Aktiviti Cuti Sekolah - Cuti sekolah adalah merupakan waktu yang paling dinantikan terutamanya oleh para pelajar dan ibu bapa. Inilah waktunya untuk bergembira sambil mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dengan meluangkan masa bersama-sama. Merangka aktiviti untuk memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan sebaiknya adakalanya memakan waktu yang lama sehinggakan akhirnya tidak dapat terlaksana.
Bertenang. Untuk pengetahuan anda, Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk dilakukan semasa cuti sekolah. Selain daripada sesuai dijadikan sebagai lokasi percutian untuk bersantai dan membeli-belah, kota metropolitan ini juga memberikan peluang anak-anak anda untuk bercuti sambil belajar sesuatu yang baru. Dan yang paling utama, tetap merasakan keseronokannya!
Oleh itu, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa idea aktiviti menarik yang boleh dilakukan di KL, termasuk tempat yang boleh dilawati dan aktiviti yang boleh ditempah melalui Traveloka untuk memudahkan perancangan anda sekeluarga.
Tunggu apa lagi, jom teruskan membaca.
Terkenal dengan kepesatan pembangunan dan daya tarikan bandar yang mengagumkan, Kuala Lumpur atau dikenali dengan nama singkatnya, KL, adalah merupakan pilihan destinasi ramai pengunjung.
Sememangnya membuat keputusan untuk membawa anak-anak bercuti ke Kuala Lumpur adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh rujuk beberapa idea aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah di KL seperti yang telah disenaraikan dibawah.
Menara Kuala Lumpur atau, Menara KL adalah merupakan salah satu tarikan utama di bandaraya Kuala Lumpur. Ia menawarkan pemandangan yang sangat menakjubkan daripada tingkat atasnya. Menara ini merupakan Menara Telekomunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga merupakan menara ke-7 tertinggi di dunia!
Tujuan pembinaan menara ini adalah untuk meningkatkan kualiti transmisi telekomunikasi dan penyiaran. Namun, ia juga dibuka untuk aktiviti pelancongan, perhotelan dan juga perniagaan. Dengan mengunjungi menara ini, anda berpeluang untuk merasai pelbagai pengalaman menarik bersama anak-anak.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di menara ini ialah, melihat suasana bandar Kuala Lumpur melalui dek pemerhatian (Observation Deck), berjalan di Sky Deck sambil melihat pemandangan kota raya Kuala Lumpur dan menghirup udara segar di luar tanpa sebarang penghalang, melawat Blue Coral Aquarium dan juga Mini Zoo. Selain itu, anda juga boleh singgah menjamu selera di restoran berputar, Atmosphere 360°.
Untuk merasai pengalaman berlumba secara simulasi, anda boleh kunjungi Zon Simulasi F1. Bangkitkan lagi keterujaan anak-anak anda dengan membawa mereka mengembara ke Teater XD. Di teater ini, anda akan berpeluang merasai pengembaraan secara simulasi 6D!
Sebelum balik, jangan lupa singgah bergambar di Sky Box. Di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan pemandangan bandar Kuala Lumpur. Anda boleh juga bersiar-siar di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur melalui pintu masuk Menara KL ini untuk memberi peluang anak-anak anda berinteraksi dengan alam pula setelah seharian berada di dalam bangunan menara.
Untuk merasai semua keseronokan tersebut, anda boleh beli tiket masuk melalui aplikasi ataupun laman web Traveloka. Harga tiket bermula daripada RM25 sehingga RM99 dan keatas tergantung pada jenis tiket dan pakej yang anda dipilih.
Aquaria KLCC Tickets - Direct Entry
8.5/10
Masuk dengan segera dengan mengimbas e-baucar Traveloka anda
RM 52
RM 45
Aquaria KLCC adalah merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih 5,000 spesies haiwan laut. Terdapat pelbagai spesies haiwan laut yang cukup unik dan menakjubkan ada disini seperti ikan paus, jerung, obor-obor, ikan nemo, ketam, piranha dan sebagainya.
Ia menawarkan 8 zon aqua yang menakjubkan dengan pelbagai haiwan laut dan amfibia. Antaranya ialah laluan terowong bawah air yang lutsinar sepanjang 90 meter. Dengan melalui terowong aquarium ini, anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan marin secara dekat. Jangan lupa abadikan kenangan anda bersama keluarga berlatarbelakangkan kehidupan laut di terowong ini tau!
Aquaria KLCC ini terletak di bangunan KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre), di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Untuk ke sini, anda boleh menaiki Rapid KL dan turun di stesen KLCC. Mudahkan?
Untuk masuk, pengunjung boleh membeli tiket sama ada di kaunter tiket ataupun dalam talian. Sekiranya anda membeli tiket dalam talian, anda akan mendapat pengesahan tempahan beserta tarikh dan masa yang anda inginkan.
Kami mengesyorkan anda menempah tiket melalui aplikasi ataupun laman web Traveloka untuk memudahkan anda. Selain itu, beberapa tawaran dan diskaun hebat untuk tiket masuk hanya boleh didapati dalam talian. Biasanya, tiket yang ditawarkan bermula daripada RM42 ke atas.
Jalan Petaling atau juga dikenali sebagai Petaling Street ini terletak lebih kurang hanya 13 minit perjalanan dari Aquaria KLCC. Anda boleh bawa anak-anak menyusuri Jalan Petaling ini untuk melihat kehidupan penduduk tempatan serta merasai suasana jual beli yang unik.
Jalan Petaling adalah merupakan salah satu lokasi yang popular untuk membeli-belah dan mencuba makanan jalanan yang terkenal di KL. Terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, barangan elektronik dan aksesori. Anda boleh menikmati aktiviti ini tanpa perlu bayaran tambahan.
Anda boleh dapatkan pelbagai jenis barangan dan juga makanan dengan harga yang sangat berpatutan disini. Jangan lupa gunakan kemahiran tawar menawar anda disini untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Disebabkan kawasan ini selalunya sesak, pastikan anda menjaga barang peribadi seperti dompet anda sebaiknya.
Untuk memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan mempelajari sejarah Malaysia, anda boleh bawa anak-anak untuk melawat Muzium Negara. Ia adalah merupakan sebuah muzium kebudayaan yang mempamerkan kekayaan sejarah, budaya dan tradisi negara melalui koleksi artifak, pameran dan galerinya.
Terdapat beberapa koleksi berharga yang terdapat di muzium ini, antaranya ialah artifak purba seperti senjata, barang kemas dan tembikar, serta pakaian tradisional dan tekstil. Selain itu, di muzium ini juga terdapat pameran mengenai gerakan kemerdekaan Malaysia, kepelbagaian kumpulan etnik yang ada di negara ini dan juga kesenian Islam. Memang sesuai sangat untuk bawa anak-anak ke sini bagi menambah ilmu pengetahuan bagi memenuhi aktiviti cuti sekolah.
Muzium ini mempunyai empat galeri utamadengan artifak yang mengagumkan dan penjelasan bertulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris yang merangkumi sejarah purba, kerajaan Melayu, zaman kolonial dan zaman moden. Terdapat sesi lawatan dalam Bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan juga Korean pada hari dan waktu tertentu khusus untuk pelancong daripada luar negara.
Harga tiket masuk biasanya bermula daripada RM2 untuk warganegara Malaysia dan RM5 untuk pelancong asing. Anda boleh dapatkan tiket masuk ke Muzium Negara dengan mudah melalui tempahan di aplikasi ataupun laman web Traveloka.
Taman Botani Perdana terletak di pusat bandar KL dan menawarkan suasana yang tenang dan damai dari kesibukan bandar. Ia terletak tidak jauh dari kawasan Masjid Jamek dan Masjid Negara. Untuk pengetahuan anda, taman ini telah wujud sejak tahun 1888 lagi!
Taman ini dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan yang menghijau serta pokok-pokok yang meredupkan lagi suasana di taman ini. Selain itu, terdapat trek khusus untuk berjogging,, Bamboo Playhouse, Panggung Anniversari, gelanggang permainan dan juga kawasan main kanak-kanak disediakan di sini. Bukan itu sahaja, terdapat juga ada Taman Rusa yang disediakan untuk lawatan secara percuma.
Sekiranya anda malas atau penat nak berjalan kaki, terdapat perkhidmatan trem disediakan untuk semua peringkat umur dengan bayaran yang sangat minima dan murah. Anda boleh bawa anak-anak untuk aktiviti riadah bersama di sini sebagai salah satu aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat. Apa yang menariknya lagi, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan Taman Botani Perdana ini.
Istana Negara adalah merupakan tempat kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Namun, ia tidak lagi menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia sejak 15 November 2011 yang lalu berikutan siapnya kompleks istana baharu di Jalan Duta. Kini, ia telah ditukar kepada muzium dan dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Anda boleh membawa anak-anak untuk menyaksikan keindahan landskap dan senibina Istana Negara ini di samping mempelajari perkara baru mengenai kehidupan raja-raja yang serba mewah dan gah. Selain itu, di dalam kawasan istana ini juga terdapat banyak spot menarik untuk anda ambil gambar kenangan bersama sambil menelusuri sejarah dan kebudayaan negara Malaysia.
Group Tour: Half-Day Kuala Lumpur City Exploration Tour
10/10
Make a pit stop at the Petronas Twin Towers for a beautiful selfie
RM 74
Untuk tiket masuk, anda boleh dapatkannya dengan harga bermula RM5 melalui aplikasi ataupun laman web Traveloka. Atau, anda juga boleh tempah pakej lawatan di sekitar Kuala Lumpur yang turut memasukkan Istana Negara sebagai salah satu lokasi lawatan.
Source: Facebook SkyTrex Adventure
Skytrex Adventure Sungai Congkak Tickets
7/10
Visit Skytrex Adventure Sungai Congkak and enjoy numerous exciting outdoor activities
RM 70
SkyTrex Adventure adalah taman tema semula jadi yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk kanak kanak yang menyeronokkan terutamanya sekiranya anak anda gemar aktiviti yang lasak dan mencabar. Taman tema semula jadi ini hanya terletak lebih kurang 45 minit dari pusat bandar KL.
Taman tema ini menyediakan pelbagai aktiviti berasaskan alam semula jadi yang mematuhi piawaian dan amalan keselamatan antarabangsa. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak anda yang beraktiviti di sini. Selain itu, terdapat beberapa kategori permainan yang disediakan mengikut kesesuaian umur dan tahap tertentu.
Untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, mereka boleh bermain di litar peringkat pemula. Hal ini kerana ia mempunyai trek binaan yang lebih rendah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak serta seorang jurulatih akan sentiasa mendampingi untuk keselamatan mereka. Aktiviti di peringkat pemula ini membantu anak anda untuk mempertajamkan koordinasi mata dan tangan mereka sambil belajar mengenai biodiversiti.
Untuk anak-anak yang lebih besar, mereka boleh bermain di tahap yang seterusnya. Ibu bapa juga boleh turut serta beraktiviti bersama anak-anak di taman ini. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan yang membolehkan anda terbang, meluncur, berayun atau menjuntai di dalam hutan.
Anda boleh dapatkan tiket masuk ke SkyTrex Adventure ini melalui laman web atau aplikasi Traveloka. Harga tiket bermula daripada RM45 hingga RM80 tergantung pada jenis aktiviti yang dipilih.
Kesimpulannya, ibu kota Kuala Lumpur menawarkan banyak tempat menarik untuk dilawati serta pelbagai aktiviti yang menarik untuk dilakukan semasa cuti sekolah. Jangan lupa rujuk senarai aktiviti yang telah dinyatakan diatas dan pastikan anda memeriksa harga serta menempah tiket masuk terlebih dahulu sebelum melakukan lawatan untuk melancarkan percutian anda.
Apapun, semoga anda bersama keluarga dapat mencipta kenangan yang indah semasa bercuti sekolah di Kuala Lumpur!