0

Traveloka MY

17 Apr 2020 - 9 min read

25 resipi mudah dan lazat menggunakan sardin tin untuk dicuba Ramadan ini

Tanpa kemeriahan bazram, solat terawih berjemaah, dan majlis iftar bersama, Ramadan tahun ini sudah tentu jauh lebih berbeza. Harap tabah ya, kawan-kawan?

via GIPHY

Sebelum anda buntu memikirkan juadah berbuka yang seterusnya, biar kami beritahu satu tip memasak yang paling menjimatkan masa, tenaga dan kos…

Tadaa! ✨

Mudah dan murah — sardin tin adalah bahan penyelamat anda yang paling versatile di dapur. Apabila kesuntukan masa atau hanya ingin kenyang, masakan sardin sangatlah ringkas untuk disediakan buat menu bersahur dan berbuka puasa.

Dalam artikel ini, kami telah kumpulkan 25 jenis resipi sardin yang menarik untuk anda. Baik bujang ataupun berkeluarga, pasti ada yang kena dengan selera. Selamat mencuba! 😄

Roti dan snek

1. Roti john sardin

Kredit: Submerryn

Anda masih boleh menikmati hidangan yang sinonim pada bulan ini walaupun tak dapat ke bazar. Malah, ia lebih bermakna dengan hasil air tangan anda sendiri.

Lihat resepi penuh di sini.

2. Roti sardin gulung (Sardine roll)

Kredit: Rasa.my

Daripada beli di kedai, masak sendiri lebih jimat. Selepas menyiapkan doh roti sardin gulung ini, boleh simpan dalam freezer dan masak bila-bila masa.

Lihat resipi penuh di sini.

3. Roti sardin cheese

Bukan sekadar lazat, tetapi menu ini juga cantik dan menarik untuk dikongsikan di social media. Boleh cuba untuk waktu berbuka bersama keluarga.

Lihat resepi penuh di sini.

4. Roti jala sardin

Jika anda mempunyai lebih masa untuk memasak, hidangan pembuka selera ini pasti tidak mengecewakan.

Lihat resepi penuh di sini.

5. Sandwic sardin

Kredit: Oh Bulan

Sarapan yang biasa dibekalkan ke sekolah ini memang mudah dibuat. Tapi, bagaimana untuk menjadikannya juicy dan betul-betul sedap?

Lihat resepi penuh di sini.

6. Karipap sardin

Kredit: Saji

Rasa hampa bila beli karipap, tapi yang dapat hanyalah inti angin... Masak sendiri lagi memuaskan.

Lihat resepi penuh di sini.

7. Popiah sardin ala Vietnam (Vietnamese sardine roll)

Berikan sedikit twist kepada menu popiah yang biasa. Vietnamese roll yang disumbat dengan sardin ini sesuai sebagai snek diet.

Lihat resepi penuh di sini.

8. Sardin rangup dengan mayonis

Ikan sardin goreng yang disalut adunan tepung gandum, telur dan serbuk roti. Boleh dinikmati bersama sos lain sekiranya kurang gemar mayonis.

Lihat resepi penuh di sini.

Lauk dan hidangan pelengkap

9. Telur bungkus sardin

Kredit: Rasa.my

Untuk anda yang bujang dan tak cerewet bab makanan, makan telur bungkus sardin dengan nasi putih saja pun dah mencukupi.

Lihat resepi penuh di sini.

10. Telur sardin sambal berlada

Kalau nak extra sikit daripada telur bungkus tadi, boleh cuba resipi telur sardin sambal berlada ini dengan tambahan pes sos tiram dan pes cili.

Lihat resepi penuh di sini.

11. Sambal tumis sardin

Salah satu sambal berlauk yang mudah dimasak. Tambah perisa kepada hidangan sardin anda dengan halia dan air asam jawa ataupun asam keping.

Lihat resipi penuh di sini.

12. Sambal sardin kering

Alternatif untuk anda yang sukakan sambal kering. Boleh kurangkan sos tomato dalam sardin tin dan cuba hidangan ini.

Lihat resepi penuh di sini.

13. Sardin masak kicap

Kredit: Azie Kitchen

Hidangan yang kurang pedas dan sesuai buat menu bersahur bersama seisi keluarga. Gunakan bawang, kicap, kentang dan halia sebagai tambahan.

Lihat resepi penuh di sini.

14. Sardin masak paprik

Kredit: Resepi.my

Lauk paprik sentiasa menjadi masakan kegemaran ramai. Nikmatinya bersama nasi dan telur dadar.

Lihat resepi penuh di sini.

15. Sardin masak lemak cili api

Kredit: Azie Kitchen

Ya, sardin memang versatile! Tips: Hanya guna ikan tanpa kuahnya untuk rasa lemak yang umph!

Lihat resepi penuh di sini.

16. Asam pedas ikan sardin

Kredit: mStar

Tak ada stok ikan pari, asam pedas ikan sardin pun jadilah. Asalkan dapat merasa lauk kampung kegemaran anda.

Lihat resepi penuh di sini.

17. Sardin kuah percik

Kredit: Rasa.my

Wah! Yang ini memang lain sikit daripada yang lain. Untuk menyediakan hidangan ini, bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang.

Lihat resepi penuh di sini.

18. Tomyam sardin

Mungkin anda tak pernah terfikir wujudnya menu tomyam ikan sardin, tetapi ia pernah dibuat orang tau. Cubalah sendiri kalau anda ingin tahu rasanya.

Lihat resepi penuh di sini.

19. Donburi sardin

Hidangan ala Jepun ini sangat simple untuk disediakan. Anda hanya memerlukan daun pandan, santan dan minyak zaitun sebagai bahan tambahan.

Lihat resepi penuh di sini.

20. Kari ikan sardin

Kredit: Rasa.my

Rindu bersahur di restoran mamak? Kembalikan memori di rumah dengan hidangan kari ikan sardin yang sesuai dimakan bersama roti canai. Yums! 😋

Lihat resepi penuh di sini.

21. Kari sardin stail mamak

Kredit: Sari Yusa

Ataupun, masak kari sardin stail mamak yang lebih pekat dan kaw seperti ini. Boleh cicah dengan roti ataupun makan dengan nasi.

Lihat resepi penuh di sini.

Lain-lain masakan sardin

22. Sardin kacang panggang

Menu yang pernah dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah di Instagram baginda ini nampak sangat menyelerakan untuk bersahur. Tak sabar nak mencubanya nanti.

Lihat resepi penuh di sini.

23. Nasi goreng sardin

Nasi goreng ‘campak-campak’ memang mudah. Sekiranya kesuntukan masa untuk nyahbeku bahan-bahan frozen, apa lagi, masukkan saja sardin tin!

Lihat resepi penuh di sini.

24. Spaghetti sardin

Jika dah bosan dengan pasta ala Barat, boleh cuba menyediakan pasta fusion seperti ini pula. 15 minit saja nak masak.

Lihat resepi penuh di sini.

25. Laksa sardin

Kredit: Malina Lina

Tak perlu bersusah-payah membuang tulang ikan untuk memasak laksa. Guna ikan sardin dalam tin je senang! Kalau ada masa, boleh cuba resipi ini untuk berbuka puasa.

Lihat resepi penuh di sini.

👩🏻‍🍳Tip memasak: Air asam jawa atau perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan sardin.

Selamat menyambut bulan Ramadan daripada kami di Traveloka. 💙Pastikan anda #DudukRumah dengan selamat sebelum kita boleh kembali mengembara!

Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved