Aktiviti di Melaka - Terkenal dengan tinggalan sejarah yang unik dan juga dengan tarikan yang tersendiri, Melaka adalah merupakan destinasi yang sesuai untuk percutian bersama keluarga, rakan-rakan ataupun sendiri. Terdapat banyak tempat menarik di Melaka yang anda boleh terokai walaupun dengan bajet yang sederhana.
Bagi membantu anda membuat rujukan, berikut ialah senarai tempat menarik di Melaka yang anda boleh kunjungi tidak kiralah pada waktu siang mahupun malam. Rugi tau sekiranya anda terlepas berkunjung ke tempat-tempat tersebut.
Jom baca!
Tinggalan Kubu Kota A Famosa adalah merupakan salah satu mercu tanda bersejarah yang paling popular di Melaka. Ia terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, Melaka. Percutian anda tidak akan lengkap sekiranya anda tidak berkunjung ke sini
Apabila berkunjung ke sini, anda boleh lihat sisa sebahagian daripada pintu gerebang dan Pintu Gerbang Santiago serta sisa-sisa bangunan menara yang telah runtuh. Untuk pengetahuan anda, struktur bangunan kubu Kota A Famosa ini telah berusia lebih 500 tahun tau!
Lokasi kubu ini memang sangat strategik. Walaupun sebenarnya anda mungkin tidak merancang ke sini, namun anda tetap akan melaluinya kerana Pintu Gerbang Santiago kubu ini terletak di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong yang sekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai tempat menarik dan bersejarah di Melaka.
Untuk melawat Kota A Famosa, tiada harga tiket yang perlu dibayar & percuma untuk semua pelancong. Anda boleh berkunjung ke sini bermula pada 9 pagi sehingga 6 petang, setiap hari.
Menara Taming Sari Admission Tickets
8.6/10
Lawati salah satu mercu tanda Melaka yang terkenal dan ikonik iaitu Menara Taming Sari
RM 20
Menara Taming Sari juga terletak di Bandar Hilir, Melaka. Selepas ke Kubu Kota A Famosa bolehlah anda singgah sekali ke sini. Bayaran tiket masuk bermula RM17 untuk dewasa (13-54 tahun), manakala untuk kanak-kanak (2-12 tahun) hanya RM11 sahaja. Anda boleh beli tiket masuk ke menara ini melalui laman web Traveloka.
Di menara, ini anda berpeluang untuk melihat Bandaraya Melaka dengan pandangan panoramik 360 darjah di ketinggian 110 meter. Menara ini dinamakan sempena nama keris Hang Tuah yang belum dijumpai sehingga ke sini. Struktur menara ini juga menyerupai bentuk keris.
Apabila ke sini, jangan lupa bawa kamera atau telefon bimbit agar anda boleh mengambil gambar dan merakam keindahan bandaraya Melaka. Waktu operasi menara ini bermula dari 10 pagi hingga 11 malam, setiap hari. Perubahan mungkin berlaku pada hari tertentu untuk penyelenggaraan dilakukan.
Sekiranya anda tidak sempat untuk melawat semua muzium yang ada di Melaka disebabkan oleh masa yang terhad (terdapat banyak sangat muzium!), anda boleh pertimbangkan untuk melawat Muzium Samudera ini sekurang-kurangnya.
Muzium ini terletak di Jalan Quayside, Melaka dan berdekatan dengan beberapa lokasi tumpuan pelancong. Selain dikenali sebagai Muzium Samudera, ia juga sering disebut sebagai Muzium Maritim. Menariknya, di muzium ini terdapat replika berbentuk kapal laut (Flor de la Mar) dengan ketinggian lebih kurang 34 meter.
Apabila masuk ke dalam muzium ini, anda boleh melihat pelbagai pameran berkaitan laut dan dunia maritim. Memang seronok sangat lebih-lebih apabila anda masuk ke dalam replika berbentuk kapal laut tu. Di sini anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya dijadikan sebagai kenangan.
Muzium ini dibuka setiap hari (kecuali hari Selasa) dari 9 pago sehingga 5 petang. Bayaran tiket masuk untuk dewasa ialah RM10, manakala kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun hanya RM6 seorang. Kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah percuma.
The Shore Sky Tower Malacca Tickets
8.3/10
Rasai pengalaman melih...
Lihat harga
The Shore Sky Tower adalah merupakan bangunan tertinggi di Melaka yang menawarkan pemandangan panorama keseluruhan Bandar Melaka melalui dek pemerhatian yang berada di tingkat 43. Pengunjung disyorkan untuk datang menjelang waktu petang bagi menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Sekiranya anda seorang yang takut ketinggian, di sinilah tempatnya untuk anda mencabar diri. Hal ini kerana, terdapat satu kawasan (Sky Deck) dengan lantai yang diperbuat daripada kaca lutsinar. Selain itu, anda juga boleh singgah melihat akuarium yang diisi dengan ikan koi atau singgah makan di restoran yang ada di menara ini.
The Shore Sky Tower ini terletak di Kompleks The Shore, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka. Ia beroperasi bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali pada hari yang diumumkan tutup.
Anda boleh dapatkan tiket masuk bermula dengan harga RM 28.87 untuk dewasa dan RM 21.42 untuk kanak-kanak di laman web Traveloka sekiranya berminat untuk berkunjung ke sini.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Taman Botanikal Melaka sekiranya anda bercuti di Melaka. Taman ini dulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh kerana terletak di Lebuh Ayer Keroh, Melaka.
Sekiranya sudah bosan berjalan-jalan ke muzium dan menara, apa kata anda bawa keluarga luangkan masa ke taman ini pula untuk menikmati kehijauan pokok-pokok, bunga-bunga dan udara segarnya. Taman ini beroperasi bermula 7 pagi sehingga 7 malam, setiap hari.
Biasanya, taman ini menjadi tumpuan para pengunjung yang suka berjogging. Namun sekiranya anda ingin bersiar-siar dengan santai di sekitar taman ini, anda boleh menyewa basikal atau buggy elektrik yang disediakan. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berkayak, merentas hutan, berkhemah, berkelah dan seumpamanya di taman ini.
Untuk kanak-kanak pula, di Taman Botanikal ini terdapat taman dinasour yang menempatkan 15 replika dinasour. Bukan itu sahaja, terdapat juga jambatan gantung yang turut menjadi tarikan. Menariknya lagi, tiada tiket masuk dikenakan untuk pengunjung.
Melaka Zoo Admission Tickets
8.75/10
Terokai keajaiban dunia haiwan di Zoo Melaka bersama rakan-rakan dan keluarga anda.
RM 40
RM 40
Pilihan tempat menarik di Melaka seterusnya ialah Zoo Melaka. Zoo ini terletak di Lebuh Ayer Keroh, Melaka. Untuk makluman, zoo ini beroperasi bermula pukul 10 pagi sehingga 5 petang sahaja (kaunter tutup pukul 4) untuk hari Isnin- Jumaat. Manakala pada hujung minggu atau cuti umum, zoo dibuka pada awal sejam.
Zoo Melaka ini adalah merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia ini. Terdapat lebih kurang 215 spesies haiwan yang tinggal di zoo ini termasuklah haiwan yang hampir pupus seperti Badak Sumarwea dan juga Gajah Kecil Asia.
Bayaran tiket masuk untuk dewasa adalah RM 44.29, dan untuk kanak-kanak serta orang tua adalah, RM 36.60. Anda boleh beli tiket masuk ke Zoo Melaka ini melalui laman web Traveloka.
Pantai Klebang memang sangat terkenal di Melaka. Terdapat beberapa tarikan menarik di pantai ini seperti restoran bas, muzium kapal selam dan sebagainya. Selain itu, pantai ini juga menjadi penduduk tempatan dan pengunjung luar untuk beriadah dan lepak-lepak santai sambil melihat matahari terbenam.
Disebabkan angin di pantai ini agak kuat, pengunjung bolehlah membeli layang-layang yang dijual dan bermain layang-layang di sini. Walaubagaimanapun, pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda.
Pantai ini terletak di Jalan Klebang Besar, Melaka dan anda tidak perlu membayar apa-apa tiket masuk. Anda boleh pergi ke pantai ini pada bila-bila masa, namun sebaiknya elakkan pergi pada waktu tengah hari kerana cuaca sangat panas.
Hah, jangan lupa juga untuk singgah ke Jonker Street Night Market juga apabila berkunjung ke Melaka. Jonker Street Night Market adalah merupakan pasar malam Melaka yang terkenal dengan makanan yang lazat, barangan unik dan aktiviti seni jalanannya.
Ia juga terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Melaka. Anda boleh dapatkan pelbagai barang dan juga makanan tempatan dengan harga yang cukup murah. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman menaiki beca yang dihiasi meriah dengan lampu, pastikan anda berkunjung ke sini.
Pasar malam Melaka ini beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari sekitar pukul 6 petang hingga 12 malam, dan masuk adalah percuma.
Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik di Melaka dan aktivit yang anda sekeluarga boleh lakukan apabila berkunjung ke negeri bersejarah itu. Namun senarai di atas telah merangkumi semua lokasi wajib yang menjadi tarikan utama dan popular aktiviti di Melaka.
Jangan lupa dapatkan tiket masuk ke tempat-tempat menarik tersebut di laman web Traveloka untuk dapatkan diskaun harga menarik!