Tapi kalau tahun ni anda nak buat sesuatu yang lebih santai, teratur, dan memudahkan tetamu, apa kata cuba konsep jamuan gaya buffet? Bukan saja nampak lebih moden dan kemas, tapi tetamu pun boleh ambil makanan ikut citarasa dan portion masing-masing. Nak makan sikit dulu boleh, nak tambah berkali-kali pun tak segan!
Berikut adalah beberapa ide menu Hari Raya yang sesuai dihidangkan dalam gaya buffet, lengkap dengan pilihan menu utama, sampingan, pencuci mulut dan juga minuman. Confirm semua tetamu – dari makcik ke anak-anak kecil – akan puas hati!
Wajib ada di setiap jamuan raya! Potong nasi impit dalam saiz kecil yang mudah dicapai. Sediakan kuah kacang dalam periuk atau warmer buffet supaya sentiasa panas dan pekat.
Tak kira rendang ayam atau daging, dua-duanya boleh dibuat dalam kuantiti banyak dan diletakkan dalam dulang pemanas. Letakkan lemang yang telah dipotong dalam dulang besar supaya mudah dicapai tetamu.
Untuk tetamu yang inginkan nasi berat, sediakan nasi minyak atau nasi tomato bersama lauk seperti ayam masak merah, daging kurma atau acar rampai.
Ini menu yang makin popular untuk buffet raya, sebab ia lengkap dengan sayur, kuah dan lauk. Letak kuah lodeh dalam periuk berpenutup supaya kekal hangat, dan sediakan sambal dan serunding sebagai penambah rasa.
Sup berempah dengan bihun atau nasi impit, lengkap dengan ayam suwir, begedil, daun sup dan sambal kicap. Wangi dan mengenyangkan!
Mee kuning atau bihun, disiram dengan kuah kari santan pekat. Hidangkan bersama telur rebus, tauhu dan sambal.
Untuk yang nak kelainan, nasi Arab dengan rempah Timur Tengah. Lauk boleh buat ayam panggang berempah atau kambing berjus. Confirm viral!
Kalau nak impak wow – sediakan kambing golek! Potong terus waktu tetamu datang. Juicy, smoky dan jadi tumpuan buffet.
Menu Barat pun boleh diselit! Sesuai untuk kanak-kanak atau tetamu muda. Letak keju parmesan parut sebagai topping.
Ayam percik bakar bersalut kuah pekat, digandingkan dengan nasi warna-warni. Aromatik dan nampak meriah di meja buffet.
Letak sate di dalam tray besar dengan pencucuk siap disusun. Sediakan kuah kacang dalam mangkuk buffet dan jangan lupa timun serta bawang sebagai peneman.
Sediakan dalam kuantiti banyak dalam dulang terbuka. Mudah untuk tetamu makan sambil bersembang.
Roti jala boleh disusun lapis demi lapis, dan kuah kari disediakan dalam mangkuk buffet tahan panas. Sedap, klasik dan ramai suka!
Untuk yang nak menu ringkas tapi mengenyangkan. Sediakan dalam dulang besar dan letak penutup agar kekal hangat.
Susun kuih raya dalam tier stand atau balang-balang kecil supaya nampak teratur dan memudahkan tetamu mengambilnya.
Sejuk, manis dan menyegarkan, sesuai sangat untuk pencuci mulut selepas makan berat. Hidang dalam cawan kecil atau dulang besar yang dipotong dadu.
Selain menyegarkan, buah potong juga membantu ‘balance’ rasa selepas makan rendang dan kari. Susun cantik-cantik ikut warna biar naik selera.
Letak dalam bekas air besar dengan dispenser – mudah untuk tetamu tuang sendiri dan refill.
Kalau nak sediakan minuman panas, guna termos besar. Teh tarik boleh jadi ‘highlight’ kalau buat secara live!
Bagi yang lebih moden dan nak sesuatu yang sihat, sediakan air lemon atau timun dalam jag kaca – nampak mewah dan menyegarkan.
Konsep buffet sempena Hari Raya bukan sahaja memudahkan tuan rumah, tapi turut beri pengalaman yang lebih santai dan menyeronokkan kepada tetamu. Dengan susunan makanan yang strategik dan menu yang pelbagai, rumah terbuka anda pasti akan jadi tumpuan dan dikenang ramai!
Lepas kenyang makan di rumah, apa kata bawa keluarga jalan-jalan sempena Syawal? Gunakan Traveloka untuk cari hotel best, tempat menarik dan pakej percutian dalam Malaysia — semua di hujung jari. Raya tahun ni, kita makan puas hati, bercuti pun penuh memori!
Lepas kenyang menikmati juadah raya dalam suasana buffet yang meriah, apa kata sambung kegembiraan Syawal dengan bercuti keliling Malaysia?
Tak perlu pergi jauh pun, dalam negara kita ada banyak tempat menarik untuk diterokai — dari pantai yang memukau di Terengganu, suasana sejuk di Cameron Highlands, sampai ke bandar moden seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Lagi senang, guna saja Traveloka untuk tempah hotel, tiket penerbangan, taman tema, atau aktiviti keluarga — semua boleh dibuat dalam satu app! Raya ni, jom cipta kenangan indah bukan saja di meja makan, tapi juga melalui pengalaman percutian bersama yang tak terlupakan.
Mon, 14 Jul 2025
AirAsia Indonesia
Surabaya (SUB) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 278.12
Mon, 14 Jul 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Kota Kinabalu (BKI) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 135.19
Thu, 10 Jul 2025
AirAsia Berhad (Malaysia)
Jakarta (CGK) to Kuala Lumpur (KUL)
Harga bermula dari RM 217.37