7 penginapan yang sesuai untuk ulat buku

Traveloka MY
12 Jul 2018 - Bacaan 6 minit

Jika anda suka bau buku lama atau ada berlonggok buku-buku yang dilabel sebagai “Akan Dibaca Nanti”, hotel-hotel ini memang untuk anda:

Book And Bed, Tokyo

Kredit: Book And Bed Tokyo / Facebook

Kota metropolis Tokyo sememangnya tempat yang menakjubkan untuk dijelajah, tapi kalau anda nak masa yang sunyi dan aman buat seketika dalam bandar ini, Book and Bed mengalu-ngalukan kedatangan anda.

Kredit: Book And Bed Tokyo / Facebook

Hotel ini terletak di kawasan sibuk Ikebukuro, yang dikenali sebagai hab beli-belah dan hiburan.

Kredit: Book And Bed Tokyo / Facebook

Tetamu dapat tidur diantara rak-rak buku, yang mana menempatkan ruang kecil bersama tilam untuk anda membaca menikmati malam-malam ditemani buku yang menarik. Jika anda singgah ke Kyoto, di sana juga ada Book And Bed yang menyediakan pelbagai buku dan komik. Sambil-sambil tu anda bolehlah menjelajah pusat budaya di Jepun itu!

The Library Hotel, New York

Kredit: The Library Hotel / Facebook

The Library Hotel yang terletak di The Big Apple, merupakan hotel pertama yang menawarkan 6,000 buku kepada tetamunya. Buku-buku ini juga disusun oleh Sistem Dewey Decimal - sistem yang digunakan secara meluas oleh banyak perpustakaan di dunia.

Kredit: The Library Hotel / Facebook

Memiliki 60 bilik yang selesa di lebih 10 tingkat, setiap tingkat didedikasikan mengikut kategori tertentu contohnya sejarah, falsafah, matematik dan sains. Ciri-ciri yang unik dengan setiap bilik dipenuhi koleksi buku dan seni membuatkan tetamu ingin mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan di sini.

Kredit: The Library Hotel / Facebook

Sepanjang penginapan anda, anda boleh menikmati sarapan kontinental New York atau menikmati minum petang semasa anda membaca.

The Alcove Library Hotel, Ho Chi Minh City

Kredit: The Alcove Library Hotel / Facebook

The Alcove Library Hotel adalah hotel butik indah yang direka untuk menerupai setiap perpustakaan impian setiap ulat buku. Hiasan dalamannya yang mendapat inspirasi dari seni bina kolonial, ditambah pula dengan dinding yang putih dan selesa adalah seperti penginapan yang menjadi idaman.

Kredit: The Alcove Library Hotel / Facebook

Terletak di sepanjang jalan Nguyen Dinh Chinh, tetamu boleh memenuhi masa terluang dengan melihat-lihat perpustakaan yang luas ini. Singgah sebentar di Bookmark, restoran hotel ini yang menyediakan pemandangan luas sekitar bahagian barat Bandar Ho Chi Minh.

Kredit: The Alcove Library Hotel / Facebook

Hotel Not Hotel, Amsterdam

Kredit: Hotel Not Hotel / Facebook

Hotel Not Hotel adalah hotel menakjubkan yang lebih indah daripada rupanya. Setiap bilik ada kisah unik untuk diceritakan, memberikan kelainan pada pengalaman anda menginap dan membaca di sini.

Kredit: Hotel Not Hotel / Facebook

Menginap di hotel ini memberikan perasaan seperti anda adalah sebahagian pameran seni. Tapi, kalau-kalau anda perlu berehat tanpa gangguan, bilik-bilik Rak Buku Rahsia ini disembunyikan dengan bijak dibelakang rak-rak buku di hotel ini.

Kredit: Hotel Not Hotel / Facebook

The Library, Koh Samui

Kredit: The Library / Facebook

Hei, syurga tropik seperti Koh Samui pun tak lengkap tanpa buku - dan di The Library segalanya ada. Terletak di Pantai Chaweng yang berangin, apa yang anda perlukan hanyalah buku yang membawa anda ke alam lain dan pemandangan pantai.

Kredit: The Library / Facebook

Lengkap dengan 46 studio moden, suite dan vila-vila kolam sepanjang seluruh kawasan resort yang luas ini, mudah untuk tetamu mencari tempat bacaan yang sempurna.

Kredit: The Library / Facebook

Resort ini mempunyai lebih 1,400koleksi buku dan pelbagai filem serta CD muzik dengan genre berbeza untuk tetamunya nikmati. Dengan rekaan dalaman yang minimalis, digabungkan pula dengan hiasan luaran Kolam Merah yang lebih berani dan menyerlah, percutian di resort ini pasti menarik hati.

Pengalaman membaca anda tak akan sama ketika anda berada di The Library

The Betsy Hotel, Miami

Kredit: The Betsy Hotel / Facebook

The Betsy Hotel adalah hotel tepi pantai yang indah dan terletak di Ocean Drive. Dicipta dan direka dengan gabungan Georgian anda Art Deoc, estetikanya cukup untuk memberi inspirasi kepada pelbagai cerita.

Kredit: The Betsy Hotel / Facebook

Setiap bilik mempunyai perpustakaan kecil yang boleh anda lihat dan terokai.

Kredit: The Betsy Hotel / Facebook

Di samping mengadakan acara seni dan kebudayaan secara kerap, The Betsy Hotel juga menawarkan residensi artis kepada penulis - Bilik Penulisnya adalah tempat khas yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan perpustakaan yang lengkap.

Wanderlust Hotel, Singapura

Kredit: Wanderlust Hotel / Facebook

Direka untuk pengembara yang sukakan cabaran, Wanderlust Hotel kelihatan seperti taman permainan. Terletak di antara kesibukan Little India, hotel dengan 29 bilik mengikut tema berwarna-warni ini mengundang tetamu untuk berehat dan bermain.

Kredit: Wanderlust Hotel / Facebook

Jika anda seorang penulis atau suka menulis, jadi loft dengan tema Typewriter ini khas untuk anda. Di dalam, terdapat mesin taip lama besar yang diubah menjadi sofa.

Kredit: Wanderlust Hotel / Facebook

Tapi bilik-bilik unik dan epik lain di hotel ini pun tak kurang hebatnya. Ada yang mempunyai roket dalam bilik, rumah pokok dan bermacam lagi tema kreatif yang sesuai untuk menjana kreativiti anda.

Cari bilik yang sesuai untuk anda di Wanderlust Hotel

____________________________________________________________________

Bebaskan diri anda dan nikmati waktu yang indah di hotel-hotel ini - tempah sekarang di Traveloka!

Diterjemahkan oleh: Lina Khazali

Hotel
Tiket Penerbangan
Things to Do
Sentiasa Ketahui Maklumat Terkini
Langgani surat berita kami untuk lebih banyak cadangan perjalanan & gaya hidup serta promosi yang menarik.
Langgan

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved